Ikut Mana-mana 4 Mazhab Insyaallah Selamat

Pendapat para imam mujtahid 4 mazhab dijamin satu pahala walaupun salah ijtihad mereka.

“Apabila seorang hakim akan memutuskan perkara, lalu ia melakukan ijtihad, kemudian ijtihadnya benar, maka ia memperoleh dua pahala (pahala ijtihad dan pahala kebenarannya). Jika hakim akan memutuskan perkara, dan ia berijtihad, kemudian hasil ijtihadnya salah, maka ia mendapat satu pahala (pahala ijtihadnya).” (Riwayat Bukhari Muslim).

Mereka juga merupakan golongan yang memahami hadith-hadith Baginda dan telah mengeluarkan berjuta permasaalahan feqah melalui mazhab masing-masing.

Dalam khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. Baginda menyebut “Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu.” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir)

Mereka yang mendengar secara terus itu adalah para sahabat Baginda. Hadith-hadith Baginda akhirnya sampai kepada para imam Mujtahid yang mengeluarkan hukum feqah melalui 4 mazhab yang besar. Wajib mengikuti mana-mana diatara 4 mazhab yang besar ini agar tidak berada dalam kesesatan.

Sesungguhnya Allah (subhanahuwata’ala) tidak sepakatkan umat Islam di atas kesesatan, dan tangan Allah (rahmatnya) di atas jemaah ramai (umat Islam) dan siapa yang memencilkan dirinya (dari jemaah tersebut) terpencillah ia ke dalam api (neraka).” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Dari segi fekah, jemaah itu adalah jemaah 4 mazhab yang besar iaitu Hanafi, Hambali, Syafie dan Maliki.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Doa Nabi Yunus

Rasulullah s.a.w. bersabda “Hendakkah kamu jika aku khabarkan kepada kamu tentang satu doa, yang jika seseorang ditimpa kesusahan atau bencana daripada bencana dunia, lalu dia berdoa dengannya, akan dilepaskan daripada kesusahan tersebut, “Itulah dia doa Zin-Nuun (Nabi Yunus a.s.): 

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ”,

Tiada tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku ini terdiri daripada orang-orang yang menzalimi diri (Riwayat Hakim)

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (Anbiya:87) Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami). (Anbiya:88)

Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka) dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika dia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan. (Qalam:48) Kalaulah dia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah dia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan dia ditempelak (kerana salah silapnya). (Qalam: 49)

Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus. (Saaffat:139) (Ingatkanlah peristiwa) ketika dia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat. (Saaffat:140) (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah dia dari orang-orang yang kalah yang digelungsurkan (ke laut). (Saaffat:141) Setelah itu dia ditelan oleh ikan besar, sedang dia berhak ditempelak. (Saaffat:142) Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih). (Saaffat:143) Tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. (Saaffat:144) Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang dia berkeadaan sakit.

Ibadah Paling Mudah

Daripada Shafwan bin Salim, Rasulullah s.a.w. bersabda  “Hendakkah kamu jika aku khabarkan kepadamu, ibadah yang paling mudah dan paling ringan kepada badan, iaitu: diam dan akhlak baik” (Riwayat Ibnu Abu Dunya)  Baca baki entri ini »

Merenung Kebesaran Allah Disebalik Proses Penurunan Hujan

….dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci,(Furqan:48).

Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya.. (Anfal:11)

Allah yang menurunkan hujan dari air yang tersejat dari bumi. Allah jugalah yang menyuling air itu daripada masin menjadi tawar.

Ar-Ra’d [12] …….dan Dia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air)

Al-Waqiah [69] Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya?[70] Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur

Az-Zumar 21] Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di bumi; kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Dia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.

Allah Mengasihi Orang Yang Suka Memberi Nasihat

Sesungguhnya hamba Allah yang paling dicintai oleh-Nya adalah orang yang paling banyak nasihatnya terhadap hamba-hamba Allah yang lain (Riwayat Ahmad).

Diriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah r.a katanya :Aku membuat bai’ah kepada Rasulullah s.a.w untuk selalu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat yang baik terhadap setiap Muslim.

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: ‘Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai’ – hadis riwayat Muslim.

Kaunseling (nasihat) juga dari asalnya dari Islam. Dalam hadith yang lain, orang Islam sesama islam adalah seperti cermin. Kita tidak nampak kesalahan kita, kita memerlukan kepada orang lain yang nampak kesalahan kita untuk menegur kesalahan kita. Berterima kasihlah kepada orang yang menegur kesalahan kita. Tegur-menegurlah antara satu sama lain. Tegurlah dengan berdiplomasi.

Cara Meredakan Kemarahan

Rasulullah s.a.w. bersabda Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kamu marah sedang pada saat itu dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah dia berbaring.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad).

Syaitan dijadikan daripada angin atau udara yang panas dari neraka. Apabila syaitan menguasai diri, seseorang yang marah akan melakukan apa sahaja asalkan puas hatinya. Oleh itu redakan kemarahan samada dengan berwuduk atau mandi.

Penyesalan Juga Satu Cara Bertaubat

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya seorang hamba melakukan suatu perbuatan dosa tetapi apabila dia teringat perkara tersebut, maka dia merasa sedih; apabila Allah melihatnya benar-benar bersedih hati, maka dia mengampuni apa yang dilakukannya itu sebelum dia mengkifarahnya (menebusnya) tanpa melalui sembahyang dan tanpa berpuasa (Riwayat Ibnu Asakir melalui Abu Hurairah r.a.). 

Penyesalan itu adalah taubat.”(Hadis riwayat Ibnu Majah). Dalam hadith ini, penyesalan itu sendiri adalah taubat, tanpa perlu melafazkan istigfar.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Jangan Menilai Luaran Semata-Mata, Bersangka Baiklah

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya seseorang yang melakukan amalan ahli neraka pada pandangan mata manusia, padahal sebenarnya dia adalah  ahli syurga. Dan sesungguhnya seseorang yang melakukan amalan ahli syurga pada pandangan mata manusia, padahal dia sebenarnya adalah ahli neraka” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) Baca baki entri ini »

Akibat Perkataan Yang Tidak Disedari

Sesungguhnya seorang hamba yang mengucapkan perkataan yang diredhai (disukai) Allah, yang tidak disedarinya, Allah tetap akan mengangkat darjatnya, dan sesungguhnya seorang hamba yang mengucapkan perkataan yang dimurkai Allah, yang tidak disedarinya, ia akan tetap menjerumuskannya ke dalam neraka (Riwayat Ahmad). Baca baki entri ini »

Janji Allah SWT Akan Ditepati

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Baqarah:148). Baca baki entri ini »

Kebenaran Pasti Terserlah

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (Baqarah:146) Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (Baqarah:147)

Baca baki entri ini »

Proses Penciptaan Manusia

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selainNya.  Baca baki entri ini »

Perintah Pertukaran Kiblat

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.(Baqarah:144). Baca baki entri ini »

Wali Allah

Wali Allah ialah orang Islam yang taat dan patuh kepada syariat Allah dan juga merupakan orang yang dekat dengan Allah. Wali bermaksud sahabat Allah iaitu orang yang menyayangi Allah lebih dari segala-galanya, mengamalkan sunnah Nabi atas dirinya, cara hidup Baginda dan melakukan ibadah-ibadah sunat seperti puasa dan sembahyang sunat selain daripada ibadah-ibadah yang wajib. Baca baki entri ini »

Selain Allah Tidak Dapat Menolong Kamu

Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri. (Al-A’raf:197) Dan jika kamu menyeru benda-benda (yang kamu sembah) itu untuk mendapat petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat mendengarnya dan engkau nampak benda-benda itu memandangmu padahal mereka tidak melihat. (Al-A’raf:1198) Baca baki entri ini »