Istigfar menghapuskan dosa

Dikirim dalam Dosa, Hadith. 2 Comments »

Syaitan, Syirik dan Taubat

Kelebihan Selawat – Part 1

1 kali selawat, pahala 10 kali.

Jikalau “hadir hati” (ingat pada ALLAH) lebih besar pahala. Selawat dan baca quran walaupun dalam keadaan “lalai” tetap dapat pahala.

Selawat 1000 kali umpama ziarah Nabi. Siapa yang pernah mimpi Nabi tidak akan masuk NERAKA. Percakapan didalam mimpi tidak ada “guarantee”. Tetapi Syaitan tidak boleh berupa Nabi didalam mimpi.

Bersihkan hati.Selawat dengan ikhlas.

Zikir dengan anak jari lebih afdal…memberi cahaya didalam kubur.

Orang yang paling diutamakan di alam mahsyar ialah orang yang banyak selawat. Didunia dia hamba tetapi diSyurga dia menjadi tetamu ALLAH.

Hadiahkan semua pahala zikir kita kepada Rasullullah.

Selawat menghapuskan dosa seperti air mematikan api. Selawat tiap Jumaat 80 kali boleh menghapuskan dosa.

Selawat juga penembus hijab doa ke langit. Oleh itu bila berdoa:-

  1. Puji ALLAH (Al-Hamdulillah)
  2. Selawat
  3. Mintaklah apa2 hajat
  4. Selawat

DOSA, AMPUN, TAUBAT.

ALLAH itu maha pengampun.
Walau banyak mana DOSA.
Buat jahat 100 kali, taubat 100 kali.DOSA kecil diampunkan setelah SOLAT.DOSA besar bertaubatlah.

Kalau TERLANJUR lagi, TAUBAT lagi.
Selagi belum terlambat.

Cukup senang untuk mintak ampun dari ALLAH.
Sambil duduk pun boleh, berjalan pun boleh.
Tidak perlu ke tempat-tempat tertentu.

Allah sangat gembira bila hambanya bertaubat lebih dari orang yang hilang barang lalu bertemu kembali barang yang hilang itu:-

Sesungguhnya Allah lebih gembira atas taubatnya seorang hamba daripada:

-orang yang kehausan lalu menemukan sumber air,

-dan lebih gembira daripada wanita yang mandul yang dapat melahirkan

-dan lebih gembira daripada orang yang kehilangan lalu menemukan yang hilang itu.

Barangsiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat) – Riwayat Abu Abbas al-Hamadani

Itu DOSA dengan ALLAH.
Kalau DOSA dengan manusia,
settle dengan manusialah.

Dikirim dalam Dosa, Hadith, Taubat. 4 Comments »