Penawar Bagi Hati – Jaga Perutmu

Allah SWT menjadikan perut untuk manusia kerana beberapa faedah dari segi agama dan beberapa faedah duniawi. Faedahnya untuk agama ialah ia membantu badan memproses makanan kepada darah dan air mani yang dengannya dia mendapat zuriat dan selamat daripada penyakit yang menghalangnya daripada menunaikan segala ibadah dengan sempurna. Faedah duniawinya ialah ia menyempurnakan kenikmatan segala makanan dan minuman ketika sihat perutnya. Baca baki entri ini »

Bersederhana Dalam Pelbagai Aspek

Dalam hadith disebut: “Sebaik-baik perkara ialah yang sederhana” (Riwayat Ahmad). Kata ulama “sebaik-baik perkara ialah pertengahan (sederhana) dan kata pepatah Melayu pula “Buat baik berpada-pada“. Umat Muhammad adalah umat yang sederhana berbanding golongan Yahudi dan Nasrani. Agama dan syariat atau hukum-hakam Islam lebih sederhana dan berlemah-lembut berbanding agama mereka. Kita juga diajar supaya bersederhana dalam beribadah, makan-minum dan berkawan. Baca baki entri ini »

Audit Diri Sebelum Diaudit

Audit lah amalan kita, yang manakah yang banyak, amalan yang boleh menghumban kita ke neraka atau amalan yang melepaskan diri dari neraka dan menjadi tiket untuk menuju ke syurga kerana Allah maha mengetahui dan melihat segalanya. 

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. (Hasyr:18) Baca baki entri ini »

Bersabar dan Menelan Kemarahan

Az-Zumar [10] …Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. Daripada Abi Ad-Darda dia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani). Baca baki entri ini »

Rezeki Kita Berbeza-beza

Rezeki dalam hidup kita lain-lain dan datangnya dalam pelbagai bentuk. Rezeki itu meliputi banyak perkara seperti harta benda, makanan, minuman, anak, isteri, kesihatan serta dapat melakukan amalan soleh seperti solat berjemaah di masjid, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya.  Baca baki entri ini »

Dunia Untuk Kita, Kita Untuk Akhirat

Dunia ini diciptakan untuk kita dan kita pula diciptakan untuk akhirat. Carilah dan gunakanlah kurniaan Allah di dunia ini samada dalam bentuk harta, ekonomi, bisnes, jawatan, kedudukan, ilmu, akal fikiran dan sebagainya sebaik mungkin demi untuk mencapai kejayaan di negeri akhirat yang kekal abadi. 

Al-Mulk [15] : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). Baca baki entri ini »

Petunjuk dan Bekalan Balik Ke Syurga

Kita tidak berasal dari bumi, tapi kita berasal dari syurga. Allah s.w.t. telah memberi hidayah (petunjuk) untuk kita kembali ke syurga, setelah moyang kita Nabi Adam a.s.  dikeluarkan dari syurga.. Baca baki entri ini »

Raya Mingguan dan Raya di Syurga

Hari raya yang sebenar bagi orang Islam ialah kejayaan memasuki syurga, dan hari raya mingguan bagi umat Islam adalah pada hari Jumaat. Nikmat syurga dan azab neraka tidak dapat diceritakan secara terperinci. Kalau diceritakan pun tidak tercapai akal untuk memikirkannya. Untuk tahu nikmat syurga yang sebenar ini, kenalah masuk dahulu ke dalamnya. Syurga adalah satu tempat yang melahirkan “Rahim” (kasih sayang) Allah s.w.t. Siapa nak tengok kasih sayang Allah di Syurga hendaklah mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya. Baca baki entri ini »

Isi Masa Dengan Mengingati Allah

Mengingati Allah ialah tanda kita menyayangi Allah. Seseorang yang menyayangi dan merindui seseorang banyak menyebut namanya atau mengingatinya di dalam hatinya. Ingatlah Allah walaupun semasa berjalan, memandu, bahkan sambil berbaring di atas tilam yang empuk pun boleh berzikir. Rasulullah tetap mengingati Allah walaupun di dalam tidurnya (matanya tidur tetapi hatinya tidak). Baca baki entri ini »

Kelebihan Memberi Makan

Memberi makan kepada mereka yang kelaparan terutamanya anak yatim, orang miskin dan kaum kerabat adalah diantara amal yang tinggi darjatnya disisi Allah dan mukmin pemberi makanan itu adalah ahli syurga. Ia juga dapat melembutkan hati si pemberi itu dan seterusnya memperolehi apa yang dihajatinya. Baca baki entri ini »

Istiqamah Di Luar Ramadan

Teruskanlah amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadan dan istiqamahlah dalam melakukannya. Amalan yang berterusan walaupun sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebagaimana di dalam hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya :”Ditanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah SWT. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Hadis riwayat Bukhari)

Baca baki entri ini »

Allah Pengampun Dosa Siang dan Malam

Dalam sebuah hadith qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah, daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. Allah SWT berfirman: …Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu melakukan dosa siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu… Baca baki entri ini »