Hari Dikembalikan dan Disempurnakan Balasan

Dan takutlah pada hari kamu dikembalikan kepada Allah (kiamat). Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasnya sedikitpun (Baqarah:281) Baca baki entri ini »

Jom Berkorban

“Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu, dan sembelihlah korban.” (Surah al-Kauthar:2) “ ..

Afdal Makan Sebahagian Daging Korban

Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.” (Al-Hajj:28) “..

Boleh Juga Diberi Kepada Orang Kaya

Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.”(Al-Hajj:36)

Ibadah Korban juga adalah salah satu penebus dosa terhadap Allah SWT.

Sabda Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah, maksudnya: “Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”. (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

Rasulullah Hadiahkan Korban Untuk Umatnya

Baginda telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi. Hadith Anas radhiyallahu ‘anhu riwayat Al-Bukhari (no. 5565) dan Muslim (no. 1966), bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berqurban dengan dua kibasy yang berwarna putih bercampur hitam lagi bertanduk. Seekor untuk diriNya s.a.w dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”

Malu dan Takutlahlah Untuk Melakukan Dosa Di Hadapan Allah

Bahkan manusia sentiasa suka hendak meneruskan dosa (perbuatan kufur dan maksiat) dihadapan Allah (Qiyamah:6).   Baca baki entri ini »

Balasan Segera Pemberontak dan Derhaka Ibubapa

Dua perkara yang (balasannya) disegerakan oleh Allah di dunia iaitu pemberontak (kerajaan Islam) dan penderhaka ibubapa (Riwayat Thabrani melalui Abu Bakar) Baca baki entri ini »

Umur dan Harta

Dua perkara yang dibenci anak Adam iaitu membenci mati, padahal mati lebih baik daripada fitnah, dan dia membenci sedikit harta benda, padahal sedikit harta meringankan hisab (Riwayat Ahmad melalui Mahmud Ibnu Lubaid) Baca baki entri ini »

Kerana Mulut Badan Binasa

Banyak dosa yang bermula dengan kata-kata yang keluar dari mulut dan lidah yang tidak bertulang. Antaranya ialah mungkir janji, cakap besar, menipu, sumpah dusta, berbohong, mencaci maki, fitnah, mengumpat, gurauan melampau dan melaknat. Akibatnya si pelaku akan disiksa di Akhirat nanti. Oleh itu fikirlah dahulu sebelum berkata-kata. Kata orang tua, masukkan kata-kata itu ke dalam minda sebelum dikeluarkan dari mulut. Baca baki entri ini »