Solat Tahiyyatul Masjid semasa khutbah Jumaat

Biasa kita dengar hadis yang menyuruh solat tahiyyatul masjid walaupun imam sedang khutbah. Tapi disebalik hadis itu ada ceritanya.

Mengikut Imam Abu Hanifah, Nabi menyuruh orang itu solat kerana :-

-untuk menunjukkan kemiskinannya melalui pakaiannya yang daif (bila dia berdiri )agar dia dibantu.

-dia belum Solat Subuh (nabi tahu melalui mukjizatnya). Nabi suruh dia qadha solat subuh dan bukannya Solat Tahiyyatul Masjid. Nabi pula menghentikan khutbahnya semasa orang itu solat. Nabi mengetahui melalui firasat kenabiannya:

Sebuah hadith menyebut : “ Berhati-hatilah dengan firasat orang mukmin (soleh) kerana mereka melihat dari cahaya Allah” ( Riwayat Tirmidzi dan At-Tabrani dan tirmizi)

Sepertimana malaikat dapat mengecam orang yang bersalah:

Ar-Rahman[41] Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke Neraka).

Lebih afdal dengar khutbah dari solat, manalah tau isi khutbah itu mungkin boleh mengetuk hati kita. Solat tahiyyatul masjid itu sunat, menuntut ilmu (dengar khutbah) itu wajib.

Terima kasih

Berterima kasihlah pada orang yang tolong kita kerana siapa yang tak terima kasih pada orang yang tolongnya seperti tidak bersyukur kepada Allah. Allah yang buka hati orang itu untuk tolong kita. Seperti mana dalam hadis:-

Menyebut-nyebut nikmat Allah adalah bersyukur, meninggalkannya bererti ingkar. Barangsiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit bererti dia tidak mensyukuri nikmat yang banyak; dan barangsiapa yang tidak bersyukur terhadap orang lain bererti dia tidak bersyukur kepada Allah. Bersatu adalah rahmat, bercerai berai adalah azab. (Riwayat Baihaqi)

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Alam | Syurga | Neraka | Solat | Pelindung | Penyayang | Pengazab

Kubur itu pintu ke alam Barzakh (alam perantaraan). Solat menjadi teman. Solat yang tidak betul menjadi lembaga yang bercakap tak betul. Ada orang rasa sekejap sahaja masa di alam barzakh, ada yang rasa lama. Setiap alam ada masalahnya, samada alam dunia (alam asbab), alam barzakh dan padang mahsyar.

Semua ahli syurga menyesal kerana ada masa yang mereka biarkan berlalu tanpa mengingati Allah (lupakan Allah).

Ugama itu umpama satu titian didalam alam dunia. Pokoknya ialah solat.

Orang yang masuk neraka itu adalah mereka yang degil atas kejahatannya. (tidak menyesal dan bertaubat).

Susah untuk masuk syurga kecuali Allah bagi mudah. Mintalah dengan Allah agar dimasukkan syurga tanpa hisab, masuk melalui recommendations.

Allah pelindung yang paling besar. Allah menyayangi lebih dari segala-galanya. Allah sangat sayang pada manusia tapi ada manusia yang tidak sayang pada dirinya sendiri.

Allah mempunyai kuasa penuh menghantar azab samada dari atas atau bawah. Allah tidak azab orang yang selalu istigfar. Dosa syirik mesti istigfar, kerana jikalau mati walaupun syirik kecil kena azab. Syirik maksudnya berkongsi Allah dengan tuhan yang lain. (sepertimana kafir quraisy, kristian, yahudi berkongsi Allah dengan jin, dewa, berhala, malaikat, nabi isa).

Kita tidak boleh lawan Allah, jadi kita kena buat baik dengan Allah.

Dikirim dalam Syurga. Leave a Comment »

Pencipta yang tunggal dan garang

Ra’d 15-17

Allah suruh nabi tanya orang Quraisy, siapakah tuhan yang menjadikan langit dan bumi. Mereka jawab Allah. Kafir quraisy percaya Allah tetapi mensyirikan Allah dengan menambah tuhan rekaan yang lain.

Iman yang penuh

Allah cipta dan jaga ciptaannya, bagi rezeki. Allah tidak perlu bantuan dari yang lain kerana tidak ada kuasa yang setandingnya. Ibarat air yang penuh, kalau ditambah nanti limpah. Begitu juga iman kita, kalau sudah penuh dan ditakdirkan dapat melihat Allah pun tidak ada bezanya. Berimanlah seperti iman Jibril yang percaya penuh kepada Allah.

Langit, arasy dan kursi

Langit yang dijadikan Allah tiada siapa tahu bahan apa yang digunakan. Walaupun ada hukama mengatakan dari besi, zamrud, kaca, namun tiada nas yang jelas. Satu hari langit akan digulung sepertimana kita gulung karpet dan diletak di atas kursi di arasy. Kursi itu ibarat tunggul kayu manakala arasy itu ibarat padang yang luas. Kursi Allah seluas langit dan bumi. Arasy adalah umpama singgahsana Allah, bukan bermakna Allah duduk di situ tapi singgahsana Raja kepada segala Raja.

Tuhan cari tuhan?

Jin, dewa, malaikat, berhala dan apa saja tidak boleh tolong kita. Orang Arab panggil jin, orang hindu panggil dewa. Orang Melayu dua-dua panggil. Ada juga orang Arab yang menyembah malaikat kerana kononnya malaikat itu anak perempuan Allah. Mereka (Jin, dewa, malaikat, berhala dan apa saja) juga hamba Allah dan mencari tempat di sisi Allah, seperti mana diceritakan dalam surah Furqan. Guru Nanak juga seorang Islam yang pernah mengerjakan haji dan tidak pernah menyuruh orang menyembahnya. Hamba Allah umpama “Jaga” yang menjalankan tugas yang disuruh oleh bossnya.

Quran itu mudah difahami

Orang kafir mengatakan quran bukan dari Allah kerana perumpamaan yang digunakan terlalu mudah seperti “malam dan siang”, “celik dan buta”. Allah tidak malu membuat contoh yang ringan supaya manusia mudah faham. Kalau Allah nak tunjuk ketinggian ilmunya, manusia tidak akan faham. Sebagai guru mestilah beri contoh yang senang difahami murid bukan mengikut nilai ilmu guru itu.

Penutup

Allah mencipta segalanya langit, bumi dan segalanya walau sebesar zarah,atom. Allah itu tunggal, esa dan “garang” Kalau Allah murka, tiada siapa yang boleh melepaskan diri.

Syafaat Nabi | pakaian dan cara hidup nabi

Syafaat Nabi secara mudahnya ialah “recommendation” dari Nabi Muhammad kepada umatnya di hari akhirat. Untuk mudah mendapatkan syafaatnya, amalkanlah sunnah-sunnah nabi, walaupun yang kecil-kecil.

Ikut cara pakaian nabi, akhlak nabi dan suruhannya.

  •  Nabi bila solat tidak pernah memakai baju lengan pendek,
  • sentiasa tutup kepala dan
  • kain/seluarnya tidak lebih dari paras buku lali. 
  • Nabi selalu berserban dan berjubah putih. Serban jenis yang dililit di kepala bukan seperti orang Arab pakai sekarang (yang seperti tudung perempuan).
  • Nabi makan di atas lantai, bukan di meja dan menjilat jari lepas makan.
Dikirim dalam Sunnah. Leave a Comment »

Tahiyyat akhir | Selawat | Duduk tahiyyat

Ada 8-10 jenis bacaan tahiyyat. Semuanya sah.

Bacaan selawat semasa tahiyyat:-

Mazhab Syafie dan Hambali rukun solat. Mazhab Hanafi dan Maliki tidak rukun. Tidak perlu ditambah perkataan “Sayyidina” dalam selawat kerana Nabi tidak mengajar begitu (di dalam hadith-hadith). Bacaan di dalam solat mestilah dibaca mengikut yang Nabi ajar kerana amalan yang terbaik ialah mengikut yang keluar dari mulut Nabi. Tidak elok ditambah-tambah.

Mengikut mazhab Hanafi bacaan tahiyyat tidak ada “fil alamin………”

Cara duduk tahiyyat akhir

Rasulullah duduk 3 cara:-

1) Duduk atas kaki (Hanafi, yang paling afdal)

2) Duduk atas lantai 1, kaki 1 (Syafie).

3) Duduk dua-dua punggung atas lantai (seperti duduk tahiyyat akhir). Duduk seperti ini kurang markah kerana badan boleh lari dari menghadap qiblat dan makan space. Namun sunnah ketika jadi IMAM bukan ketika jadi makmum.

Utusan|Isa|Muhammad|Ummi| “intelek”

Al-a’raf 158

Nabi Muhammmad adalah nabi penutup, penghujung, muktamad. Membawa rahmat sekelian alam. Ajaran Nabi Muhammad tetap relevan dan tidak expired.

Nabi Isa dan nabi-nabi lain adalah perintis. Diutuskan hanya untuk umat dan bangsanya sendiri. Nabi Isa manusia biasa, makan, minum dan juga penat. Dia bukan tuhan atau anak tuhan seperti didakwa Kristian. Allah tidak bertempat. Mustahil Allah boleh menjelma didalam tubuh badan manusia. Ahli sunnah wal jamaah menghukumkan kafir kepada sesiapa yang menganggap tuhan boleh menjelma.

Tempoh perkhidmatan Nabi Isa (Jesus) telah tamat. Beliau dilucutkan jawatan semasa masih hidup, ketika dikepung oleh kaumnya. Nabi Isa akan diturunkan kembali diakhir zaman sebagai umat Muhammad kerana doanya untuk menjadi umat Muhammad.

Walaupun Nabi Muhammad ummi (buta huruf) tetapi beliau seorang “intelek”. Ramai orang-orang dahulu yang cerdik pandai walaupun tidak sekolah tinggi, masuk universiti. Malah mereka mampu mencipta peribahasa yang berkualiti seperti:-

– Gajah sama gajah berlawan, pelanduk mati ditengah (Kalau ada 2 tuhan, matilah kita manusia)

Semua nabi itu utusan Allah. Allah yang memiliki 7 petala langit dan bumi. Kalau orang yang banyak tanah pun dihormati, maka Allah tuan punya semua tanah2, lebih berhak dihormati. Dalam satu hadis makhluk Allah berjumlah 1000 jenis, 400 didarat dan 600 dilaut. ” La ila ha illa hu.

Wallahu a’lam…

Rukun Solat | Tama’ninah | Duduk antara dua sujud

Syafie 13 rukun.

Hambali 14 rukun.

Hanafi dan Maliki 6 rukun sahaja. Apa yang ada dalil dari quran sahaja dikira rukun. Yang lain ‘wajib” tapi bukan rukun. Contohnya duduk antara dua sujud tidak ada dalam quran. Jadi tidak dikira rukun bagi mazhab Hanafi.

Syafie dan Hambali – Tama’ninah rukun

Hanafi dan Maliki – Tama’ninah tidak rukun. Ini berdasarkan satu kisah dimana nabi menyuruh seorang lelaki mengulangi solatnya beberapa kali. Akhirnya pemuda itu mengatakan ” ini sahaja solat yang aku tahu. Ajarlah aku wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah mengajarnya solat.

Kafir | Iman | Kunci Iman | Ujian Keimanan

Orang kafir tetap tidak akan beriman kecuali Allah kehendakinya. Kunci iman ada ditangan Allah.

Siapa yang bersusah-payah untuk agamanya, Allah akan berinya projek-projek yang istimewa. Tanpa usaha dan doa, allah tidak akan baiki nasib kita. Dalam satu hadis nabi, Allah beri kemudahan kepada seseorang itu untuk jadi apa yang dikehendakinya.

Manusia tanpa iman adalah manusia yang sombong.

Ujian dari Allah datang dalam bentuk duit, pangkat, anak dan isteri. Berdoalah kepada Allah supaya dibuka kunci hati dan tetap hati dalam iman. Kebanyakan Nabi-nabi dan pengikutnya adalah orang2 yang paling susah hidupnya. (kecuali nabi Sulaiman dan beberapa sahabat). Allah menguji mereka dan kita juga dengan harta, wanita dan takhta.

Dikirim dalam Akidah, Iman. 2 Comments »

Iman | zarah | kesudahan hidup

Dalam satu hadis, Allah cipta iman, puji iman.Allah cipta kufur, cela kufur.Allah juga cipta syurga dan neraka.

Sebagai orang Islam kita tidak boleh membenci orang kafir, benci hanya kerana akhlak mereka yang buruk. Harus berbuat baik dengan mereka.

Hiasi iman dengan kemurahan dan malu. Malu juga pakaian iman.

Didalam hadis yang lain…Bila ahli syurga masuk syurga, ahli neraka masuk neraka. Allah berfirman..keluarkan sesiapa yang ada iman dari neraka walau sebesar zarah. Allah keluarkan orang yang tidak dapat dikesan imannya oleh malaikat.

Apabila Allah telah memberi iman kepada sesorang, dia tidak akan tarik balik iman itu melainkan orang itu sendiri hidup cara orang kafir.

Tuhan ambil kira amalan terakhir kita sebelum meninggal. Syaitan datang disaat kematian. Mengaku bapa supaya masuk kristian dan mengaku ibu supaya masuk yahudi hanya untuk mengkafirkan manusia. Imam fakrulrazi semasa didatangi ujian ketika saat kematian (berdebat dengan syaitan berkenaan aqidah) telah ditolong oleh seorang wali yang menyuruhnya berkata “aku beriman dengan Allah tanpa dalil”

Oleh itu, jangan bangga dengan kedudukan kita. Kita tidak tahu kesudahan kita nanti. Waspadalah dan hati-hati semua perkara.Semoga Allah kekalkan iman kita.

Dikirim dalam Akidah, Iman. Leave a Comment »

3 kategori nafsu

Secara amnya nafsu terbahagi kepada 3 kategori-

1.Mutmainah. Nafsu yang mendorong kearah kebaikan dan membawa ke syurga.

Al-Fajr [27] (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

[28] Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!

[29] Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia

[30] Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!

2.Lawwamah.Nafsu pertengahan yang juga mendorong kearah kebaikan dan membawa ke syurga, tetapi apabila tidak dapat dilakukan kebaikan itu ia kemudian mencela dirinya kerana tidak dapat melakukan kebaikan.

Al-Qiyamat [2] Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

3.Ammarah. Nafsu yang mendorong kearah kejahatan dan membawa ke neraka.

Mereka yang mendalami ilmu tarekat memecahkan kategori nafsu ini sehingga kepada 5 dan 7 bahagian.

Nafsu berada didalam darah dan subur apabila makanan masuk kedalam badan. Syaitan ambil peluang melalui nafsu yang tercetus.

Puasa dapat mengurangkan nafsu (yang jahat) kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah. Hasil dari puasa ialah taqwa (takut kepada Allah). Takut disini bukannya seperti takut kan harimau tapi takut bermakna hormat.Takut Allah murka, takut Allah tidak suka.

Orang lelaki buta bila nafsunya tegak. selepas reda nafsunya baru nampak dunia dan insaf.

Nabi Yusuf juga kata beliau tidak gerenti dengan ujian nafsu:-

Yusuf [53] Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Dikirim dalam Nafsu. Leave a Comment »

Agama benda serius

Dibarat ramai orang Kristian masuk Islam. Banyak gereja ditukarkan menjadi masjid. DiMalaysia pula dengar khabarnya ramai nak keluar Islam masuk Kristian.

Agama Islam ini suatu yang serius , bukan untuk seronok-seronok, main-main dan bukan untuk dapat wang atau harta. Penyampaian ceramah agama juga kenalah serius, tidakboleh banyak lawak jenaka dan gurau senda. Berdasarkan satu hadis, manusia yang banyak ketawa di masjid (atau surau), maka gelaplah kuburnya.

Tertawa di dalam masjid merupakan kegelapan dalam kubur (Riwayat ad-Dailani melalui Anas r.a.) 

Cubalah berjalan didalam rumah yang gelap tanpa menghidupkan lampu. Betapa susahnya.

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Takut dan takwa

Aali-Imran [102] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Taqwa iaitu takutlah kepada Allah dengan sbenar-benar takut. Hamba  yang paling takutkan ALLAH ialah ULAMA.

Fatir [28] Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun

Contoh ulama yang takutkan ALLAH Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Takwa. Leave a Comment »

Amalan sebelum tidur

Dikirim dalam Wirid, Zikir. 4 Comments »

Baik, Jahat, Iman, Syurga

Gafir [40] Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.

  • Setiap perbuatan jahat dibalas dosa yang setaraf dengannya.
  • 1 kejahatan = 1 dosa .
  • Jikalau niat untuk melakukan kejahatan tidak berdosa
  • Kalau niat untuk buat jahat tapi tidak dilakukan dapat 1 pahala
  • Setiap perbuatan baik dibalas pahala yang setaraf dengannya.
  • 1 kebaikan = 10 pahala . Ada kemungkinan sehingga 50, 100, 700, 1000 kali ganda pahala
  • Jikalau niat untuk melakukan kebaikan tapi tidak dilakukan dapat 1 pahala
  • Balasan amalan itu dinilai dari segi keikhlasan niatnya. Besar ikhlas besarlah balasannya. Di dalam hadis:-
  • Baca baki entri ini »