Jangan Meremehkan Dosa dan Pahala Walaupun Sedikit

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya dosa-dosa kecil, atau remeh apabila disoal kepada orang yang melakukannya,  maka binasalah dia (Haqaiqus Sunan 1/156 dan Taudhihus sunan 1/205).Lakukanlah sesuatu yang diredhai Allah walaupun sedikit kerana jika Allah menyukai sesuatu tindak-tanduk kita yang sedikit itu, ianya sudah mencukupi untuk mendapat keredaan Allah yang sangat besar.

At-Taubah [72] Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “Syurga Adn” serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

Baca baki entri ini »

Hari Segalanya Didedahkan oleh Allah Yang Maha Mengetahui

(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya (Ali-Imran:30). Baca baki entri ini »

Allah Mengetahui Segala Cetusan dan Lintasan Hati

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali Imran: 29)

Allah mengetahui segala cetusan dan lintasan hati. Allah mengetahui sesuatu ucapan sebelum kita melafazkannya walaupun suara yang tidak keluar kerana Allah tahu apa di dalam hati kita. Setiap degup nafas jantung dan lintasan hati diketahui Allah… Allah tahu segala-galanya tentang ciptaannya.

Qaf [16] Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya

Allah mengetahui segalanya sehinggalah ke dasar bumi.

Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi (Toha:6). Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi (Toha:7)

Allah mengetahui segalanya. Namun Malaikat disuruh mencatit setiap perbuatan dan perkataan untuk kita lihat sendiri.. Kita inginkan tuhan yang tahu segala-galanya dan bersifat kasihan belas. agar kita dimudahkan hisab dan dimasukkan syurga dengan rahmatNya.

Allah mengetahui segala-galanya sejak azali lagi kerana ilmunya asli dan meliputi seluruh alam. Semuanya telah tertulis di loh mahfuz. 

“Kun fayakun”… Allah berkuasa atas sesuatu.

Takwa Itu Di Sini

Takwa adalah di sini, nabi mengisyarat tiga kali (Riwayat Muslim). Rasulullah s.a.w pernah mengatakan “At-Taqwa haa hunaa” yang bermaksud takwa itu letaknya di sini, sambil menunjuk kepada dadanya (hatinya). Baca baki entri ini »

Hasil Dari Ketakwaan

Golongan muttaqin (bertakwa) dipermudahkan urusannya, diberi jalan keluar kesulitan, tidak bersedih atau bimbang dan akhirnya disediakan baginya dua syurga sebagai tempat kediaman. Mata yang menangis kerana takut kepada Allah tidak disentuh api neraka. Penduduk negeri atau negara yang bertakwa dikurniakan rezeki yang berkat. Baca baki entri ini »

Tanda-tanda Kebesaran dan Kekuasaan Allah

Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. (Ali-Imran:27) Baca baki entri ini »

Selawat Ke atas Nabi Ibrahim

Dalam sembahyang, kita bertahiyyat dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi Ibrahim A.S. Khalilullah. Nabi Ibrahim berjaya dalam ujian Allah SWT sejak dari kecil hinggalah ke akhir hayatnya. Nabi Ibrahim dihalau oleh bapanya dari rumah dan dibakar oleh pemerintah ketika itu kerana mempertahankan tauhid ketuhanannya. Nabi Ibrahim juga sanggup menyembelih anaknya kerana agama. Nabi Ibrahim juga sanggup meninggalkan anaknya. Nabi Ibrahim jugalah yang membina Kaabah dan menyeru manusia menunaikan haji. Nabi Ibrahim berjaya melepasinya semua ujian Allah swt ke atasnya. Hasil daripada perjuangannya Baginda diberi pangkat Khalilullah (sahabat rapat Allah), yang rendah sedikit dari Habibullah (kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Baca baki entri ini »

Apa Disebalik Solat?

Dalam Sembahyang, kita berhubung secara terus dengan Allah SWT. Dalam sembahyang, kita meninggalkan segalanya demi untuk menghadap Allah SWT. Dalam sembahyang kita berkata-kata dengan Allah. Dalam sembahyang, kita berdiri tegak sebagai tanda penghormatan kepada Raja segala Raja. Dalam sembahyang, kita melafazkan takbir Allahuakbar sebagai satu lafaz mendaulatkan Allah yang Maha Besar, yang Maha Hebat (Allah is the greatest). Dalam sembahyang, kita mengangkat tangan ketika bertakbir sebagai tanda bersalah dan menafikan bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah. Dalam sembahyang, kita rukuk dan sujud untuk menghinakan diri dihadapan Allah yang Maha Agung. Dalam sembahyang, kita bertahiyyat dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi Ibrahim A.S. Khalilullah. Baca baki entri ini »

Berdoa Dengan Yakin, Fokus dan Beradab

Sabda Rasulullah s.a.w.:“Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan (diterima). Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.” (Riwayat al-Tirmizi) Baca baki entri ini »

Janganlah Dilalaikan Oleh Kemanisan Dunia

Dari Abu Said al-Khudri, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda “Sesungguhnya dunia ini manis dan indah dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya, maka dengan itu ia sentiasa memerhati bagaimana cara kamu menjalankan urusan itu; oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia, dan khasnya oleh perempuan, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa kaum Bani Israel adalah berpunca dari orang-orang perempuan.” (Muslim) Baca baki entri ini »

Tertipu Dengan Agama Rekaan Mereka

Ali-Imran [24] …. Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api Neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung. Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan. Baca baki entri ini »

Hari Yang Tiada Syak

Ali-Imran [25] Oleh itu bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika Kami himpunkan mereka pada hari (kiamat), yang tidak ada syak padanya dan (pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan apa yang dia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan dianiaya. Baca baki entri ini »

Hukuman Pemberi dan Penerima Rasuah

Hadith daripada Ibnu Umar RA yang bermaksud: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka.” (HR At-Tabrani). Baca baki entri ini »

Berita Gembira Kepada Pembunuh Para Nabi

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Ali-Imran:21) Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan. (Ali-Imran:22) Baca baki entri ini »