Dunia

Dipercantikkan kehidupan dunia bagi orang kafir (Al-Baqarah 212). Segalanya diberikan kepada mereka walaupun mereka melakukan kerja-kerja yang tidak baik. Orang kafir sanggup buat apa sahaja untuk dunia dan ketepikan agama. 

Dunia sebenarnya tidak cantik. Dalam satu hadis – Allah samakan dunia dengan apa yang manusia keluarkan (tahi/najis):-

Sesungguhnya Allah menjadikan kotoran yang keluar dari perut anak Adam sebagai perumpamaan buat dunia. (Riwayat Baihaqi)

Yang cantik sebenarnya ialah negeri Akhir (akhirat) untuk orang Islam. Dunia ini cantik kerana ada “tauhid”, yang menjadi bekal untuk ke akhirat. Tanpa iman dan amal soleh dunia tak bermakna.

Dalam satu hadis – dunia ini ibarat bangkai yang dicari anjing.

Dunia ini ibarat bangkai. Hanya anjing sahaja yang akan merebut bangkai.

Carilah dunia untuk ke akhirat. Tanam modal kebajikan di dunia untuk bawa pulang ke kampung akhirat sepertimana kita berhijrah ke kota (KL) untuk mencari rezeki dan bawa pulang kepada ibubapa di kampung. Jangan jadi seperti penagih dadah yang lupa tujuan asalnya ke KL. Carilah pahala iaitu harta akhirat.

Ramai orang lupa tujuan asalnya ke dunia seperti mana penagih dadah yang lupa tujuan asalnya berhijrah ke KL.

Sepert kita berusaha cari harta siang malam, usahalah untuk istigfar, zikir walau sambil berjalan, tidur. Bangun tidur terus ingat Allah, berdoa supaya diampunkan dosa kita, keluarga dan bersyukur kerana masih hidup.

Tuhan juga pernah berkata ” jangan hairan dengan kekayaan mereka (Kafir)..At-Taubah ayat 55. Itu hanya pemberian dunia sahaja.