Akhlak Suami Terhadap Isteri

..dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik… (Nisa:19) Baca baki entri ini »

Balasan Derhaka Kepada Allah dan Rasul

Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina. (Nisa:14)

……dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). (Ibrahim: 2) Baca baki entri ini »

Balasan Ketaatan Kepada Allah dan Rasul

…dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar. (Nisa:13) Baca baki entri ini »

Puasa dan Quran Sebagai Pemberi Syafaat

Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : “Wahai Rabb ku, saya telah menahannya dari makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya (kepada orang yang berpuasa).” Dan al-Quran berkata : “Saya telah melarangnya dari tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya.” Baginda bersabda : “Maka syafaat keduanya diperkenankan.” (HR Ahmad No: 6338, Status: Isnad Hasan) Baca baki entri ini »

Nikmat Air yang Diminum

Rasulullah s.a.w. setelah meminum air selalu berdoa “Segala puji bagi Allah yang memberikan kami minum air tawar yang segar dan tidak menjadikannya masin lagi pahit kerana dosa-dosa kami (Riwayat Abu Naim daripada Abu Jafar). Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman: Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit. (Fatir:12) Baca baki entri ini »

Tips Dapatkan Nilai Tambah Di Bulan Ramadan

Tipsnya adalah kurangkan, tinggalkan, tahan dan lebihkan.

  • Kurangkan makan misalnya daripada 3 atau 4 kali sehari di luar Ramadan kepada hanya 2 kali sehari.
  • Kurangkan waktu tidur untuk bangun bersahur, bertahajjud dan solat Subuh berjemaah di masjid (bagi kaum lelaki).
  • Tinggalkan perkara yang sia-sia agar tidak mengurangkan pahala puasa dan hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata.
  • Tahan pancaindera atau anggota badan daripada melakukan dosa.
  • Lebihkan sedekah, membaca quran, menuntut ilmu dan apa juga amalan soleh. Baca baki entri ini »

Pecutan Akhir Sepuluh Ramadan

Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. [Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Lailatulqadar, no. 2024] Baca baki entri ini »