Iktidal

Lafazkan “Samiallah….” dulu semasa bangkit dari rukuk barulah berdiri.

Bila Imam menyebut “Samiallah….”, makmum menyebut:-

1. Rabbana lakal hamd

Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bahawasanya dia pernah bersabda, “Hanya sanya dijadikan imam itu untuk diikuti, maka janganlah kamu bercanggah dengannya. Lalu apabila dia rukuk, maka kamu rukuklah. Dan apabila dia mengucapkan, ‘سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ’, yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’, maka kamu ucapkanlah, ‘رَبَّنَا لَكَ ٱلْحَمْدُ’, yang bermaksud, ‘Wahai Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian’. Dan apabila dia sujud, maka kamu sujudlah. Dan apabila dia solat secara duduk, maka kamu solatlah secara duduk kesemuanya. Dan luruskan saf di dalam solat, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu adalah tergolong dari kesempurnaan solat”. (Bukhari)

2. Rabbana Wa lakal hamd

Nabi mengucapkan ‘Sami’allaahu li man hamidah’ ketika mengangkat belakangnya, kemudian sewaktu berdiri mengucapkan ‘Rabbanaa wa lakal hamd’.” (Bukhari, Muslim, Ahmad)

3. Allahuma Rabbana lakal hamd (tidak ada Wa)

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Apabila imam mengucapkan, ‘سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ’, yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’, maka kamu ucapkanlah, ‘اَللّٰهُمَّ رَبَّنَا لَكَ ٱلْحَمْدُ’, yang bermaksud, ‘Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian’. Kerana sesungguhnya barang siapa yang ucapannya bersamaan dengan ucapan malaikat, diampuni baginya apa yang lalu dari dosa-dosanya”. (Bukhari, Muslim)

Cara ke 3 paling banyak pahala sebab lagi banyak huruf.

Ruku’

Ruku setakat mana?

  • Tunduk sedikit kepala (Hanafi)
  • Tulang belakang sama paras dengan kepala (Syafie)
  • Tangan sampai kelutut

Mata tengok ibu jari kaki semasa ruku’ bukan tengok tempat sujud. Tengok tempat sujud semasa qiam (berdiri) sahaja.

Lafaz takbir selepas habis baca fatihah/surah, bukan ruku’ dulu baru takbir. Takbir itu isyarat perpindahan. Jadi bagi isyarat dulu, baru diikuti dengan perbuatan.

Bacaan ketika ruku’:-

Subĥāna Rabbiya Al-`Ažīm. (tidak perlu tambah “wa bihamdih”..kerana sampai disitu sahaja nabi ajar).

Tidak sempurna iman…

Tidak sempurna iman…orang yang tidak AMANAH. Nabi digelar Al-Amin kerana amanahnya. AMANAH juga pakaian IMAN.

Tidak sempurna iman…kalau seseorang itu tidak suka melihat kejayaan orang lain…

Tidak sempurna iman…melainkan dengan sempurna amalan2 fardhu dan sunat. ALLAH cantikkan syariatnya melalui Sunnah nabi. Siapa yang tidak amalkan sunnah tidak akan mendapat syafaat nabi. Amalkanlah sunnah2 walaupun sedikit. Jangan perlekehkan sunnah nabi seperti serban, janggut. Serban sunnah pada mazhab Syafie dan mustahab pada mazhab Hanafi. (tidak ada bukti nabi sentiasa buat)

Dikirim dalam Akidah, Iman. Leave a Comment »

Apa itu Iman?

Iman itu:-

  1. Tasdiq (yaqin) pada hati bahawa ALLAH itu tuhan, Muhammad itu rasul dan percaya kepada segala ajarannya
  2. Iqrar (ucap dengan lidah / lisan)
  3. Amal dengan anggota

Ada sesetengah pendapat mengatakan hanya pada hati dan anggota sahaja (tidak termasuk iqrar dengan mulut). Dalam Quran ada dinyatakan “orang2 yang menyembunyikan imannya”

Aali-Imran [29] Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Sabda Nabi- Iman itu kosong (telanjang). Pakaian IMAN adalah TAQWA (taat, patuh). taat dan patuh kepada ALLAH boleh binasakan SYAITAN.

Kecantikan IMAN itu MALU. ISLAM sesuai dengan orang yang bermaruah tinggi, malu. Semakin malu, semakin tebal iman. Rasulullah lebih malu daripada anak gadis.

Orang yang tinggi TAQWA dan MALU adalah para WALI seperti nabi Khaidir. Mereka ini deberi ilmu LADUNI. Orang2 yang keluar jalan ALLAH selama 40hari juga akan dimasukkan ilmu laduni kedalam hati mereka.

Semua dosa diampunkan kecuali dosa syirik

Dikirim dalam Syirik, Taubat. 1 Comment »

Membaca Doa Iftitah, Al-Fatihah

Membaca Doa Iftitah

Ada beberapa cara membaca seperti:-

1) Subĥānaka Al-Lahumma Wa Biĥamdika, Wa Tabāraka Asmuka, Wa Ta`ālaá Jadduka, Wa Lā ‘Ilāha Ghayruka.

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ

وَبِحَمْدِكَ

وَتَبَارَكَ اسْمُكَ

وَتَعَالَى جَدُّكَ

وَلاَ إِلَهَ غَيْرُك

َ (Maha Suci engkau Ya Allah segala pujian bagi engkau, keberkatan Nama Engkau, di tinggikan kemuliaamu, dan Tiada Tuhan melainkan engkau)

2) In-ni Wajjahtu Wajhiya Lilladhī Faţara As-Samawāti Wa Al-‘Arđa Ĥanīfāan Wa Mā ‘Anā Min Al-Mushrikīna,

Al-An’am [79] Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain).

‘Inna Şalātī Wa Nusukī Wa Maĥyāya Wa Mamātī Lillāhi Rabbi Al-`Ālamīna,

Sharīka Lahu, Wa Bidhalika ‘Umirtu Wa ‘Anā Min Al-Muslimīna

Al-An’am[162] ……Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.[163] Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)

    Beza antara 1 dan 2 ialah no 1 ialah zikir, no 2 ialah ayat quran. Ada ulama mengatakan lebih baik baca no 1 kerana lebih baik didahului dengan zikir sebelum membaca al-quran (surah fatihah).

    Membaca Fatihah

    Rukun pada pendapat mazhab syafie.Namun tiada hitam putih atau dalil yang jelas.

    Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. (Tidak rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan al-quran, dan hendaklah kamu diam bila quran dibacakan)

    A’raf [204] Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

    Kisah Imam Abu Hanifah dan 10 Ulama Madinah

    Setelah Imam Abu Hanifah mengatakan makmum tidak perlu membaca Fatihah, 10 orang ulama Madinah telah pergi berjumpa dengannya di Kufah.

    Maka kata Imam Abu Hanifah “Kamu 10 orang, aku seorang, bagaimana nak berbahas. Kamu baliklah dahulu dan bincang siapa hendak menjadi jurucakap.

    Mereka pun pulang ke tempat penginapan di Kufah. Lalu dilantiklah seorang ketua yang paling pandai dikalangan mereka. Kemudian mereka pergi berjumpa Imam Abu Hanifah. Kata Imam Abu Hanifah “Jadi kamu pilih dia sebagai wakil kamu, apakah kamu akan terima apa sahaja yang akan dia perkatakan” Jawab rombongan 10 ulama tadi “Ya, kami terima ” Maka Kata Imam Abu Hanifah “Kalau begitu, kamu baliklah. Beginilah sembahyang. Kamu telah pilih seorang Imam, maka biarlah dia yang buat kerja (baca Fatihah)

    Tidak baca fatihah, solat tidak sempurna,tapi tak batal (Hadis Sahih-Bukhari)

    Tidak ada sembahyang bagi orang yang tidak membaca fatihah” (Bukhari dari ‘Ubadah bin Samit)

    Didalam Al-Quran, lebih kurang maksudnya, bacalah apa-apa yang mudah dari Quran semasa solat.

    Al-Muzzamil [17]….. Maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang

    Terdapat 7 hadis yang mengatakan fatihah bukan rukun. Hadis itu lebih kurang berbunyi “Tidak ada solat tanpa fatihah”. Ulama membahaskan apa yang dimaksudkan dengan tidak “Tidak ada solat tanpa fatihah”. :-

    1) Tidak sah solat tanpa fatihah

    2) Tidak sah solat tanpa SEBAHAGIAN fatihah

    3) Tidak sah solat fatihah tanpa sesuatu (surah lain)

      Ada juga hadis yang berbunyi:-

      • tidak ada solat bagi orang yang berpaling mukanya dari qiblat
      • tidak ada solat bagi orang yang berjiran dengan masjid tapi tidak solat dimasjid
        • Tiada sembahyang bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan di masjid.
      • tidak ada solat bagi mereka yang menahan buang air kecil/besar
          Bagi riwayat Muslim dari Aisyah , dia berkata, Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Tidak ada solat saat kehadiran makanan, dan tidak pula menahan dia hadas”.

      Di dalam hadith-hadith diatas “tidak ada solat” bermaksud tidak sempurna solat, makruh solatnya tetapi tetap SAH.

      Baca fatihah

      Pada mazhab Syafie baca fatihah kena ikut makhraj. Hanafi tidak perlu.

      Disiplin Ramadhan, Iktikaf, Lailatulqadar, zakat fitrah, raya

      Jagalah semua disiplin2 dibulan Ramadahan (selain dari makan,minum,seks, jaga lidah,mata,telinga,anggota lain dari perkara yang sia2) agar kita mendapat rahmat (10 pertama), keampunan(10 kedua) dan kemerdekaan dari azab neraka(10 terakhir).

      Nabi bersabda, setiap malam bulan Ramadhan, 1 orang akan dimerdekakan dari Neraka.

      Pada 10 malam terakhir eloklah beriktikaf dimasjid bagi lelaki. Sunat Muakkad pada Mazhab Syafie dan Fardhu Kifayah pada Mazhab Hanafi. Iktikaf boleh dilakukan dimasjid dan surau yang didirikan solat jemaah 5 waktu.Bagi perempuan boleh iktikaf dirumah. Sediakan satu ruang untuk iktikaf dan solat sunat.

      Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. 2 malam yang istimewa dalam islam ialah malam Lailatulqadar dan malam Nisfu Syaaban. Majoriti ulama berpendapat lailatulqadar berlaku pada bulan Ramadhan. Hanya sebahagian kecil ulama mengatakan diluar Ramadhan ada malam yang seperti Lailatulqadar. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa. Buatlah apa-apa ibadat pun seperti zikir, solat, baca quran. Semua orang dah tahu pahalanya 1000 bulan(84tahun). Umat Muhammad umurnya tidak seperti umat dahulu. Rasulullah dan Abu Bakar cuma 63tahun. Bani Israel berjihad 80 tahun. Allah turunkan surah Al-Qadr untuk menenangkan para sahabat yang risau kerana tidak dapat ibadat seperti umat terdahulu.Yang penting bukan umur panjang tapi umur itu digunakan untuk taat kepada ALLAH dan RASUL.

      Bayarlah zakat fitrah untuk menampung kekurangan ibadat puasa kita.(seperti melihat perempuan, tv). Zakat fitrah itu memberi kekuatan untuk ibadat itu naik ke langit dan dpiersembahkan kepada ALLAH. Bayar ikut kemampuan..bayar lebih kalau kita orang berada.Contohnya kalau kadar zakat Rm4.70 dan kita duduk rumah banglo, makan beras basmati bayarlah RM5 atau lebih. Zakat fitrah afdal dibayar dipagi raya sebelum solat hariraya. Tapi kalau bayar selepas solat hariraya pun sah cuma pahalanya seperti pahala sedekah sahaja. Elok juga bayar awal untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.   

      Akhir sekali solat hariraya. Boleh dilakukan sebelum waktu zohor. Kalau ramai orang bayar fitrah pagi itu boleh dilewatkan, tidak semestinya pukul 8, asalkan sebelum zohor. Dari segi hukum, semua mazhab sunat (kerana nabi tidak pernah mewajibkan) kecuali Hanafi yang mewajibkan(kerana Nabi tidak pernah tinggal). Kalau kita niat sunat dapat pahala sunat, niat fardhu dapat pahala fardhu.Terpulanglah.

      Selepas solat hariraya FITRAH, kita akan diampunkan dosa dan kembali kepada fitrah(asal yang tidak berdosa) INSHAALLAH sekiranya disiplin puasa kita jaga, zakat fitrah kita tunaikan.

      Rasulullah bersabda “Siallah(rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

      Kelebihan Selawat Part2

      Nabi Muhammad adalah manusia yang paling besar tapi sederhana hidupnya.Mukjizat nabi-nabi dahulu hanya menjadi keramat (karamah) umat Nabi Muhammad.

      Semasa berselawat, jangan pisahkan nabi dan keluarganya (wa ala ali muhammad).

      Dalam solat, jangan tambah perkataan “Sayyidina” pada selawat dalam tahiyyat kerana nabi tidak ajar demikian. Bacaan dalam solat hendaklah dibaca mengikut apa yang Nabi ajar.

      Selawat dapat memberi:-

      • ketenangan,
      • lapang dada
      • murah rezeki zahir dan batin. rezeki batin adalah ILMU.
      • menolong melawan nafsu dan syaitan

      Angkat tangan, Betul dan Rapatkan Saf, Khusyuk

      Angkat tangan ketika takbir tanda NAFI.

      Cara Angkat tangan ketika takbir

      1. Bertentangan bahu (Imam Syafie)
      2. Cuping telinga (Para ulama Syafie)

      Tangan semasa sujud

      Semasa sujud paras tangan hendaklah sama seperti ketika takbir. Kalau takbir angkat tangan paras bahu, sujud pun letak tangan paras bahu.

      Bezanya cuma masa takbir jari dibuka sedikit, masa sujud jari dirapatkan.

      Saf

      Betulkan saf sebelum Qamat. Rapatkan bahu, samakan tumit kaki. Nescaya ALLAH akan betulkan hati sesama kamu (perpaduan). Walaupun benda ini nampak kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil.

      Khusyuk’

      Dalam surah Al-Mukminun, berjayalah orang2 yang khusyuk dan menjaga solatnya. Walaupun tidak khusyu’, solat tetap sah cuma tidak sempurna.

      Solat lewat / akhir waktu

      Biasanya dilakukan secara cepat-cepat, jadi kuranglah ingatan kepada ALLAH.

      Jangan hairan dengan kekayaan mereka(Kafir)

      Jibril sejukkan nabi dengan ayat 55 Surah At-Taubah.

      At-Taubah [55] Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).

      7 ayat quran tidak sama nilainya walaupun dengan 7 qabilah harta.

      Hasilnya diSANA dan tidak muat diSINI.

      Firman ALLAH: Manusia sayangkan harta. Harta itu “lekat” dihati mereka. 

      Al-Aadiyat [8] Dan sesungguhnya dia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).

      Dalam Surah At-Taghabun(ayat 15), anak-pinak dan harta benda itu adalah ujian dan boleh menjadi musuh kalau tidak dijaga.

      At-Taghabun[15] Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.

      Sedekah direject apabila:-

      a) Kufur dengan ALLAH

      b) Solat sambil lewa, malas

      c) Tidak Ikhlas

      Sedekah seperti diatas tiada pahala walaupun boleh mengurangkan azab dalam neraka dan tidak masuk syurga.

      Ibadah tanpa ILMU dan IKHLAS tidak diterima ALLAH.

      Surah At-Taubah 54.

      Wudu’,Berdiri, takbir

      Wudhu’

      Kunci solat ialah wudhu’. Wudhu menjadi cahaya kepada umat Muhammad. Apabila tidak boleh wudhu, bertayammum. Apabila tidak boleh kedua-duanya, solat hormat waktu, tanpa wudhu tapi kena ganti atau qadha.

      Mengikut mazhab Syafie, batal wudhu; kena solat balik dari awal.

      Mengikut mazhab Hanafi, Hambali, :-

      1. batal wudhu dengan sengaja; kena solat balik dari awal.
      2. terbatal, wudhu’ dan sambung balik cepat2 pada rakaat yag batal

      Mengikut mazhab Syafie, keluar darah batal wudhu’.

      Mengikut mazhab Hanafi, keluar darah dan mengalir baru batal wudhu’.

      Berdiri tegak bagi yang mampu

      Bagi Solat Fardhu wajib berdiri ke atas mereka yang mampu, tegak tanda hormat. Solat sunat boleh duduk, baring, tapi pahala 1/2. Rasulullah solat duduk diakhir hayat beliau (untuk mengajar umatnya.)

      Berdiri dapat lebih pahala dan lebih menyihatkan badan kerana banyak pergerakan.

      Solat sunat dalam kuantiti yang banyak sama seperti “jogging”. Badan sihat, pahala pun dapat.

      Semasa berdiri, muka dan dada hendaklah menghadap Qiblat.

      Bagi yang uzur

      Duduk, tidur, isyarat kepala, isyarat mata, isyarat hati.

      Syafie wajib solat walaupun uzur sampai ke tahap menggunakan isyarat hati.

      Hanafi wajib solat walaupun uzur sampai ketahap isyarat kepala sahaja.

      Uzur (hadas besar – haid, junub) tidak boleh masuk masjid walaupun pakai pampers / pad.

      Angkat tangan semasa takbir

      Hukumnya sunat. Ada 3 cara mengangkat tangan dan bertakbir:-

      1. Serentak lafaz takbir dan pergerakan tangan
      2. Takbir dahulu baru angkat tangan
      3. Pergerakan tangan dahulu baru lafaz takbir.(konsep “Lailaha illallah)

      Budaya orang Arab angkat tangan bila menafikan sesuatu. Orang Melayu geleng kepala.

      Menafikan tidak ada tuhan yang disembah melainkan ALLAH.

      Diakhir hayat nabi cuma angkat tangan ketika takbiratulihram sahaja. Takbir yang lain (perpindahan contohnya rukuk) nabi tidak angkat tangan. Tetapi kalau hendak mengangkat tangan juga biarlah sampai pada paras bahu atau cuping telinga (sama seperti semasa takbiratulihram)

      Takbiratulihram (melafazkan Allahuakbar)

      Takbir yang mengharamkan benda yang boleh dibuat diluar solat seperti makan, minum, dsbnya. Keluar dari larangan ini dengan memberi SALAM.Mengikut mazhab Hanafi, memberi Salam itu Sunat.

      Makruh melambatkan takbiratulihram. Selepas qamat hendaklah terus takbir.

      Niat dan takbir Solat

      NIAT 

      Niat mengikut mazhab Syafie ialah “hadir hati” ketika takbir (ALLAHUAKBAR)

      1. sahaja aku solat
      2. Jenis solat (Fardhu/sunat)
      3. Waktu (cth Zohor)

      Niat mengikut mazhab Hambali :- Solat+zohor kerana ALLAH.(Untuk mengingatkan yang solat itu hanya untuk ALLAH)

      Setiap amalan bermula dengan NIAT.

      Mazhab Hanafi dan Hambali – Niat dulu sebelum Takbir.

      Mazhab Syafie – Niat serentak dengan takbir. 3 cara:-.

      1. Niat sepanjang lafaz takbir (ALLAHUAKBAR), serentak niat dan sebutan.
      2. Niat sebahagian dari lafaz takbir (belum habis ALLAHUAKBAR, sudah habis niat)
      3. Pecah-pecah, tidak bulat.

      Niat dalam takbir

      2 rukun di dalam 1, hanya ada di dalam solat.Tiada dalam ibadat lain.

      ALLAH ada diantara manusia dengan hati walaupun anggota diperintah oleh hati.

      Namun, dari segi ilmu, rukun bersendirian. Contoh Kalimah syahadah:-

      1. Lafaz – aku bersaksi
      2. Niat – kehendak hati

      Lafaz niat (sebut sahaja aku…) adalah untuk mengingatkan.Harus dalam semua 4 mazhab.

      Niat adalah rukun bagi mazhab Syafie, Maliki dan Hambali.

      Bagi mazhab Hanafi niat adalah Syarat. Syarat bagi sesuatu berada di luar dari sesuatu. (Niat solat diluar solat). Tanpa syarat tidak sah ibadat.

      Niat tidak boleh diselang-selikan dengan perkara yang membatalkan solat seperti  makan, minum, dsbnya.

      Kelebihan Selawat – Part 1

      1 kali selawat, pahala 10 kali.

      Jikalau “hadir hati” (ingat pada ALLAH) lebih besar pahala. Selawat dan baca quran walaupun dalam keadaan “lalai” tetap dapat pahala.

      Selawat 1000 kali umpama ziarah Nabi. Siapa yang pernah mimpi Nabi tidak akan masuk NERAKA. Percakapan didalam mimpi tidak ada “guarantee”. Tetapi Syaitan tidak boleh berupa Nabi didalam mimpi.

      Bersihkan hati.Selawat dengan ikhlas.

      Zikir dengan anak jari lebih afdal…memberi cahaya didalam kubur.

      Orang yang paling diutamakan di alam mahsyar ialah orang yang banyak selawat. Didunia dia hamba tetapi diSyurga dia menjadi tetamu ALLAH.

      Hadiahkan semua pahala zikir kita kepada Rasullullah.

      Selawat menghapuskan dosa seperti air mematikan api. Selawat tiap Jumaat 80 kali boleh menghapuskan dosa.

      Selawat juga penembus hijab doa ke langit. Oleh itu bila berdoa:-

      1. Puji ALLAH (Al-Hamdulillah)
      2. Selawat
      3. Mintaklah apa2 hajat
      4. Selawat

      ALLAH tidak bagitahu bukan dia LUPA

      Ada benda ALLAH sengaja “silent”, supaya tidak menyusahkan kita. Contohnya dari segi makanan, sesetengah makanan tidak disebut halal/haram bukan kerana ALLAH lupa, tetapi kerana disengajakan agar kita tidak susah. 

      Al-Maidah [101] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.