Pahala Diganda dan Ditambah Lagi

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. (Nisaa:40) Baca baki entri ini »

Prioriti Dalam Berbuat Kebaikan

An-Nisaa [36] : ..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Baca baki entri ini »

Sembah Allah dan Jangan Syirik

An-Nisaa [36] : Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah Subhanahuwata’ala dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua…. Baca baki entri ini »

Elak Dosa Besar, Diampun Dosa Kecil

Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga). (An-Nisaa: 31) Baca baki entri ini »

Antara Tiga Tiket Masuk Syurga

Sembahlah Allah yang Ar-Rahman, berilah makan (kepada golongan miskin) dan sebarkan salam, nesscaya kamu akan masuk ke dalam syurga dengan selamat.” (Riwayat At-Tirmidzi no. 1855)

Berilah salam terutamanya kepada sesama Islam dan sesama jantina kerana salam menimbulkan kasih sayang. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Muslim tentang salam. “Kamu tidak akan masuk syurga, sehingga kamu beriman. Kamu tidak akan beriman, sehingga kamu saling menyayangi. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu semua, sesuatu yang dengan melakukannya, maka akan wujud rasa sayang-menyayangi? Tebarkan salam”

Seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud, “Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah perkara yang terbaik di dalam Islam?” Beliau menjawab: “Memberi makanan dan memberi salam kepada orang yang kau kenal atau tidak kau kenal” (HR. Bukhari dan Muslim)

Salah satu daripada alamat kiamat ialah orang Islam tidak memberi salam kecuali kepada orang yang dikenali sahaja.

Daripada Abil Ja’di berkata, telah bertemu Abdullah seorang lelaki, maka berkata lelaki itu; “Assalamualaik ya Ibnu Mas’ud”. Abdullah bin Mas’ud berkata; “Benarlah Allah dan RasulNYA sesungguhnya aku mendengar Rasulullah berkata; “Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat ialah, seseorang lelaki melalui satu masjid tetapi tidak melakukan solat 2 rakaat, dan tidak memberi salam kecuali kepada orang-orang yang dikenali sahaja.” Riwayat ibnu Khuzaimah.

Daripada Abdullah Bin Masu’d RA, Rasulullah bersabda, “ Sebelum berlaku kiamat, orang-orang Islam memberi salam kepada orang tertentu sahaja dan berkembangnya perniagaan sehingga seorang isteri bersyarikat dengan suaminya dalam perniagaan (Riwayat Imam Ahmad dan Al Hakim)

Memberi Makan

Memberi makan kepada mereka yang kelaparan terutamanya anak yatim, orang miskin dan kaum kerabat adalah diantara amal yang tinggi darjatnya disisi Allah dan mukmin pemberi makanan itu adalah ahli syurga. Ia juga dapat melembutkan hati si pemberi itu dan seterusnya memperolehi apa yang dihajatinya

Daripada Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, Baginda telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.” (at-Tirmidzi)

Al-Balad [11] Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; [12] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? [13] (Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi; [14] Atau memberi makan pada hari kelaparan. [15] Kepada anak yatim dari kaum kerabat

Akhlak Suami Terhadap Isteri

..dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik… (Nisa:19) Baca baki entri ini »

Balasan Derhaka Kepada Allah dan Rasul

Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina. (Nisa:14)

……dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). (Ibrahim: 2) Baca baki entri ini »

Balasan Ketaatan Kepada Allah dan Rasul

…dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar. (Nisa:13) Baca baki entri ini »

Puasa dan Quran Sebagai Pemberi Syafaat

Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : “Wahai Rabb ku, saya telah menahannya dari makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya (kepada orang yang berpuasa).” Dan al-Quran berkata : “Saya telah melarangnya dari tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya.” Baginda bersabda : “Maka syafaat keduanya diperkenankan.” (HR Ahmad No: 6338, Status: Isnad Hasan) Baca baki entri ini »

Nikmat Air yang Diminum

Rasulullah s.a.w. setelah meminum air selalu berdoa “Segala puji bagi Allah yang memberikan kami minum air tawar yang segar dan tidak menjadikannya masin lagi pahit kerana dosa-dosa kami (Riwayat Abu Naim daripada Abu Jafar). Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman: Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit. (Fatir:12) Baca baki entri ini »

Tips Dapatkan Nilai Tambah Di Bulan Ramadan

Tipsnya adalah kurangkan, tinggalkan, tahan dan lebihkan.

  • Kurangkan makan misalnya daripada 3 atau 4 kali sehari di luar Ramadan kepada hanya 2 kali sehari.
  • Kurangkan waktu tidur untuk bangun bersahur, bertahajjud dan solat Subuh berjemaah di masjid (bagi kaum lelaki).
  • Tinggalkan perkara yang sia-sia agar tidak mengurangkan pahala puasa dan hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata.
  • Tahan pancaindera atau anggota badan daripada melakukan dosa.
  • Lebihkan sedekah, membaca quran, menuntut ilmu dan apa juga amalan soleh. Baca baki entri ini »

Pecutan Akhir Sepuluh Ramadan

Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. [Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Lailatulqadar, no. 2024] Baca baki entri ini »

Keistimewaan Bersahur dan Waktu Sahur

Sahur membezakan puasa kita daripada puasa Ahli Kitab. Melewatkan sahur juga membezakan puasa kita daripada mereka. Waktu sahur pula termasuk dalam waktu doa diterima Allah SWT. Mereka yang beristigfar pada waktu sahur pula adalah antara ciri-ciri ahli Syurga. Selain itu bersahur juga dapat memberikan keberkatan (kekuatan) untuk berpuasa dan beribadat. Baca baki entri ini »

Bulan Yang Dimuliakan

Ramadan bukanlah sekadar bulan puasa. Ia adalah bulan dimana meter pahala berpusing laju, bulan diberikan tawaran diskaun dosa, bulan untuk membakar dan detoks nafsu dan bulan untuk melakukan sesuatu transformasi. Ramadan juga bulan diturunkan Al-Quran, bulan yang di dalamnya Rasulullah s.a.w. banyak bersedekah,  dan hanya pada bulan ini solat terawih dilakukan. Pada bulan ini juga didatangkan malam Qadar atau Lailatul Qadar yang ganjaran beribadat di malamnya menyamai ibadat selama 1,000 bulan.  Baca baki entri ini »

Bulan Digandakan Pahala Sedekah

Daripada Ibnu Abbas radliallahu ‘anhu berkata; “Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Qur’an kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus.”*_ (HR Muslim No: 4268).

Baca baki entri ini »