Sembahyang Sunat Untuk Taubat

Antara dalilnya ialah riwayat Ali bin Abu Talib r.a. berkata, Abu Bakar r.a. mendengar Rasulullah s.a.w.bersabda:

Maksudnya: “Tiada seorang hamba yang berdosa dengan suatu dosa, kemudian ia berwuduk dengan sebaik-baik wuduk. Lalu ia sembahyang sunat dua rakaat dan setelah itu ia beristighfar memohon keampunan Allah, melainkan diampunkan Allah baginya”.

Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: 135 Surah Aali-Imran bermaksud:

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiayai diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah – dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui ( akan salahnya dan akibatnya )”.

  • Kisah Abu Bakar r.a. sebelum Islam
    Sebelum beliau Islam, dia telah bermimpi bulan jatuh ke ribanya. Lalu dia pergi berjumpa ahli kitab untuk menafsirkan mimpi tersebut. Ahli kitab itu mengatakan yang beliau akan menjadi seorang menteri kepada seorang pemimpin di Mekah. Lalu Abu Bakar pun mengikuti ceramah-ceramah Nabi Muhammad. Setelah beberapa lama, Abu Bakar minta Nabi tunjukkan bukti kenabiannya. Maka kata Nabi, “tidak cukupkah apa yang ahli kitab itu katakan padamu. Kemudian fahamlah Abu Bakar akan bukti kenabian Nabi Muhammad itu.
  • Abu Bakar tidak banyak meriwayat hadis, cuma 6 buah sahaja, mungkin bimbang dengan amaran Nabi:- Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka. Hadith Mutawatir

Di dalam hadis yang lain, Baginda juga pernah bersabda:

Maksudnya:“Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad)

Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan.”
(Bukhari – Muslim)

Sabda Nabi s.a.w. lagi,”Bahawasanya ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya.” (Riwayat At-Tirmizi)

Tidak semestinya solat atas nama solat sunat taubat. Seperti diterangkan dalam hadis di atas, apabila melakukan dosa, wuduk, solat dan istigfarlah. Tidak perlu diniatkan dengan solat solat taubat. Walaubagaimanapun, jika diniatkan atas nama solat sunat taubat, solat tetap sah, cuma tiada dalil atau asas.

HAJAT BESAR

Jikalau ada hajat2 yang besar,

Kaedah 1 (sempena kaedah nabi Yunus terperangkap didalam ikan yu)
Solat sunat 2 rakaat, beri SALAM.
* Selepas salam, sujud (diluar solat) dan baca “Lailaha illa anta subhanka inni kuntu minaz zolimin 40 x
selama 40 hari

Tuhan amat dekat dengan hambanya apabila dia sedang sujud maka perbanyakkanlah do’a (waktu sujud).”H. R Muslim, Abu Dawud, Nasaai

Doa Nabi Yunus itu adalah ayat Quran. Dilarang baca Quran dalam ruku’ dan sujud (oleh itu kalau nak baca, sujud selepas salam):

Dari Ali bin Abi Thalib katanya “Aku dilarang Rasulullah s.a.w. membaca Quran dalam rukuk dan sujud (Riwayat Muslim)


Kaedah 2 (3 hati)
Bangun tengah malam – HATI MALAM
Baca surah Yassin – HATI QURAN
Berdoa lah apa2 hajat – Hajat HATI.

Dikirim dalam Doa, Hajat. Leave a Comment »

Ayat untuk mintak hajat dlm surah Yassin

1) Ayat 14
Ya-sin [14] Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu.

2) Ayat 61 – Wa ani’ budu ni
[61] Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.

DOA yg makbul –

  • apabila benda yg tiada menjadi ada
  • ada jadi tiada

Kalau benda dah memang ada, tidak dikira makbul…
Contoh orang KAFIR yang kaya…bukan kerana doa nya
tapi kerana memang bahagiannya

Jagalah makan agar doa senang MAKBUL.

DOA yg paling baik, bukan DOA rumah besar, kereta besar..TAPI…
Doa selamat DUNIA dan AKHIRAT, jauh dari azab NERAKA

(Robbana A tina fid DUNYA HASANAH…)

Dikirim dalam Doa, Hajat. 3 Comments »