Menghubungkan Silaturahim

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya antara bakti yang paling baik, ialah seseorang yang menghubungkan silaturahim dengan rakan bapanya setelah bapanya tiada (Riwayat Bukhari dan Muslim melalui al-Mughirah).

Rasulullah s.a.w. bersabda ” Sesiapa yang ingin mengembirakan bapanya di alam Barzakh, hendaklah dia membuat hubungan dengan kawan, saudara bapanya setelah bapanya meninggal (Riwayat Abu Ya’la Ibni Umar) Baca baki entri ini »

Pidato dan Syair

Sebahagian daripada bayan (pidato) itu benar-benar mengandungi kekuatan yang memukau seperti sihir dan sebahagian daripada syair benar-benar mengandungi hikmah” (Riwayat Bukhari) Baca baki entri ini »

Memadamkan Pelita dan Pelita Terpadam

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila kamu hendak tidur maka padamkanlah lampu pelita kamu kerana sesungguhnya syaitan menunjuki ini (tikus) kepada itu (lampu pelita) sehingga kamu terbakar (Riwayat Abu Daud). Daripada Abu Salim r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Kalau kamu tidur, jangan biarkan api menyala dalam rumahmu.” (Bukhari)

Kata pepatah Melayu “Api bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan”. Oleh itu padamkan lampu terutamanya pelita atau lilin sebelum tidur kerana ia menyebabkan kebakaran.

Sebaliknya pelita yang terpadam adalah satu musibah iaitu kedukacitaan.

Dalam Tafsir Jalalain diceritakan baahwa suatu ketika lampu pelita Nabi saw. padam, maka beliau pun mengucapkan istirja`(Innalillah…..), lalu kata Aisyah, “Bukankah ini hanya sebuah lampu!” Jawabnya, “Setiap yang mengecewakan (hati) orang mukmin itu bererti musibah.” Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kumpulan hadis-hadis mursalnya.

Hamba Allah Yang Istimewa

Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah itu terdapat orang yang kalau bersumpah atas nama Allah, sungguh akan dikabulkan. (Shahih Muslim No.3174) Baca baki entri ini »

Hukum Mengucapkan Takziah dan Menghadiri Pengebumian Kafir

At-Taubah [84] Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka). Baca baki entri ini »

Tengok Sekali Pun Tak Boleh Kalau Sengaja

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Termizi dari seorang wanita bernama Burairah, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Sayyidina Ali Karramallahu wajhahu (Yang bermaksud): “Wahai Ali, janganlah kamu turuti pandangan kamu dengan pandangan lain, kerana pandangan pertama memang halal untuk kamu tetapi tidak halal bagi pandangan yang kedua.” Baca baki entri ini »

Malu Itu Perisai Orang Beriman

Dari Abu Mas’ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : ” Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘ Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu.  Baca baki entri ini »

Agama Yang Diredai Allah SWT

….dan Aku telah redakan islam itu menjadi ugama untuk kamu (Al-Maidah:3). Baca baki entri ini »

Kelebihan Beragama Islam

Dari Ubadah bin As-Samit r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Sesiapa yang meyakini serta menerangkan kebenaran bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah hambaNya dan RasulNya dan bahawa sesungguhnya Nabi Isa ialah hamba Allah dan anak hambaNya (Mariam) serta RasulNya dan (Nabi Isa juga ialah “Kalimah Allah” yang telah disampaikan kepada Maryam dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya dan (bahawa) Syurga (yang dijanjikan) itu benar dan Neraka (yang dijanjikan) itu benar, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga dengan apa sahaja keadaan amalnya.” (Bukhari dan Muslim) Baca baki entri ini »

Kelebihan Islam dan Umat Ambang Kiamat

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keIslamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebaikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.” (Riwayat Bukhari)  Baca baki entri ini »

Mengingati Allah dan Menjadi Hamba Allah

Al-Muddathir [56]  Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dialah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya dan Dialah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).

Israa [65] Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka). Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Tanda-Tanda Kekuasaan Allah

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya ………Surah Rum (Ayat:20-22) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Kisah Raja Zulkarnain

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya. (Kahfi:83) Baca baki entri ini »

Isa Ibni Maryam

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Mariam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. (Maryam:16) Baca baki entri ini »

Kisah Hawariyyiin (Murid Nabi Isa)

Dan (ingatlah) ketika orang-orang Hawariyyiin berkata: Wahai Isa Ibni Mariam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit? Nabi Isa menjawab: Bertakwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman. (Maidah:112)

Mereka berkata: Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat) dan supaya tenang tenteram hati kami dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri. (Maidah:113)

Isa Ibni Mariam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu) dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki. (Maidah:114)

Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk. (Maidah:115) Baca baki entri ini »