Dibangkitkan Dari Tidur Untuk Kembali Bertemu Allah

Dua malaikat itu berkata kepadanya “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan oleh ahli keluarga yang mengasihinya“. Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringan itu.

Yaasin [52]…..Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul.  Baca baki entri ini »

Jadikan Qulhuwallah@ Surah Ikhlas Bacaan Harian

Isi kandungan Al-Quran adalah tiga perkara dasar iaitu Allah yang Esa, Hari Kiamat dan Kebenaran para nabi dan rasul. Surah Al-Ikhlas menceritakan tentang keesaan Allah, kerana itu ia dikatakan menyamai satu pertiga quran. Allah itu maha Esa iaitu “satu yang tidak boleh dibahagi-bahagi” samada pada zahir atau pada akal. Manusia seorang tetapi masih boleh dipotong-potong, seperti kata pepatah “tulang empat kerat”. Allah tidak beristeri apatah lagi beranak. Baca baki entri ini »

Takut dan Sayang Allah, Penyelesaian Segalanya

Takut yang sebenar-benarnya ialah takut kepada Allah SWT. Takut kepada Allah bermakna patuh, menurut perintah Allah dan menjauhi larangannya. Kita akan selamat jika patuh kepada Allah dan Allah akan menolong walau dimana saja kita berada. Sayang yang sebenar-benarnya ialah sayang kepada Allah SWT. Janganlah menyayangi sesuatu atau seseorang melebihi sayang kita kepada Allah SWT. Allah sayang kita lebih daripada kita sayang kepada anak kita. Allah mahu semua manusia masuk syurga, tapi Allah tidak memaksa kerana hidup ini adalah satu ujian. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Terpaksa dan Tidak Sengaja Tidak Berdosa

An-Nahl [106] Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.

Baqarah [173] Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Baca baki entri ini »

Jangan Makan Harta Haram

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Baqarah:188) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Kedudukan Disi Allah

Rasulullah s.a.w bersabda ” Sesiapa yang ingin tahu kedudukannya di sisi Allah, lihatlah kedudukan Allah di sisinya” (Riwayat Anas). Baca baki entri ini »

Menyembunyikan, Membuang dan Mengubah Kitab

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya. Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu. (Ali-Imran:187) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Masuk Syurga Dalam 7 Sifat

1. Akhlak mulia Rasulullah s.a.w. 2. Saiz badan Nabi Adam 3. Kesabaran Nabi Ayyub 4. Kecantikkan Nabi Yusuf 5. Umur Nabi Isa (33 tahun) 6. Mata bercelak (original) 7. Tidak berbulu Baca baki entri ini »

Membaca Ayat Kursi Selepas Sembahyang dan Sebelum Tidur

Rasulullah saw. bersabda, ‘Ayat yang terbesar di dalam Al-Qur`an adalah “Allaahu laa ilaaha illaa huwa al-hayyul qayyuum”. Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:“Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan tersebut berkata,“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187) Baca baki entri ini »

Membaca Surah Al-Mulk Sebelum Tidur

Bacalah dan hafallah Surah Al-Mulk atau surah Tabarakallazi sebelum tidur setiap malam kerana ia adalah penyelamat daripada azab kubur. Ianya cuma 30 ayat sahaja dan tidak mengambil masa yang lama. Baca baki entri ini »

Kelebihan Membaca Surah Kahfi Pada Malam atau Hari Jumaat

1) Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Kaabah) 2) dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” 3) memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat 4) Terjaga dari fitnah kejahatan (ujian) Dajjal Baca baki entri ini »

Ujian Ke Syurga: Rukun Islam dan Rukun Iman

Untuk masuk ke syurga pelbagai ujian harus dilalui. Ujian pertama ialah ujian keimanan iaitu 6 rukun iman yang terdiri dari 4 perkara ghaib dan hanya 2 perkara yang zahir (nampak pada penglihatan) iaitu kitab dan nabi (umat terdahulu boleh melihat para Nabi mereka). Seterusnya manusia diuji dengan ujian Islam seperti yang terkandung dalam 5 Rukun Islam iaitu mengakui Allah itu tuhan, Nabi Muhammad itu Rasul dan apa yang dibawanya adalah benar, mendirikan sembahyang dan berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan. Baca baki entri ini »

Banyakkan Sujud (Sembahyang), Gugur Dosa, Masuk Syurga

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Rabi’ah, mintalah kepadaku”. Aku berkata: “Wahai Rasulullah biar aku fikirkan sebentar. Lalu aku mengingat-ingat dunia serta kefanaannya sehingga aku berkata: “Aku tidak akan meminta kecuali akhirat. Kemudian aku mendatangi Baginda SAW dan berkata: “Aku meminta supaya aku boleh menemanimu di syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Rabi’ah adakah yang selain dari itu? Aku menjawab: Itu saja. Maka Rasulullah SAW bersabda lagi: Berjanjilah untuk kamu mengendalikan hawa nafsumu dan banyakkan sujud (nescaya kamu akan menemaniku di syurga).” (Muslim) Juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bahawa Baginda bersabda: Apabila seorang hamba bersembahyang, dibawa dosa-dosanya lalu diletakkan di atas kepalanya ataupun tengkuknya, maka setiap kali dia ruku’ atau sujud, maka gugurlah dosa itu daripadanya. Baca baki entri ini »

Dapatkan Kitab Nasbun Nuraini Secara Online

MDC Publishers sehingga kini telah menerbitkan sebanyak 15 jilid dengan harga RM15 setiap jilid, pembelian terus secara online daripada http://www.mdcpublishers.com dan search keyword “nasbun” atau layari http://www.mdcpublishers.com/catalogsearch/result/?q=nasbun&x=49&y=11Beli Nasbun

Soal Hati dan Keikhlasan Niat

Dalam sebuah hadith disebut “Niat itu kerja hati”. Niat ialah keazaman hati yang kuat untuk melakukan sesuatu amalan. Sesuatu amalan itu diberi pahala hanya jika disertai dengan niat yang ikhlas dan semata-mata kerana Allah SWT. Tanpa niat yang ikhlas, amalan itu tidak mendapat pahala. Jika berniat untuk melakukan sesuatu kebaikan tapi tidak dilakukan masih diberikan 1 pahala. Sebaliknya jika dilakukan kebaikan itu diberikan pahala di antara 10 kali ganda (minima) sehingga 700 kali ganda, bergantung pada tahap keikhlasan niat. Jika berniat untuk melakukan sesuatu kejahatan tapi tidak dilakukan juga diberikan 1 pahala. Sebaliknya jika diteruskan kejahatan itu akan dibalas dengan 1 dosa. Baca baki entri ini »