Sebarkan Salam Sesama Islam

“Hak seorang Muslim atas Muslim yang lain itu ada enam. Antaranya, jika kamu bertemu dengannya hendaklah kamu mengucapkan salam.” (Riwayat Muslim). Daripada Abdullah bin Ma’sud ra berkata, Rasulullah saw telah bersabda , “Sesungguhnya apabila kiamat sudah hampir tiba, orang hanya memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja(Riwayat Ahmad).  Baca baki entri ini »

Mereka Saja Cari Pasal

Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu). Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Baqarah: 137) Baca baki entri ini »

Menolong Saudara Yang Menzalimi

Rasulullah s.a.w. bersabda “Tolonglah saudaramu, samaada dia dalam keadaan dizalimi atau menzalimi, lalu ada yang bertanya “Bagaimana aku boleh menolongnya bila dia melakukan kezaliman? Rasulullah s.a.w. menjawab “Engkau boleh mencegahnya dan menyedarkankannya supaya jangan menzalimi, demikianlah cara menolongnya (Riwayat Bukhari) Baca baki entri ini »

Bakal Penghuni Syurga dan Neraka

Rasulullah s.a.w. bersabda “Ahli syurga adalah seseorang yang Allah swt penuhkan kedua telinganya (banyak mendengar) pujian yang baik orang lain terhadap dirinya, sedangkan dia sendiri mendengarnya secara langsung (semasa masih hidup). Dan ahli neraka adalah seseorang seseorang yang Allah swt penuhkan kedua telinganya (banyak mendengar) celaan orang lain terhadap dirinya, sedangkan dia sendiri mendengarnya secara langsung (semasa masih hidup).(Riwayat Ibnu Majah melalui Ibnu Abbas r.a.) Baca baki entri ini »

Kes dan Amalan Pertama Diadili Di Mahkamah Allah

Kes yang pertama didengari di Mahkamah Allah ialah kes pertumpahan darah (pembunuhan). Kes sosial (kemasyarakatan) yang pertama dibicarakan di mahkamah Allah di hari kiamat ialah tentang hak jiran. Kes ibadah atau amalan yang pertama diperiksa di hari kiamat ialah sembahyang. Baca baki entri ini »

Catatan Amal, Taubat Menghapuskan Catatan Dosa & Diganti Dengan Pahala

Kahfi [49] Dan Kitab-kitab Amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun Baca baki entri ini »

Hak Jiran

Rasulullah s.a.w. selalu dipesan oleh malaikat Jibril supaya berbuat baik kepada jiran. Dalam sebuah hadis sahih; diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Baginda Mulia telah bersabda: “Jibril sentiasa berpesan kepadaku tentang jiran, sehingga aku menyangka Jibril akan menjadikan jiran itu sebagai waris (kepada jirannya).” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Tirmizi). Baca baki entri ini »

Agama Yang Dibawa Nabi Muhammad Mencakupi Nabi Terdahulu

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran) dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil) dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu orang Yahudi dan Nasrani membeza-bezakannya) dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata. (Baqarah:136)

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Agama Nabi Ibrahim

… Katakanlah (wahai Muhammad: Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik. (Baqarah:135) Baca baki entri ini »

Dakyah Yahudi dan Nasrani

Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk. Katakanlah (wahai Muhammad: Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik. (Baqarah:135) Baca baki entri ini »

Setiap Individu Bertanggungjawab Atas Perbuatannya Sendiri

Mereka itu adalah satu umat yang telah berlalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan. (Baqarah:134) Baca baki entri ini »

Muslim, Mukmin dan Muhajir

Daripada Ab Hurairah r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda “Muslim (Orang Islam) ialah orang yang menyelamatkan muslim lain dari perbuatan dan kata-katanya. Mukmin (Orang yang beriman) ialah orang yang mengamankan orang ramai ke atas darah mereka dan harta mereka. Muhajir(Orang yang berhijrah) ialah orang yang berpindah dari apa yang dilarang oleh Allah. (Riwayat Ahmad) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Lima Hak Sesama Muslim

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah. Baca baki entri ini »

Membantu Sesama Islam

Daripada Salam, daripada bapanya r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda “Orang Islam ialah saudara orang Islam yang lain, janganlah dia menganiayai dan jangan pula dia membiarkannya dianiayai oleh pihak musuh. Sesiapa yang menolong saudaranya mencapai apa yang diperlukan, Allah pula akan menolongnya mencapai hajatnya. Dan sesiapa yang melegakan sesuatu kesusahan yang dihadapi oleh seseorang Muslim, nescaya Allah akan melegakan sesuatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan (yang ada) pada hari Kiamat. Dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari Kiamat (Riwayat Muslim). Baca baki entri ini »

Persaudaraan Islam

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda “Jangan kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain, janganlah kamu pura-pura menawar harga barang yang tinggi untuk memerangkap orang lain (supaya membeli dengan harga yang lebih tinggi), dan janganlah kamu benci-membenci atau bermusuhan, dan janganlah kamu putuskan hubungan mesra dan pula-memulau sesama sendiri, dan janganlah kamu (sebagai penjual) memotong jalan penjual yang lain tetapi hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara.

Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya (Riwayat Muslim)  Baca baki entri ini »