Kashful Qulub

Kisah Nabi Musa dan seorang fakir

Dikirim dalam Kisah wali. 1 Comment »

Wali tawaf Baitullah

Dikirim dalam Kisah wali. 1 Comment »

Syed Muhyiddeen – wali yang sangat cintakan Allah

Dikirim dalam Kisah wali. 2 Comments »

Syair Rabiah dan Jadi Hak Allah

Fadilat Jumaat

Syeikh Abdul Qadir Jailani (SAQJ) mengatakan malam Jumaat lebih banyak dari malam lailatulqadar, ia berulang-ulang (50 kali setahun). SAQJ adalah seorang wali besar umat Muhammad, Orang Baghdad, bermazhab Hambali.

Pahala solat Jumaat seperti pahala ibadat haji bagi orang miskin.Oleh itu solat Jumaatlah walaupun musafir(tidak wajib) kerana ganjarannya sangat besar.

Bagi mereka yang solat Jumaat, gugur dosa antara satu Jumaat ke Jumaat yang lain, kecuali dosa besar.

Lelaki yang mandi di pagi hari Jumaat gugur dosa seperti bayi baru lahir. Samada mandi kerana Hari Jumaat (Mazhab Hanafi) atau mandi untuk pergi Solat Jumaat(Mazhab Syafie).

Batu dan kayu jadi saksi dan beristigfar keatas orang yang berjalan diatasnya untuk pergi solat Jumaat.Sesiapa yang memakai pakaian bersih untuk solat jumaat Allah bagi rahmat dan terima apa-apa hajat yang dikehendaki samada dunia dan akhirat.

Allah angkat seksa kubur pada hari Jumaat, malaikat tidak bertugas pada hari itu.

Nabi s.a.w. bersabda;”Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menyelamatkan dari ujian kubur.” – Riwayat Ahmad & Attirmidzi

Pahala kedatangan Solat Jumaat

Hari Jumaat Allah hantar malaikat khas untuk duduk dipintu masjid dan menulis nama orang yang hadir sehingga khatib naik ke mimbar. Selepas itu tiada rekod kehadiran.

Nabi s.a.w bersabda: “Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid – Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah.” (Abu Hurairah r.a)

Pahala bagi orang yang pertama datang seperti unta, selepas itu seperti lembu, kambing, ayam, burung ciak dan telur.

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa mandi pada hari Jumaat seperti mandi hadas besar, kemudian berangkat ke masjid, maka seolah-olah dia mengorbankan seekor unta dan sesiapa berangkat pada kesempatan kedua, maka dia seolah-olah telah mengorbankan seekor lembu. Sesiapa berangkat pada kesempatan ketiga, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kambing kibas. Sesiapa berangkat pada kesempatan keempat, seolah-olah telah menyembelih seekor ayam dan sesiapa berangkat pada kesempatan kelima, seolah-olah dia memberikan sedekah sebiji telur. Apabila imam iaitu khatib telah keluar, Malaikat-malaikat pun hadir mendengar zikir. Ertinya: mereka tidak lagi mencatatkan sesiapa yang datang ke masjid

Sayyidina Umar diampunkan dosa kerana membebaskan burung ciak. Beliau pernah minta 1 hari dari Abu Bakar untuk menemani Nabi semasa di Gua Hira’. Abu Bakar jawab, nabi pernah memberitahu bahawa semenjak matahri naik tak ada yang lebih dari Umar. Kalau air laut jadi dakwat kering air untuk tulis kebaikan Umar. Dalam Quran ada 24 ayat yang menyokong tindakan Umar antaranya :-

  • Puak Islam yang sedikit boleh kalahkan yang banyak
  • Pendapat Abu Bakar supaya mengambil harta tawanan, manakala Umar menyuruh bunuh tawanan
  • Ayat berkenaan mesyuarat, azam dan tawakkal

Dilangit malaikat Jibrail menjadi muazzin, Mikail jadi khatib baca khutbah kepada malaikat2 solat Jumaat. mereka hadiah pahala kepada imam2, muazzin dan umat Muhammad yang solat Jumaat kerana mereka tidak perlu pahala. Syurga itu untuk manusia.

Hukum feqah berkaitan hari Jumaat:-

Mengikut mazhab Syafie makmum yang masuk masa tahiyyat akhir kena sambung 4 rakaat lagi (buat solat zohor). Manakala mazhab lain hanya kena sambung 2 rakaat (buat solat Jumaat).

Haram jualbeli selepas azan ke2.

Puasa sunat hari Jumaat makruh, kalau hendak puasa juga mesti berangkai dengan hari lain seperti Sabtu.

Tinggal solat Jumaat 3 kali berturut-turut tanpa uzur syarie memberikan kesan pada hati dan dicop munafik.

Yang dikecualikan dari solat Jumaat ialah orang yang uzur, wanita dan musafir (walaupun 3 kali berturut, contohnya terpaksa balik setiap Jumaat menjaga ibu yang sakit di kampung).

Musafir di hari Jumaat

Walaupun ada yang mengatakan kena keluar sebelum Subuh jika hendak musafir, namun itu hanya nilaian /pendapat sahaja.

Mazhab Syafie pada mulanya mensyaratkan 12 orang untuk solat Jumaat, tapi kemudiannya apabila beliau ke Mesir, syarat itu ditukar kepada hanya 40 orang. Mazhab lain tidak mensyaratkan 40 orang, cukup sekadar 3 atau 4 orang.

Kisah wali

Ada seorang wali menangis-nangis semasa membaca khutbah. Kemudian beliau suruh anak muridnya baca khutbah(sambil pakai serban guru), anak muridnya menangis juga.

Bila ditanya tuan guru itu tidak jawab. Bila ditanya kepada anak muridnya kenapa dia menangis, dia mengatakan dia nampak binatang seperti anjing, kera dan babi datang solat. (Gambaran orang yang tidak ikhlas datang solat). Wali itu melihat dengan mata hati. Sepertimana Nabi Muhammad boleh melihat safnya dari belakang mata.

Dikirim dalam Jumaat, Kisah wali. 1 Comment »

Yang Tersurat, Tersirat

Wahai Musa! Siapakah manusia yang paling alim? Dengan pantas Nabi Musa menjawab “Aku!”, Lelaki itu bertanya lagi “Adakah pernah kau tau, ada orang lebih berilmu daripada kau!” Tidak!” jawab Nabi Musa. Tetapi jawapan Nabi Musa segera ditegur Allah kerana ucapannya itu tercermin riak kesombongan. Lantas Allah menurunkan wahyu menyatakan ada lagi seorang hamba-Nya yang lebih berilmu (Sahih Bukhari, Hadis ke 72).
Bersama seorang pengikutnya, Nabi Musa bermusafir mencari lelaki itu (Alya Bin Malkan @ Nabi Khidir) hingga menemuinya di satu tempat dimana bertemunya dua lautan.

Al-Kahfi [65] Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.

Hamba yang dimaksudkan ialah Nabi Khaidir dan ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu LADUNI.

Al-Kahfi [66] Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?

Nabi Musa seorang ULAMA. Nabi Khaidir seorang WALI.Nabi Musa ingin berguru dengan Nabi Khaidir untuk mendapatkan ilmu LADUNI. Nabi Musa pula memiliki ilmu syariat. Dari segi kedudukan ilmu syariat lebih tinggi.

Al-Kahfi[67] Dia menjawab: Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.

Kena sabar dalam menuntut ilmu. Nabi Khaidir memberikan syarat minta Nabi Musa bersabar dan jangan bertanya tentang apa yang dilakukan

Al-Kahfi [68] Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?

Al-Kahfi [69] Nabi Musa berkata: Engkau akan dapati aku, Insya Allah: Orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu.

Al-Kahfi [70] Dia menjawab: Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu.

Kes pertama: Membocorkan perahu

Al-Kahfi [71] Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, dia membocorkannya. Nabi Musa berkata: Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar.

Al-Kahfi [72] Dia menjawab: Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?

Al-Kahfi [73] Nabi Musa berkata: Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu) dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu).

Kes Kedua: Membunuh seorang pemuda

Al-Kahfi [74] Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu dia membunuhnya. Nabi Musa berkata Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!

Al-Kahfi [75] Dia menjawab: Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?

Al-Kahfi [76] Nabi Musa berkata: Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku.

Kisah ketiga: membina tembok

Al-Kahfi [77] Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu dia membinanya. Nabi Musa berkata: Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!

Al-Kahfi [78] Dia menjawab: Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

Yang tersirat

Al-Kahfi [79] Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

Al-Kahfi [80] Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa dia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.

Al-Kahfi [81] Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa dan lebih mesra kasih sayangnya.

Al-Kahfi [82] Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu dan di bawahnya ada harta terpendam kepuyaan mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya

Adakala apa yang dilihat dimata ada yang tersirat disebaliknya..Apa yang dilakukan Nabi Khaidir nampak bercanggah disisi Syariat. Nabi Musa tidak dapat menahan bila melihat kemungkaran…sedangkan apa yang berlaku disebaliknya hanya ALLAH dan Nabi Khaidir yang tahu.

Kisah wali bertemu wali

Seorang wali ALLAH pernah bertanya
tentang siapakah jirannya di syurga.Lalu diberi ilham, jirannya
berada di sebuah negeri lain.

Kemudian wali itu pun berangkat ke negeri itu.
Tiba disana, beliau bertanya tentang
lelaki yang dicarinya itu.

Lalu diberitahu lelaki itu bekerja disebuah restoran.
Setibanya direstoran itu, beliau amat terkejut
apabila dilihat lelaki itu
bekerja sebagai penuang arak.

Apakah ini jiranku di SYURGA? Kata wali itu.

Si wali itu terus melangkah pergi.
Kemudian lelaki bartender itu memanggilnya dan berkata
“Encik datang dari jauh nak jumpa saya, takkan dah nak balik”

Terkejut wali tersebut.
Kemudian lelaki itu menceritakan sebenarnya dia telah
diarahkan oleh ALLAH untuk berdakwah kepada peminum arak.
Jadi sambil dia menuangkan arak, dia berdakwah.
Hasilnya 40 orang telah berhenti minum arak.

Dari segi syara’ memang HARAM bekerja sebagai penuang arak.
Tetapi lelaki ini dikecualikan oleh ALLAH atas dasar DAKWAH.

Berdakwahlah dimana saja mengikut kemampuan dan kepakaran.

Kisah wali ingin dengar muzik

Alkisah ada seorang Wali bekerja sebagai seorang tukang masak. Kemudan beliau terdengar ada konsert akan diadakan di tempat nya. Beliau ingin cuba ke konsert itu mendengar muzik tapi dalam masa yang sama beliau ingin berzikir mengingati ALLAH.

Lalu setelah habis bekerja dia bersiap-siap untuk ke konsert itu. Di tengah jalan, dia bertemu dengan seorang tua. Orang tua itu berkata ” Najis tidak boleh dibersihkan dengan najis” Sedarlah lelaki tukang masak itu maksud orang tua tadi. Mana mungkin berzikir kalau sudah dilalaikan dengan muzik. Begitulah, ALLAH tegur seorang WALI melalui WALI yang lain.