Doa Keluar Dari Kegelapan dan Menjauhi Maksiat

“Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan Islam yang sebenar dan keluarkanlah kami daripada kegelapan menuju kepada cahaya dan jauhkanlah kami daripada perbuatan yang tidak bermaruah, samada yang nampak atau yang tersembunyi. Baca baki entri ini »

Doa Kedamaian dan Perpaduan Sesama Islam

Ya Allah, damaikanlah persengketaan yang ada di antara kami, satukanlah hati-hati kami. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Kelebihan Keluarga Rasulullah

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). (Ahzab:33) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Allah Pemberi Rezeki, Seorangpun Tidak Dilupakan

Dalam sebuah syair disebut ” Maha Suci Allah yang memberi rezeki kepada hambanya dan seorangpun dia tidak lupa. Baca baki entri ini »

4 Jangan

Al-Anaam [151] Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah (kamu) berbuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Quran. Leave a Comment »

Doa Jadi Hamba Sabar, Syukur dan Tawadduk

“Ya Allah jadikan aku ini hambamu yang banyak bersyukur, dan jadikan aku ini hambamu yang banyak bersabar dan jadikan aku hambamu yang kecil pada pandanganku tapi besar di mata orang”. Baca baki entri ini »

Doa yang Mantap

Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Ikut Nabi Sedaya Upaya, Jangan Banyak Soal

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda “Biarkan aku apa yang aku biarkan kepada kamu. Sesungguhnya kebinasaan umat sebelum kamu adalah kerana pertanyaan dan penentangan mereka kepada nabi-nabi mereka. Jadi, jika aku melarang sesuatu atas kamu maka tingggalkanlah dan jika aku memerintahkan sesuatu maka lakukanlah sesuai dengan kemampuan kamu” (Riwayat Bukhari & Muslim) Baca baki entri ini »

Taubat Nabi Adam dan Keegoan Iblis

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (Baqarah:37) Baca baki entri ini »

Doa Keampunan

Wahai Tuhan ampuni kesalahanku, kejahilanku dan keterlanjuranku semuanya, dan apa yang Engkau lebih tahu tentangnya daripada aku, Ya Allah ampuni aku, juga kesengajaanku, kebodohanku, dan kealpaanku, dan semuanya daripada aku, Ya Allah ampuni dosa apa yang terdahulu dan apa yang terkemudian, apa yang tersembunyi dan apa yang nyata, Engkau Yang Terdahulu dan Engkaulah Yang Tiada Kesudahan, dan Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (Riwayat Al Bukhari) Baca baki entri ini »

Doa Untuk Dapat Cinta Allah

Ya Allah, kurniakanlah aku kasih sayang kepada-Mu, kasih sayang kepada orang yang kasih kepadanya berfaedah bagiku, Ya Allah, apa yang engkau telah kurniakan kepadaku yang aku sukai, jadikanlah ia sebagai kekuatan untuk melakukan apa yang engkau sukai. Ya Allah, apa yang engkau telah palingkan (tidak dikurniakan), jadikanlah ia sebagai kesempatan untuk melakukan apa yang engkau sukai (Riwayat Tirmidzi). Baca baki entri ini »

Ikuti Rasulullah Ingati Allah Untuk Berjaya

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Ahzab:21) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Quran. Leave a Comment »

Melintasi Orang Yang Sedang Bersembahyang

Dari Abu Juhaim (ra) berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda maksudnya;

“Jika mengetahui oleh pelintas di hadapan orang yang bersembahyang apakah (dosa) ke atasnya, nescaya ia berdiri di (tempatnya) selama 40 lebih baik baginya dari melintasi (memotong) orang yang bersembahyang.”  (HR Bukhari, Muslim & Mishkat)

Dalam hadis lain disebut selama 100 tahun.. (Dari Abu Hurairah (ra), HR Ibn Majah). Dalam hadis lain pula disebut lebih baik dari ditelan oleh bumi.. (Dari Ka’ab bin al-Akbar (ra), HR Malik, Mishkat) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Kisah Adam dan Hawa Keluar Dari Syurga

Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. (Baqarah: 35) Baca baki entri ini »

Jesus Bukan Allah

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam”. Katakanlah (wahai Muhammad): (Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Mariam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya? Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Maidah:17) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »