Jagalah Solat, Khasnya Asar

Baqarah [238] Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. Baca baki entri ini »

Hutang dan Wasiat Sebelum Pusaka

An-Nisaa [12] ….sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya.

Wasiat adalah hak simati. Wasiat merupakan satu hak yang wajib dilaksanakan selepas pemberi wasiat tersebut meninggal dunia dan sebelum harta pusaka dibahagikan kepada waris simati. Wasiat hendaklah ditulis dan ada dokumen hitam-putih, ditulis sebelum kematian pewasiat, dan hanya boleh diwasiatkan kepada bukan pewaris, (misalnya anak angkat) dan tidak melebihan satu pertiga harta peninggalan.

Hutang pula adalah hak manusia. Carilah jalan untuk membayar hutang. Biarlah miskin  di dunia, asalkan jangan miskin pahala di akhirat kerana hutang ini mempunyai kesan di akhirat. Diakhirat sekiranya tiada niat untuk bayar hutang atau sengaja tidak mahu bayar hutang walaupun ada peluang, maka pahala 70 rakaat sembahyang yang betul (yang diterima Allah) akan diambil untuk membayar setiap 1 dirham hutang. (lebih kurang RM1.20)

Rasulullah s.a.w bersabda ”Sesiapa yang mengambil harta orang (berhutang dengan orang lain) dengan niat untuk bayar, Allah akan beri peluang untuk dia membayarnya”. Sesiapa yang niat tidak mahu membayar, maka dia tidak akan dapat membayarnya (Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah)

Dalam hadis yang lain, sesiapa yang berhutang dan berniat untuk membayarnya (dia meninggal sebelum sempat membayarnya), Allah akan tolong bayar hutangnya di hari Kiamat.

Jikalau orang yang berhutang itu mati syahid, dia kena tunggu (untuk masuk syurga)sehingga orang yang beri hutang itu masuk syurga (kalau orang itu masuk neraka, kena tunggu sehingga ia keluar dari neraka).

Kalau diberi peluang oleh Allah, bayarlah dahulu hutang sebelum buat perkara lain.

Kalau tidak berjumpa juga dengan orang yang beri hutang itu, carilah waris-warisnya. Jika tidak jumpa juga, berilah pada jalan Allah (seperti beri pada masjid) dan niat untuk sedekahkan pahalanya kepada orang yang kita hutang itu

Zikir Selepas Solat Berjemaah

Daripada Tsauban bahawa Rasulullah SAW bila selesai dari solatnya, beliau bersitighfar tiga kali kemudian mengucapkan: Allahumma antas-salam.” (Riwayat Muslim). Sesungguhnya mengangkat suara ketika berzikir ketika selesai solat fardhu berlaku ketika zaman Nabi SAW. Berkata Ibn ‘Abbas: “Aku telah mengetahui bahawa solat telah selesai ketika aku mendengarnya (zikir yang dibaca dengan mengangkat suara)”..” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam lafaz yang lain : Kami mengetahui bahawa  Rasulullah SAW telah selesai solat apabila mendengar takbir (lafaz Allahuakbar) (Riwayat Muslim) Baca baki entri ini »

Cara Mengingatkan Imam Yang terlupa

Daripada Sahli bin Sa’di As-Saidi r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang berlaku kepadanya sesuatu perkara dalam sembahyangnya maka hendaklah dia (mengingatkan orang lain dengan) mengucap: Subhanallah; (Janganlah kaum lelaki bertepuk tangan, kerana) perbuatan bertepuk tangan itu hanyalah untuk kaum perempuan, dan bertasbih (mengucap Subhanallah) untuk kaum lelaki. (Riwayat Imam Ahmad dan lain-lainnya) Baca baki entri ini »

Posisi Sunnah Bagi Imam Selepas Solat

Daripada Samurah ra berkata bahawa Rasulullah SAW bila selesai solat, Baginda menghadapkan wajahnya kepada kami. (Riwayat Bukhari) Baca baki entri ini »