Proses Kejadian Manusia, syukur

1) Sajadah [8] Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Perbahasan air mani itu suci atau najis.

Pendapat yang  mengatakan air mani itu suci kerana para nabi dan rasul juga berasal dari air mani. Namun ini dilawan dengan hujah yang mengatakan Firaun  juga berasal dari air mani. Bagi yang mengatakan air mani itu suci, mengapa tidak dijadikan minuman. Maka jawab Imam Nawawi, haram minum sesuatu yang menjijikkan. Ada yang mentafsirkan air yang sedikit dipandang orang sebagai hina, dan najis.

Apapun semua mazhab sudah mantap, sempurna susunan hukumnya dan tidak boleh diubah. Terpulanglah kepada kita untuk memilih mana-mana pendapat.

Cara menyucikan air mani mengikut Hadis dari Aisyah r.a ialah basuh jika kain masih basah dan gores jika sudah kering air itu. (Nasbun Nurain Jilid 3)


2) Sajadah [9] Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur

Allah menyempurnakan kejadian manusia sepertimana enjin kereta disesuaikan dengan “body”nya. Di dalam ayat yang lain:

As-Shams [7] Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

Berkenaan tempoh proses kejadian manusia dan tiupan roh. Hadis dari Ibnu Masud:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selainNya. Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya.

Dari hadis di atas, nyawa janin ditiupkan selepas 120 hari. Namun hasil kajian para doktor mengatakan janin sudah mula bergerak walaupun sebelum 120 hari. Maka jawabnya:-

Janin itu menumpang nyawa ibunya. (life support machine)

Berdasarkan hadits Buraidah Radhiyallahu ‘anhu menyebutkan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Manusia memiliki tiga ratus enam puluh sendi dalam tubuhnya. Hendaknya ia bersedekah untuk semua sendi tersebut.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Al Adab bab Imathatuk Adza `Anith- Thariq no. 5242 dan Ahmad 5/354 dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud 3/984, Irwa’ul Ghalil 2/213.

3) Sajadah [10] Dan mereka (yang kafir) itu berkata: Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baru? Betulkah demikian? (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya.

Dalam surah Ya-sin, Allah menjawab:-

Ya-sin [79] Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

Judgement Day

Sepertimana dalam pekerjaan seharian kita, bila tiba masanya boss akan minta hasil kerja kita untuk dinilai. Begitu juga dengan hari akhirat, Allah akan menilai setiap amalan kita. Semua nikmat yang diberi akan ditanya, termasuklah air yang kita minum. Siapakah yang mampu mencipta air tanpa menggunakan bahan-bahan dari Allah?

At-Takathur [8] …..sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Kemusykilan atau pertanyaan