Kedudukan Masjid Dalam Islam 2

Dikirim dalam Hadith, Masjid. 1 Comment »

Benarkah dilarang baca quran di kubur?

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Lupakan Allah di luar majlis ilmu?

3 pergi, 2 kembali, 1 tinggal

Soal jawab dalam kubur 2

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Soal jawab dalam kubur

Kubur itu satu taman dari taman syurga atau satu gaung dari gaung neraka
Terpulanglah kepada keadaan seseorang. Kitalah yang membentuknya.

Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Apabila ditanam mayat, maka didatangi dua malaikat yang hitam legam dan matanya biru dikenali dengan Mungkar dan Nakir yang mendudukkan mayat itu dan memasukkan roh ke dalam jasadnya dan bertanya:
“Apa yang kamu katakan (apa pendapat kamu) tentang lelaki ini”

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hadith. 2 Comments »

MENGHAJIKAN DAN BAYAR HUTANG IBUBAPA

Rasulullah s.a.w. bersabda,

Siapa mengerjakan haji untuk kedua ibubapanya (yang telah meninggal dunia), atau membayar hutang keduanya, maka kelak di hari kiamat ia akan dibangkitkan oleh Allah bersama-sama dengan orang yang berbakti. (Riwayat Daruquthni melalui Ibnu Abbas r.a.)

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hadith, Haji. Leave a Comment »

BERSIKAP SOMBONG SEMASA BERJALAN

Rasulullah s.a.w. bersabda,

Siapa yang merasa besar diri dan bersikap sombong semasa berjalan, nescaya ia akan menemui Allah dalam kemurkaannya. (Riwayat Bukhari melalui Ibnu Umar)

Audio:

http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/246/Syarah_Mukhtarul_Hadith_-_Hadis-hadis_pilihan_181107

Baca baki entri ini »

AMAL BAIK YANG DILAKNAT

Rasulullah s.a.w. bersabda,

Siapa yang mencantikkan amalan akhirat padahal dia tidak mengharapkannya dan tidak pula menghendakinya, nescaya ia dilaknat di langit dan di bumi. (Riwayat Daruquthni melalui Ibnu Abbas r.a.) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

KELEBIHAN BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM

HANCUR DAN KURUS SYAITAN

Sabda Nabi s.a.w

Tiada daripada seorang hamba yang berkata BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM melainkan hancur syaitan seperti hancur timah di atas api

Abdullah bin Mas’ud berkata ” Syaitan mukmin itu kurus

Kurus kerana orang mukmin patuh pada Allah. Syaitan gemuk hanya bila ada penderhakaan pada Allah. Syaitan dijadikan untuk orang Kafir:

Maryam [83] Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh?

Qais Ibnu Al-Hajjaj berkata ” Syaitan dalam badanku berkata ” Aku masuk dalam badan kamu seperti unta pada mulanya dan sekarang aku seperti burung ciak”. Maka tanya Qais “Mengapa demikian? Kata Syaitan itu ” Engkau menghancurkan aku dengan zikrullah

Zikrullah iaitu mengingati Allah menghapuskan dosa dan menutup ruang untuk Syaitan masuk. Syaitan masuk ke dalam hati bila kita lalai dari mengingati Allah seperti nyamuk yang menghisap darah kita. Hati itu tempat kita melahirkan ingatan dan rasa kasih sayang kepada Allah.

Zikir itu lebih besar dari jihad dan sedekah emas perak. Ramai orang duduk atas tilam empuk masuk syurga yang hebat kerana zikir.

Zikir Lailahaillah menghapuskan dosa.

Dengan syarat mulut orang yang membacanya (Bismillah) bersih, jiwanya bersih, ibadat dan takwanya baik, Bismillah memberi kesan yang besar kepada manusia yang membacanya dan juga pada Syaitan dalam dirinya.

MENJADI UBAT DAN ALLAH BERKATI URUSAN

Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

Para wali dan mereka yang mendampingi Allah boleh menghalau harimau, mengubati penyakit, berjalan di atas air hanya dengan membaca Bismillah. Kesucian hati sangat penting dalam bacaan dan zikir mendampingi Allah. Mereka yang sucti hatinya dan hubungan dengan Allah, baca apa pun dari Al-Quran berhasil amalannya.

Tidak boleh BISMILLAH atas benda yang haram atau makruh, kerana seolah-olah kita menghalalkan benda itu. Nama Allah hanya boleh disebut pada benda yang halal sahaja.

SELAMAT DARI NERAKA

Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 .Ibnu Mas’ud berkata: “Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.”

Audio mp3:

http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/244/Kitab_Tasawuf_-_Jauhar_Mauhub 

 

Kedudukan Masjid Dalam Islam

Masjid ialah tiap-tiap tempat yang disediakan untuk didirikan sembahyang berjemaah secara terbuka (samada dipanggil surau, mosque atau sebagainya). Masjid sangat besar kedudukannya di dalam Islam:

At-Taubah [18] Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah

Tugas mendirikan dan memakmurkan masjid adalah hak orang Islam. Orang kafir tidak layak. Duit orang kafir tidak boleh diguna untuk membina masjid, sekiranya ingin diguna juga, hanya boleh diguna unuk membuat longkang atau tandas masjid. Allah itu bersih dan suci, Allah tidak terima benda yang tidak bersih. Tidak boleh mendampingi Allah dengan duit yang haram kerana mendirikan masjid itu juga satu ibadah.

At-Taubah [17] Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.

tidak takut melainkan kepada Allah (dari ayat diatas – Taubah 18)

Takut terbahagi kepada dua iaitu takut tabii dan takut keimanan. Takut tabii ialah takut semulajadi (tabiat) seperti takut melihat benda jijik dan menggerunkankan – harimau, ular dan sebagainya. Seperti dalam kisah Nabi Musa:

Naml [10] Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. Maka apabila dia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu dia diseru): Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut,

Takut dari segi keimanan pula hanyalah kepada Allah. Tidak boleh takut kepada benda lain yang boleh menjejaskan keimanan samada hantu, manusia atau sebagainya.

DIRIKAN MASJID DI MANA SAHAJA BERKAMPUNG

Masjid dan surau menjadi pusat perhimpunan umat Islam, tempat ibadah, menuntut ilmu. Perkara yang pertama Nabi lakukan setelah sampai di Madinah ialah mendirikan masjid. (juga ditempat-tempat lain) Masjid yang dibina di Madinah dikenali dengan nama masjid Nabawi (masjid Nabi). Asalnya cuma sebesar Raudah, kini telah disambung hingga ke perkuburan Baqi’ (siapa ditanam disitu aman dari seksa kubur).

Dari Aisyah R.A. katanya Rasulullah s.a.w. menyuruh umatnya mendirikan masjid-masjid dan surau di tempat-tempat perkampungan, dan masjid-masjid dan surau itu sentiasa dibersihkan dan diharumkan. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi)

dibersihkan dan diharumkan”

PAHALA MEMBERSIHKAN BENDA JIJIK DARI MASJID
Sabda Nabi s.a.w, siapa mengeluarkan benda jijik dari masjid diberi satu rumah (mahligai) di dalam syurga. Manakala dalam riwayat yang lain diberi seorang bidadari.

BUAT MASJID DI RUMAH
Rasulullah s.a.w suruh supaya buat masjid di rumah iaitu sebagai tempat sembahyang bagi kaum perempuan dan sembahyang sunat (bagi lelaki). Baginda juga mengatakan “Jangan jadikan rumah kamu seperti kubur” (kerana di dalam kubur tidak didirikan sembahyang)

Perempuan boleh iktikaf di rumah, di tempat mereka sembahyang. Afdhal bagi perempuan sembahyang di rumah, sama pahalanya seperti lelaki sembahyang di masjid. Lebih afhal di dalam bilik yang sepi dan tersembunyi. Tidak perlu ke masjid kecuali untuk menunut ilmu. Di zaman Nabi kaum perempuan sembahyang di Masjid untuk mendapatkan keistimewaan sembahyang di belakang Nabi.

صلاة المرأة في بيتها أفضل من صلاتها في حجرتها وصلاتها في مخدعها أفضل من صلاتها في بيتها

“Seorang wanita bersolat didalam rumahnya lebih baik dari dia bersolat dihalamannya, dan solat didalam bilik kecil lebih baik dari bersolat dirumahnya” [Hadith Riwayat Abu Daud] 

Bagi lelaki, lebih afdhal sembahyang di tempat terbuka, lagi ramai jemaahnya lagi banyak pahala.

PAHALA MEMBINA MASJID

Dari Osman, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang membina sebuah masjid (atau surau) secara ikhlas kerana Allah taala, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah (mahligai) di syurga (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Samada masjid itu di bina secara sumbangan perseorangan atau perkongsian, walaupun sekadar derma Rm1. (akan mendapat mahligai yang setaraf dengan sumbangan dan perbelanjaanya). Pastikan duit yang bersih (halal) dan niat yang suci serta ikhlas kerana Allah.

Audio:

http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/242/Masjid_-_mastika_hadith_jilid_2

Dikirim dalam Masjid. 2 Comments »