Kisah Nabi Nuh

1) Hud [45] Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu adalah benar dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya.

a) Siang malam Nabi Nuh berdakwah, dipukul berkali-kali (dalam satu hadis, Allah sayang orang yang kuat hatinya iaitu berani). Beliau tetap terus berdakwah sehingga 700 atau 1000 tahun mengikut tafsir Mazhari. Namun umatnya semakin liar.Lalu Nabi Nuh doa supaya dihapuskan semua umatnya, tanpa tinggal 1 orang pun kerana penyakit kufur dan syirik sangat bahaya.

Nuh [5] (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman); [6] Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).

Nuh [26] Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!

Baca baki entri ini »

Soal 7 : Bagaimana hendak mengikhlaskan amalan ibadat kerana Allah?

Firman Allah: 

Al-Bayyinah [5] Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar

Dari ayat di atas timbul satu persoalan.

Bagaimana hendak mengikhlaskan segala amalan ibadat semata-mata kerana Allah?

Ikuti perbincangan dan jawapan dalam Nasbun Nurain Jilid 2.

Proses Kejadian Manusia, syukur

1) Sajadah [8] Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Perbahasan air mani itu suci atau najis.

Pendapat yang  mengatakan air mani itu suci kerana para nabi dan rasul juga berasal dari air mani. Namun ini dilawan dengan hujah yang mengatakan Firaun  juga berasal dari air mani. Bagi yang mengatakan air mani itu suci, mengapa tidak dijadikan minuman. Maka jawab Imam Nawawi, haram minum sesuatu yang menjijikkan. Ada yang mentafsirkan air yang sedikit dipandang orang sebagai hina, dan najis.

Apapun semua mazhab sudah mantap, sempurna susunan hukumnya dan tidak boleh diubah. Terpulanglah kepada kita untuk memilih mana-mana pendapat.

Cara menyucikan air mani mengikut Hadis dari Aisyah r.a ialah basuh jika kain masih basah dan gores jika sudah kering air itu. (Nasbun Nurain Jilid 3)

Baca baki entri ini »

Kemusykilan tentang mazhab

1) Bolehkah kita mencampurkan beberapa mazhab dalam amalan, misalnya wuduk ikut Hanafi, sembahyang ikut Syafie (campur mazhab)?

2) Bilakah boleh taklid (ikut) kepada mazhab lain, selain mazhab yang kita pegang, adakah hanya bila ada keperluan atau darurat sahaja?

3) Adakah kena tahu semua dalam mazhab itu (selain dari mazhab kita) baru boleh taklid (ikut)?

4) Perlukah dilafaz taklid?

Jawapan:- Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Feqah, Mazhab. 2 Comments »

Seruan kepada Tuhan kafir | Salam |Syafaat

1) Saba’ [22] Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka. Baca baki entri ini »

Soal 6 : Memasukkan niat ke dalam Takbir (hulul)?

Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah mengajar sahabatnya berniat (berdasarkan hadis-hadis yang dikemukakan dalam Nasbun Nurain Jilid 2). Cuma imam mujtahid 4 mazhab yang mengajar kita cara berniat. (mereka punya lesen besar untuk keluarkan pendapat)

Di antara imam-imam ini juga berbeza pendapat tentang niat. Misalnya Imam Syafie mengatakan niat itu sebahagian dari Rukun sembahyang, manakala Imam Hanafi dan Hambali mengatakan niat itu pra-syarat untuk sembahyang (sebelum takbir dan diluar dari sembahyang).

Bagi yang mengatakan niat itu sebahagian dari rukun dan memasukkan niat ke dalam takbir (dipanggil hulul-2 rukun dicantum jadi 1), timbul satu persoalan.

Apakah niat yang dimasukkan kedalam takbir  itu:-

  1. Tidak dapat dipisahkan antara keduanya, seperti pewarna masuk ke dalam air (Hulul Suryani)
  2. Dapat dipisahkan, seperti air yang masuk ke dalam kain. Apabila diperah kain, keluarlah air (Hulul Suryani)

Apakah serapan (rukun ke dalam rukun) dibenarkan syarak, sedangkan perbuatan lain tidak boleh diserapkan dan mesti diasingkan antara satu perbuatan ke perbuatan yang lain? Contohnya bangkit dari rukuk dan iktidal tidak boleh diserapkan dan mesti diasingkan.

Persoalan ini dijawab dan dibangkitkan dalam Nasbun Nurain Jilid 2.

Soal 5 : Bagaimana niat para sahabat sebelum hadis niat diisytiharkan?

Hadis dari Sayyidina Umar:-
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya :

” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : –

Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya
Baca baki entri ini »

Sembahyang Sunat Untuk Taubat

Antara dalilnya ialah riwayat Ali bin Abu Talib r.a. berkata, Abu Bakar r.a. mendengar Rasulullah s.a.w.bersabda:

Maksudnya: “Tiada seorang hamba yang berdosa dengan suatu dosa, kemudian ia berwuduk dengan sebaik-baik wuduk. Lalu ia sembahyang sunat dua rakaat dan setelah itu ia beristighfar memohon keampunan Allah, melainkan diampunkan Allah baginya”.

Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: 135 Surah Aali-Imran bermaksud:

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiayai diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah – dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui ( akan salahnya dan akibatnya )”.

  • Kisah Abu Bakar r.a. sebelum Islam
    Sebelum beliau Islam, dia telah bermimpi bulan jatuh ke ribanya. Lalu dia pergi berjumpa ahli kitab untuk menafsirkan mimpi tersebut. Ahli kitab itu mengatakan yang beliau akan menjadi seorang menteri kepada seorang pemimpin di Mekah. Lalu Abu Bakar pun mengikuti ceramah-ceramah Nabi Muhammad. Setelah beberapa lama, Abu Bakar minta Nabi tunjukkan bukti kenabiannya. Maka kata Nabi, “tidak cukupkah apa yang ahli kitab itu katakan padamu. Kemudian fahamlah Abu Bakar akan bukti kenabian Nabi Muhammad itu.
  • Abu Bakar tidak banyak meriwayat hadis, cuma 6 buah sahaja, mungkin bimbang dengan amaran Nabi:- Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka. Hadith Mutawatir

Di dalam hadis yang lain, Baginda juga pernah bersabda:

Maksudnya:“Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad)

Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan.”
(Bukhari – Muslim)

Sabda Nabi s.a.w. lagi,”Bahawasanya ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya.” (Riwayat At-Tirmizi)

Tidak semestinya solat atas nama solat sunat taubat. Seperti diterangkan dalam hadis di atas, apabila melakukan dosa, wuduk, solat dan istigfarlah. Tidak perlu diniatkan dengan solat solat taubat. Walaubagaimanapun, jika diniatkan atas nama solat sunat taubat, solat tetap sah, cuma tiada dalil atau asas.

Sembahyang Sunat Dhuha

Sesiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan (mengekalkan)sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Mahligai emas di syurga adalah milik Sayyidina Umar.

Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Berbeza dengan sembahyang sunat yang lain, sunat Dhuha afdhal dilakukan di masjid.

Sembahyang Dhuha berbeza dengan sembahyang sunat Isyra’* (Syuruk). Sebenarnya waktu Dhuha ialah waktu bumi mulai panas, diberi contoh bila anak unta rasa panas duduk di atas tanah. Lebih kurang pukul 10 atau 11 pagi. Akhir waktu Dhuha ialah masuknya waktu Zohor.

Sembahyang Sunat Isyra’ ialah sekitar 15-20 minit selepas waktu Syuruk

Sembahyang Sunat Tahajjud

Dalam satu hadis, Allah rahmati dan suka orang solat tahajjud:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ;

“Allah merahmati orang yang bangun pada waktu malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air di wajahnya. Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan mengejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya.” (Riwayat Abu Daud)


Baca baki entri ini »

Soal 4 : Tentang Niat

Apa itu Niat? Keazaman yang kuat untuk melakukan sesuatu samada disusuli dengan tindakan atau tidak.

Di mana tempat untuk berniat? Di hati, dan di bibir mulut (sekiranya ia menterjemahkan kemahuan hati)

Apakah tujuan berniat?

Adakah berniat itu syarat sah atau untuk mendapatkan pahala? Apakah dalilnya?
Baca baki entri ini »

Wahyu dan sembahyang

Al-Ankabut [45] Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Baca baki entri ini »

Soal 3 : Bagaimana al-Quran dikatakan boleh jadi mudah untuk difahami?

Orang kafir mengatakan quran bukan dari Allah kerana perumpamaan yang digunakan terlalu mudah seperti “malam dan siang”, “celik dan buta”. Allah tidak malu membuat contoh yang ringan supaya manusia mudah faham. Kalau Allah nak tunjuk ketinggian ilmunya, manusia tidak akan faham. Sebagai guru mestilah beri contoh yang senang difahami murid bukan mengikut nilai ilmu guru itu.Di dalam surah al-Qamar, 4 kali ayat berikut diulang:- 
Baca baki entri ini »

Soal 2 -Percanggahan Hadis dan al-Quran, yang mana satu akan diamalkan

Sekiranya terdapat percanggahan diantara Hadis dengan al-Quran, yang mana satu akan diamalkan?

Satu dari jawapan yang biasa diberi ialah dengan melihat kepada jenis Hadith samada:- 

  • Mutawatir,
  • Masyhur atau
  • Khabar Ahad.

Baca baki entri ini »

Kenapa kamu tidak melihat..lihat dengan ilmu

Al-Ahqaf [33] Masihkah mereka ingkar dan tidak mahu memikir serta mengetahui bahawa sesungguhnya Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dengan tidak mengalami kesukaran dalam menciptakannya berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati? Sudah tentu berkuasa! Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

AWALAM YARA = apakah kamu tidak melihat. 
Baca baki entri ini »