Balasan Ketaatan Kepada Allah dan Rasul

…dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar. (Nisa:13) Baca baki entri ini »

Advertisements

Puasa dan Quran Sebagai Pemberi Syafaat

Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : “Wahai Rabb ku, saya telah menahannya dari makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya (kepada orang yang berpuasa).” Dan al-Quran berkata : “Saya telah melarangnya dari tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya.” Baginda bersabda : “Maka syafaat keduanya diperkenankan.” (HR Ahmad No: 6338, Status: Isnad Hasan) Baca baki entri ini »

Nikmat Air yang Diminum

Rasulullah s.a.w. setelah meminum air selalu berdoa “Segala puji bagi Allah yang memberikan kami minum air tawar yang segar dan tidak menjadikannya masin lagi pahit kerana dosa-dosa kami (Riwayat Abu Naim daripada Abu Jafar). Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman: Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit. (Fatir:12) Baca baki entri ini »

Tips Dapatkan Nilai Tambah Di Bulan Ramadan

Tipsnya adalah kurangkan, tinggalkan, tahan dan lebihkan.

  • Kurangkan makan misalnya daripada 3 atau 4 kali sehari di luar Ramadan kepada hanya 2 kali sehari.
  • Kurangkan waktu tidur untuk bangun bersahur, bertahajjud dan solat Subuh berjemaah di masjid (bagi kaum lelaki).
  • Tinggalkan perkara yang sia-sia agar tidak mengurangkan pahala puasa dan hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata.
  • Tahan pancaindera atau anggota badan daripada melakukan dosa.
  • Lebihkan sedekah, membaca quran, menuntut ilmu dan apa juga amalan soleh. Baca baki entri ini »

Pecutan Akhir Sepuluh Ramadan

Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. [Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Lailatulqadar, no. 2024] Baca baki entri ini »

Keistimewaan Bersahur dan Waktu Sahur

Sahur membezakan puasa kita daripada puasa Ahli Kitab. Melewatkan sahur juga membezakan puasa kita daripada mereka. Waktu sahur pula termasuk dalam waktu doa diterima Allah SWT. Mereka yang beristigfar pada waktu sahur pula adalah antara ciri-ciri ahli Syurga. Selain itu bersahur juga dapat memberikan keberkatan (kekuatan) untuk berpuasa dan beribadat. Baca baki entri ini »

Bulan Yang Dimuliakan

Ramadan bukanlah sekadar bulan puasa. Ia adalah bulan dimana meter pahala berpusing laju, bulan diberikan tawaran diskaun dosa, bulan untuk membakar dan detoks nafsu dan bulan untuk melakukan sesuatu transformasi. Ramadan juga bulan diturunkan Al-Quran, bulan yang di dalamnya Rasulullah s.a.w. banyak bersedekah,  dan hanya pada bulan ini solat terawih dilakukan. Pada bulan ini juga didatangkan malam Qadar atau Lailatul Qadar yang ganjaran beribadat di malamnya menyamai ibadat selama 1,000 bulan.  Baca baki entri ini »