Tetamu Yang Akan Pergi Meninggalkan Kita dan Hadiah Yang Diberi

Jadual Lailatul Qadar

2 formula atau jadual yang disediakan ulama terdahulu dalam mencari Lailatul Qadar daripada Kitab Jauharul Mauhub. Baca baki entri ini »

Lailatul Qadar Hadiah Allah Kepada Kita

Kelebihan Ramadhan: LailatulQadar

LailatulQadar

Malam Qadar 3

Sidratul Muntaha

Antara kelebihan Lailatul Qadar ialah malaikat yang berada di Sidratul Muntaha turun ke bumi dengan izin Allah. Sidratul bererti pokok bidara manakala Muntaha ialah sempadan iaitu sempadan sebelah atas langit, selepas langit yang ke tujuh. Semasa peristiwa Isra’ Mikraj, malaikat Jibril hanya boleh menghantar Rasulullah s.a.w. hingga setakat pokok bidara ini sahaja.

An-Najm [13] Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, [14] Di sisi “Sidratul-Muntaha”; [15] Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.

Dari Sahal bin Saad r.a dari Rasulullah s.a.w sabdanya:”Di dalam syurga terdapat sebatang pokok yang naungannya tidak terlewat (tidak terlepas dilalui di bawahnya) oleh seorang pengendara selama seratus tahun.” (Muslim)

Sebelah atas langit (selepas langit ke tujuh) didiami oleh Malaikat khas, yang lebih kuat dan hanya turun di hari Kiamat. Mereka membawa neraca timbangan dan memagari serta mengepung manusia, binatang, jin. Sepertimana Allah berfirman:

Ar-Rahman [33] Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

Malam Qadar Bahagian 2

Tanda Malam Lailatul Qadar

Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:

Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Setengah ulama mengatakan “Ruh” itu ialah Jibril berdasarkan ayat yang menyebut “RohulQudus” ialah malaikat Jibril.

Baqarah [87]….dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril).

Manakala setengah ulama lagi mengatakan ia adalah satu malaikat yang kakinya berada di bawah lapisan ke tujuh bumi dan kepalanya di Arasy, mempunyai 1,000 muka, dan setiap muka mempunyai 1,000 mulut, setiap mulut bertasbih (mengucapkan Subhanaalah) dalam bahasa yang berlainan. Apabila ia bertasbih, semua malaikat lain sujud kerana takutkan Allah.

Dikatakan malaikat yang turun akan merayau-rayau seluruh dunia dan masuk ke rumah orang Islam serta memberi salam kecuali kepada 3 golongan:

  • Orang Islam yang makan babi
  • Orang Islam yang derhaka ibubapa
  • Orang Islam yang memutuskan silaturrahim

Malam yang sangat special

Duduk dalam masjid 10 akhir Ramadhan

Audio Kuliah akhir Ramadhan

Ceramah di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati pada 5/10/2007:

http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/240/Kuliah_akhir_Ramadhan

Membincangkan:

– Zakat Fitrah

– Malam Qadar / lailatulqadar

– Takbir hari raya dan sembahyang hari raya

Solat Sunat 4 rakaat Lepas Isya’ Pahala Lailatulqadar

Daripada Aiman (maula Ibnu Umar) dari Tubai’ dari Ka’ab ra berkata: “Sesiapa yang berwuduk dan dia menyempurnakan wuduknya, kemudian dia mendapatkan solat Isyak dengan berjamaah, lalu sesudah itu, dia solat sunnat empat rakaat dengan menyempurnakan rukuknya dan sujudnya, maka pahalanya sama dengan pahala Lailatul Qadar.” (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 4799.)

Allah maha kaya, walaupun kita melakukan ibadat yang sedikit, tetapi Allah memberi bonus yang banyak. Solat Sunat 4 rakaat lepas isya’ diberi pahala seperti pahala malam lailatulqadar.

Sembahyang 4 rakaat ini dilakukan secara 2-2 rakaat iaitu 2 salam diantaranya. 2 rakaat solat sunat lepas isya’, 2 rakaat selepas sembahyang witir.  Biasanya nabi melakukan 2 rakaat secara berdiri dan 2 lagi secara duduk (walaupun tiada keuzuran). Semasa solat sunat sambil duduk, kadang-kadang nabi bangun berdiri apabila hendak rukuk.