Nafsu tarikan ke neraka, penghalang ke syurga

Ilmu tasauf dan tarikat

Pemuda dan nafsu

Dikirim dalam Artikel, Nafsu. 2 Comments »

Panjang angan-angan dan hawa nafsu

Dikirim dalam Nafsu. Leave a Comment »

Kontrak Solat, turut nafsu lesu

Maryam [59] Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka),

Sembahyang (solah) itu adalah hubungan dengan Allah, umpama bercakap dengan Allah. Ia juga adalah ibadat yang mula diperkenalkan, sejak zaman Nabi Adam. Bezanya dulu solat cuma 2 waktu (sebelum naik matahari dan selepas jatuh matahari), sekarang 5 waktu.

Allah sayang kita umat Muhammad, bagi kontrak solat 5 waktu. (seperti kontrak dunia, lagi banyak kerjanya, lagi banyak bayaran). Asalnya Allah bagi 50, tapi setelah Nabi Musa nasihat, tinggal 5 waktu – kerana mengikut pengalaman dakwahnya manusia tak mampu siapkan projek 50 waktu solat. Allah kurangkan kontrak dari 50 waktu solat ke 5 waktu tapi bayarannya sama. Allah bagi kita berbagai kontrak solat dan puasa agar kita dapat kedudukan yang tinggi di syurga.

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :…(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang…lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti…” ( Riwayat Bukhari )

Nabi Muhammad suruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umur 10 tahun.

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).

Solat itu susah kecuali orang yang khusyuk (takutkan Allah). Solat itu umpama bercakap dengan Allah, hati pun kena ingat Allah juga, jangan mulut sahaja sebut nama Allah tapi hati ingat benda lain.(Kecuali tidak sengaja, cepat-cepatlah ingat Allah, Allah tidak letak dosa melainkan sengaja)

Qiamat tidak akan berlaku selagi ada orang sebut nama Allah (orang Islam). Tidak berlaku qiamat sebelum Allah tamatkan perkhidmatan orang Islam. Allah buat dunia ini bulat supaya setiap masa (24 jam) ada sahaja orang beribadat dan mengingatinya. Sebab itulah waktu solat,puasa dan raya tidak sama di semua tempat. Dunia tidak boleh kosong dari hubungan dengan Allah. Kita (umat Islam) ini penawar kepada dunia. Selama mana kita patuh pada Allah, selama itulah dunia bertahan. Bila dekat qiamat, Allah matikan semua orang Islam, cabut Al-Quran dari hati orang Islam.

Ubah kontrak asal

Paderi2, orang yahudi mengubah cara solat seperti melutut sahaja dan tidak ada pergerakan duduk, bangun, mengikut hawa nafsu mereka. Mereka juga ubah waktu solat dan puasa mengikut nafsu mereka. Bukan itu sahaja, kitab injil dan taurat pun mereka ubah mengikut rekaan nafsu mereka.

Rekaan = Bidaah

Maksud Bidaah yang muktamad ialah tiap-tiap perkara agama yang lahir selepas zaman sahabat yang tidak ada dalil dan bukti dari syara’. Contohnya selawat sebelum azan. Istilah bidaah hasanah(baik) dan dolalah(sesat) hanyalah sekadar pendapat intelektual Islam sekarang.

Turut nafsu lesu

Setelah generasi bani Israil mengubah dan tidak mengajar solat, lama kelamaan hilanglah solat dan hiduplah mereka dalam hawa nafsu syahwat. Turut nafsu satu kemusnahan yang besar dan akan diazab. Bak kata pepatah, turut hati mati, turut nafsu lesu. Mereka (Umat Muhammad) yang hidup mengikut nafsu, terlibat dalam muzik dan arak secara gila-gila, Allah akan tukar mereka (masakh) menjadi babi dan kera.

Dari Abi Malik Al-AsSyaari, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Satu golongan daripada umatku akan minum arak, mereka menamakan arak bukan dengan namanya. Alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita dimainkan di atas kepala-kepala mereka lantas Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah menjadikan daripada kalangan mereka bertukar menjadi kera dan babi (Riwayat Ibnu Majah)

3 kategori nafsu

Secara amnya nafsu terbahagi kepada 3 kategori-

1.Mutmainah. Nafsu yang mendorong kearah kebaikan dan membawa ke syurga.

Al-Fajr [27] (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

[28] Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!

[29] Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia

[30] Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!

2.Lawwamah.Nafsu pertengahan yang juga mendorong kearah kebaikan dan membawa ke syurga, tetapi apabila tidak dapat dilakukan kebaikan itu ia kemudian mencela dirinya kerana tidak dapat melakukan kebaikan.

Al-Qiyamat [2] Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

3.Ammarah. Nafsu yang mendorong kearah kejahatan dan membawa ke neraka.

Mereka yang mendalami ilmu tarekat memecahkan kategori nafsu ini sehingga kepada 5 dan 7 bahagian.

Nafsu berada didalam darah dan subur apabila makanan masuk kedalam badan. Syaitan ambil peluang melalui nafsu yang tercetus.

Puasa dapat mengurangkan nafsu (yang jahat) kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah. Hasil dari puasa ialah taqwa (takut kepada Allah). Takut disini bukannya seperti takut kan harimau tapi takut bermakna hormat.Takut Allah murka, takut Allah tidak suka.

Orang lelaki buta bila nafsunya tegak. selepas reda nafsunya baru nampak dunia dan insaf.

Nabi Yusuf juga kata beliau tidak gerenti dengan ujian nafsu:-

Yusuf [53] Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Dikirim dalam Nafsu. Leave a Comment »

DALAM HATI ADA CINTA

Cinta itu sebenarnya suci.
Cuma manusia yang mengotorkannya.
Kerana cinta lah terhasilnya ULAMA dan para WALI.

Cinta itu letaknya di HATI.Bagaimana hati hendak memahami rahsia ALLAH sedang DOSA masih banyak.
Hati yang banyak DOSA dikuasai NAFSU..
NAFSU itu berlawanan dengan kehendak ALLAH.

ALLAH berserta kamu dimana kamu berada..katanya Sesungguhnya AKU sangat hampir.

Musibah itu dari dari ALLAH, utk membersihkan DOSA.

Semakin bersih dari DOSA, semakin banyak RAHSIA ALLAH yang diketahui…
kerana CAHAYA hidayah (NUR) semakin terang..Hati itu suka yang BATIN
Pandanglah mata HATI

Akhirat itu lebih baik.
Manusia utamakan DUNIA kerana hati dikuasai NAFSU, dipenuhi DOSA.

Bersihkan diri dari DOSA, hati akan MERDEKA..
NAFSU akan dikuasai HATI.

Bertaubatlah..Lari dari DOSA menuju ALLAH
Selagi Taubat tidak betul, perjalanan pun tidak betul
Sifat para wali itu sentiasa bertaubat.
Kalau berlarutan dalam dosa, tidak akan faham rahsia ALLAH.

ALLAH suka yang GANJIl..
Hati yang GANJIL..
Didalam hati yg cuma ada ALLAH sahaja..