Membaca Doa Iftitah, Al-Fatihah

Membaca Doa Iftitah

Ada beberapa cara membaca seperti:-

1) Subĥānaka Al-Lahumma Wa Biĥamdika, Wa Tabāraka Asmuka, Wa Ta`ālaá Jadduka, Wa Lā ‘Ilāha Ghayruka.

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ

وَبِحَمْدِكَ

وَتَبَارَكَ اسْمُكَ

وَتَعَالَى جَدُّكَ

وَلاَ إِلَهَ غَيْرُك

َ (Maha Suci engkau Ya Allah segala pujian bagi engkau, keberkatan Nama Engkau, di tinggikan kemuliaamu, dan Tiada Tuhan melainkan engkau)

2) In-ni Wajjahtu Wajhiya Lilladhī Faţara As-Samawāti Wa Al-‘Arđa Ĥanīfāan Wa Mā ‘Anā Min Al-Mushrikīna,

Al-An’am [79] Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain).

‘Inna Şalātī Wa Nusukī Wa Maĥyāya Wa Mamātī Lillāhi Rabbi Al-`Ālamīna,

Sharīka Lahu, Wa Bidhalika ‘Umirtu Wa ‘Anā Min Al-Muslimīna

Al-An’am[162] ……Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.[163] Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)

    Beza antara 1 dan 2 ialah no 1 ialah zikir, no 2 ialah ayat quran. Ada ulama mengatakan lebih baik baca no 1 kerana lebih baik didahului dengan zikir sebelum membaca al-quran (surah fatihah).

    Membaca Fatihah

    Rukun pada pendapat mazhab syafie.Namun tiada hitam putih atau dalil yang jelas.

    Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. (Tidak rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan al-quran, dan hendaklah kamu diam bila quran dibacakan)

    A’raf [204] Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

    Kisah Imam Abu Hanifah dan 10 Ulama Madinah

    Setelah Imam Abu Hanifah mengatakan makmum tidak perlu membaca Fatihah, 10 orang ulama Madinah telah pergi berjumpa dengannya di Kufah.

    Maka kata Imam Abu Hanifah “Kamu 10 orang, aku seorang, bagaimana nak berbahas. Kamu baliklah dahulu dan bincang siapa hendak menjadi jurucakap.

    Mereka pun pulang ke tempat penginapan di Kufah. Lalu dilantiklah seorang ketua yang paling pandai dikalangan mereka. Kemudian mereka pergi berjumpa Imam Abu Hanifah. Kata Imam Abu Hanifah “Jadi kamu pilih dia sebagai wakil kamu, apakah kamu akan terima apa sahaja yang akan dia perkatakan” Jawab rombongan 10 ulama tadi “Ya, kami terima ” Maka Kata Imam Abu Hanifah “Kalau begitu, kamu baliklah. Beginilah sembahyang. Kamu telah pilih seorang Imam, maka biarlah dia yang buat kerja (baca Fatihah)

    Tidak baca fatihah, solat tidak sempurna,tapi tak batal (Hadis Sahih-Bukhari)

    Tidak ada sembahyang bagi orang yang tidak membaca fatihah” (Bukhari dari ‘Ubadah bin Samit)

    Didalam Al-Quran, lebih kurang maksudnya, bacalah apa-apa yang mudah dari Quran semasa solat.

    Al-Muzzamil [17]….. Maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang

    Terdapat 7 hadis yang mengatakan fatihah bukan rukun. Hadis itu lebih kurang berbunyi “Tidak ada solat tanpa fatihah”. Ulama membahaskan apa yang dimaksudkan dengan tidak “Tidak ada solat tanpa fatihah”. :-

    1) Tidak sah solat tanpa fatihah

    2) Tidak sah solat tanpa SEBAHAGIAN fatihah

    3) Tidak sah solat fatihah tanpa sesuatu (surah lain)

      Ada juga hadis yang berbunyi:-

      • tidak ada solat bagi orang yang berpaling mukanya dari qiblat
      • tidak ada solat bagi orang yang berjiran dengan masjid tapi tidak solat dimasjid
        • Tiada sembahyang bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan di masjid.
      • tidak ada solat bagi mereka yang menahan buang air kecil/besar
          Bagi riwayat Muslim dari Aisyah , dia berkata, Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Tidak ada solat saat kehadiran makanan, dan tidak pula menahan dia hadas”.

      Di dalam hadith-hadith diatas “tidak ada solat” bermaksud tidak sempurna solat, makruh solatnya tetapi tetap SAH.

      Baca fatihah

      Pada mazhab Syafie baca fatihah kena ikut makhraj. Hanafi tidak perlu.

      23 Respons to “Membaca Doa Iftitah, Al-Fatihah”

      1. azhaza Says:

        1)Boleh kah ditinggalkan doa iftitah waktu sembahyang fardhu ?

        2)Bolehkah atau sahkah sembahyang fardhu tanpa baca surah selepas fatihah ?

        3)Biasanya tidak disertai bacaan surah selepas fatihah dan juga doa iftitah semasa sembahyang sunat.

      2. sulaiman Says:

        1)Doa iftitah adalah sunat. Lebih baik dibaca, sekurang-kurangnya doa iftitah yg pendek iaitu:
        “Subhanakallahumma wabihamdika watabarokasmuka wa-ta’ala jadduka walaa ilaha ghoiruk”

        2) Sah sembahyang fardhu tanpa baca surah selepas fatihah.

        3) Nabi tidak pernah meninggalkan bacaan surah dalam sembahyang sunat. Lebih baik dibaca doa iftitah yg pendek iaitu:
        “Subhanakallahumma wabihamdika watabarokasmuka wa-ta’ala jadduka walaa ilaha ghoiruk”

        Audio:
        http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/288

      3. azhaza Says:

        Boleh terjemah doa iftitah ” Subhanakallahumma ….. “

      4. sulaiman Says:

        سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ وَتَبَارَكَ اسْمُكَ وَتَعَالَى جَدُّكَ وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ
        (Maha Suci engkau Ya Allah segala pujian bagi engkau, keberkatan Nama Engkau, di tinggikan kemuliaamu, dan Tiada Tuhan melainkan engkau).”
        Makna Subhaanakallaahumma, “Saya mensucikan-Mu dengan pensucian yang layak bagi Kemuliaan-Mu, Ya Allah.”
        Wabihamdika, ada yang mengatakan maknanya, “Saya mengumpulkan tasbih dan pujian bagi-Mu.”
        Watabaarakasmuka, maknanya, “Berkah dapat tercapai dengan menyebut-Mu.”
        Wata’aalaa jadduka, maknanya, “Maha Mulia Keagungan-Mu.”
        Wa laa ilaaha ghairuka, maknanya, “Tidak ada sesembahan (yang berhak diibadahi) di bumi maupun di langit selain-Mu.”

      5. azhaza Says:

        Kenapa tidak ada permulaan “Allahu akbar kabira walhamdulillah hikasira …..” dlm bacaan doa iftitah yg kedua di atas ?

      6. sulaiman Says:

        “Allahu akbar kabira walhamdulillah hikasira …..” itu pendapat dan pilihan ulama dalam Mazhab Syafie..

        Dalam hadith bacaan doa iftitah dimulai dengan “Wajjahtu……”, tiada “Allahu akbar kabira”.

      7. Vei Rezi Says:

        asalamualaikum…..
        mohon maaf sebelumnya saya mau bertanya apakah pengamalan pesugihan al-fatehah itu hukumnya mohon jelaskan pa kiyai

      8. dewi marone Says:

        bolehkah wanita sedang haid mengikuti pengajian di MASJID?

      9. keluarga sakinah Says:

        alhamdulillah..hukum islam ternyata sama baik di Indonesia maupun di Malaysia. Jika ada perbedaan khilafiyah, bukankah setiap manusia tidak sama kemampuan penglihatan, pendengaran, pemahaman (atas hadits nabi).
        terima kasih sudah share pengetahuannya

      10. atiqa Says:

        couple adalh aram dr segi islam…jdoh d tngan tuhan.tp ada sebhagian ulama mengtakn cinta e2 perlu d cari krna pasangan tak akn dtg dgan sndri’y….bgaimna hndak mengetahui e2 adalh jodh kta kerna zaman sekarg gejala couple kni berleluasa…d klangan remaja…jad apa pendapat ustad mengenai hal d zaman era baru n sosial ini…/????

      11. atiqa Says:

        bgaimna pula dgan memaca doa iftitah dgan laju,,,

      12. Ardha'in Says:

        Saya ingin bertanya, apakah di malaysia ada tawassul kah?

        Tawassul = berdoa kepada orang mati / minta pertolongan kepada orang-orang yang sudah mati?

        Apa hukumnya tawassul pak ustad? Termasuk kedalam syirik kah? Jika iya, bagaimana menanggulanginya pak ustad? Soalnya rata2 masjid di Indonesia hampir semuanya menggunakan system tawassul seperti ini dan sudah di syahkan oleh pemerintah Indonesia.

        Mohon jawabannya. Terima kasih.

        • sulaiman Says:

          Dalam quran ada disebutkan tentang tawassul iaitu “wasilah”

          Maidah [35] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

          Wasilah itu ialah jalan. Carilah jalan iaitu “wasilah”, perantaraan untuk sampai kepada Allah. Dalam hadith lebih kurang maksudnya “Orang dapat kejayaan dengan wasilah, orang dapat kejayaan akhirat juga dengan wasilah”. Wasilah yang dimaksudkan ialah “ilmu” dan “didikan (tarbiyah)”, samada secara zahir(syariat) atau batin(tarikat).

          Kita boleh bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. dan para wali kerana terdapat hadith yang mengatakan bahawa “Al-auliya la yamut” iaitu para wali tidak mati. Begitu juga nabi kita, Baginda tidak mati cuma diwafatkan iaitu ditamatkan tugasnya.

      13. Cik apple Says:

        Saya memulakan bacaan dengan Allahuakbar kabira walhamdullilah hikasiro.. Wajjahtuwal…….. Bole ke? Betul ke? Sah ke sembahyang saya?

      14. sulaiman bin hassan Says:

        Assalamualaikum Ustaz….
        Ustaz boleh saya tahu waktu tahrim iaitu masa(jam berapa) iaitu tidak boleh solat..saya keliru waktu tahrim ini adakah tengahari pukul 12 tepat atau 10-15 minit sbl solat zuhur

      15. sulaiman bin hassan Says:

        assalamualaikum Ustaz…
        Ustaz apakah amalan yang paling afdhal mengerjakan solat dhuha.. maksud saya ialah : waktu solat dhuha,bacaan dalam solat,zikir slp solat dan doa


      Kemusykilan atau pertanyaan