Persaudaraan Islam

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Jangan dengki-mendengki, jangan tawar-menawar untuk mengelirukan orang lain, jangan benci-membenci, jangan pulau-memulau dan jangan kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah bersaudara dengan orang Islam yang lain. Tidak boleh menzalimi, merendah-rendah dan menghinanya. Takwa adalah di sini, nabi mengisyarat tiga kali. Cukup seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam. Setiap orang Islam ke atas orang Islam diharamkan darahnya, haratanya dan maruahnya (hak kemuliaannya).”

Angin Urusan Kerajaan Allah SWT

Angin itu termasuk urusan Allah yang datang membawa rahmat dan kadangkala membawa azab. Jika kamu melihat angin kencang , janganlah kamu memakinya , tetapi mintalah kepada Allah kebaikannya dan berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya (yakni kebaikan angin tersebut dan dijauhkan kejahatan/keburukan angin tersebut). [Hadith Riwayat Abu Dawud no.5097 , Ibnu Majah no.3727 , lihat Shahih al-Adzkar no.521/381]  Baca baki entri ini »

Tunggak, Tiang dan Puncak Amalan

Daripada Mu’az ibn Jabal r.a. (dalam sebuah hadith yang panjang): Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda bersabda: Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad. . (Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3973.) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Mereka Tahu Kebenaran Islam, Kufur Hanya Kerana Dengki

…dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (Ali-Imran:19) Baca baki entri ini »

Perkara Besar yang Dipermudahkan Allah SWT

Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : ” Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka.“ Jawab Nabi SAW : ” Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta’ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.Baca baki entri ini »

3 Perkara Yang Mencemarkan Batang Hidung (Menghinakan Maruah)

Hinalah seseorang yang namaku disebut di hadapannya namun dia tidak berselawat untukku. Hinalah seseorang yang memasuki bulan Ramadhan dan kemudian dia keluar darinya sebelum Allah SWT mengampuninya.Hinalah seseorang yang menemui ibubapanya dalam keadaan sudah tua lalu keduanya tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga.(Riwayat Hakim).

1) Tidak Berselawat Bila Nama Baginda Disebut. 

Rasulullah SAW telah bersabda: “Orang yang bakhil (kedekut) ialah orang yang apabila disebutkan namaku di sisinya, maka dia tidak berselawat ke atasku.” (Riwayat Ahmad: 1645).

2) Tidak Mendapat Pengampunan Allah SWT dalam puasa Ramadhan. 

Puasa yang tidak berkualiti dalam bulan Ramadan tidak akan diberikan pengampunan Allah SWT kerana tidak menjaga dispilin dan pantang larangnya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)

3) Tidak Berbakti atau Berkhidmat Kepada Ibubapa Disaat Mereka memerlukannya (tua). 

Israa [23] Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dari Mu’awiyah bin Jahimah yang datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya

Allah Kasihani Mereka Yang Menjaga Lidahnya

Allah merahmati seorang hamba yang menuturkan kebaikan maka dia mendapat keuntungan, atau dia diam tidak menuturkan perkara yang buruk, maka dia selamat (Riwayat Ibnu Mubarak melalui Khalid Ibnu Abu Imran). Allah merahmati orang yang memelihara lisannya dan dia mengenal masanya serta berpendirian teguh (Riwayat Dailami melalui Ibnu Abbas r.a.). Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;(Mukminun:3)…Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. (Mukminun:10) Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Mukminun:11) Baca baki entri ini »

Cerdik Tetapi Tidak Mempraktikkan Imu

Ramai orang faqih (cerdik) tetapi tidak faqih (beramal dengan ilmunya); sesiapa yang ilmunya tidak bermanfaat untuk dirinya, nescaya kejahilannya akan membawa mudarat terhadap dirinya. Bacalah Ai-Quran selagi ia mencegahmu, apabila ia tidak mencegahmu (dari hal-hal yang dilarang) bererti kamu tidak membacanya (Riwayat Thabrani) Baca baki entri ini »