Ujian Tentera Talut

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia dari pengikutku dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya dia dari pengikutku, kecuali orang yang mencedok satu cedokan dengan tangannya. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.  (Baqarah:249) Baca baki entri ini »

Nabi Akhir Yang Pertama Masuk Syurga

Di hari kiamat aku mendatangi pintu syurga, lalu ku minta di bukakan. Malaikat penjaga syurga bertanya: “Siapakah engkau?” , lalu ku jawab: “Muhammad“. Dia Berkata: “Kerana engkaulah aku diperintahkan agar tidak membuka pintu syurga bagi seorang pun sebelummu“. (Riwayat Ahmad melalui Anas r.a.) Baca baki entri ini »

Nabi Akhir dan Pengikutnya Yang Miskin

Ibnu Majah meriwayatkan hadith daripada Abu Sa’idah al-Khudri r.a. bahawa Nabi saw. pernah mengucapkan doa, Ya Allah hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan bangkitkanlah aku bersama orang-orang miskin. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Doa Lepas Azan Dapat Recommendation Nabi

Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang mendengar azan dan membaca doa (yang bermaksud….“Wahai Allah, dengan berkat seruan yang sempurna ini dan dengan berkat sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad wasilah dan kelebihan dan bangkitkanlah Baginda di Maqam Mahmud”, dia akan mendapat syafaatku di hari kiamat. (Riwayat dari Jabir Bin Abullah.) Baca baki entri ini »

Persamaan Sikap Kafir Bani Israil dan Kafir Quraisy

Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: Lantiklah seorang raja untuk kami supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah. Nabi mereka menjawab: Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?. Mereka berkata: Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami dan (dari) anak-anak kami? Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. (Baqarah: 246) Baca baki entri ini »

Amal Sunnah Bukan Sekadar Dapat Pahala Sunat

Sunnah Nabi (cara hidup nabi) memberi kita dorongan untuk membuat kebaikan. Ada sunnah iaitu cara hidup Nabi yang wajib diikuti dan ada juga yang sunat kita ikut. Sunnah bukan sekadar sunat iaitu “buat dapat pahala, tinggal tak berdosa”, tetapi mengamalkan dan menghidupkannya mempunyai banyak kelebihan yang disebut dalam beberapa hadith seperti mendapat petunjuk, dimasukkan ke dalam syurga, mendapat pahala 100 orang syahid. Oleh itu berbahagialah orang yang berkelakuan pelik daripada orang ramai (semata-mata kerana ingin menghidupkan sunnah nabi). Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »