Kebaikan dan Kejahatan Pasti Dibalas

Kebajikan tidak terputus (pahalanya). Dan dosa tidak dilupakan (selagi tidak diminta keampunan atau bertaubat). Dan balasannya tidak mati (terhapus). Beramallah semahumu kerana kamu akan mendapat balasan seperti yang kamu lakukan (Riwayat Baihaki). Baca baki entri ini »

Maha Perkasa dan Bijaksana

…Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Baqarah:220) Baca baki entri ini »

Buat Baik dan Memperbaiki Keadaan Anak Yatim

..Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama) dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Baqarah:220) Baca baki entri ini »

Sederhana Dalam Makan Minum

Jauhilah membuncitkan buncit (makan dan minum secara berlebihan), kerana sesungguhnya ia merosakkan jisim (tubuh), dan dapat menyebabkan malas mengerjakan solat, dan bersederhanalah dalam kedua hal tersebut kerana sesungguhnya bersederhana itu lebih baik bagi tubuh dan menjauhkan diri dari membazir (Riwayat Bukhari).  Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

2 Dosa Besar

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya….(Baqarah:219) Baca baki entri ini »

Hijrah Kerana Mengharap Belas Kasihan Allah

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Baqarah:218). Baca baki entri ini »

Teruskan Amalan dan Melawan Nafsu Buruk Di Luar Ramadan

Amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadan seperti berpuasa, sembahyang berjemaah dan beriktikaf (di masjid bagi lelaki), sembahyang malam (tahajjud), sembahyang witir 3 rakaat serta perjuangan melawan nafsu yang buruk hendaklah diteruskan di luar Ramadan walaupun Ramadan telah berlalu meninggalkan kita. Baca baki entri ini »