Sahutlah Seruan Allah, Nabi, Sahabat dan Tabiin

Ar-Ra’d [18] Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. Mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah Neraka Jahanam dan amatlah buruknya tempat tinggal itu.

a) Seruan Rasul juga adalah seruan Allah. Allah hantar Nabi dan Rasul dari kalangan manusia juga untuk berdakwah kepada manusia. Kafir Quraisy bertanya mengapa tidak diutuskan malaikat. Malaikat jisim halus, tidak boleh dilihat, disentuh. Kalau diutuskan malaikat bagaimana ia hendak berhubung dengan manusia. Lagipun Nabi dan Rasul adalah penduduk dunia, malaikat tidak.

b) balasan yang sebaik-baiknya. Banyak kebaikan dan pahala diberikan kepada orang mengikut seruan Allah. Kebaikan yang sebaik-baiknya ialah Syurga. Syurga tidak boleh difikir oleh akal manusia.
 

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang saleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terbesit dalam hati manusia. Bukti kebenaran itu terdapat dalam Alquran:

Sajdah [17] Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan

Di dalam Syurga, ahli syurga bercakap sesama mereka ” Masa di dunia dulu kami sangat takutkan Allah, rupa-rupanya Allah itu sangat pengasih”. Takut itulah yang membawa mereka ke syurga.

At-Tur [25] Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya.At-Tur [26] Mereka berkata: “Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami, selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah),At-Tur [27] “Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufikNya), serta memelihara kami dari azab neraka. At-Tur [28] “Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha MengasihaniUcapan salam “Assalamualaikum” juga dari Syurga. Dalam satu hadis “Assalamualaikum wa hai ahli Jannah”. Tuhan dan malaikat beri pada ahli syurga dan khas untuk umat Islam.

c) Sahutlah seruan Allah, yang turun kepada para Nabi, para sahabat dan para tabiin. Ikutlah hukum-hakam yang terkandung dalam 4 mazhab yang muktabar, yang besar, (Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali). Jangan lari dari mazhab. Sabda Nabi “Sesiapa yang tidak berpegang pada sabdaanku mereka akan sesat”. 4 mazhab ini semuanya berpegang pada sunnahnya. Asalnya dari satu, matlamat juga satu (bawa manusia balik ke akhirat dengan selamat).  

Imam Abu Hanifah lahir tahun 80Hijrah (sahabat Nabi masih ada pada masa itu). Imam Malik 15 tahun kemudian. Imam Syafie lahir sekitar 150 Hijrah. Imam Hambali lahir sekitar tahun 200 hijrah. Imam Syafie dan Maliki juga murid kepada Imam Abu Hanifah.(Belajar satu ilmu pun dikira berguru juga). Sabda Nabi ‘Sebaik-baik masa ialah zamanku, kemudian masa (zaman) mereka yang dekat dengan aku (zaman sahabat), kemudian zaman mereka yang dekat dengan “mereka yang dekat denganku” (tabiin). Dalam hadis yang lain ‘Sebaik-baik umat ialah umat pada zamanku, kemudian umat yang dekat dengan mereka yang dekat denganku (zaman sahabat) dan seterusnya (zaman tabiin). Setiap zaman lebih kurang 80 tahun. Jadi 3 zaman bersamaan 240 tahun Hijrah. Imam-imam 4 mazhab berada dalam 3 lingkungan zaman tersebut. Umat-umat pada 3 zaman itu jauh lebih baik berbanding umat sekarang dari segi keagamaan dan tidak begitu cinta kepada keduniaan.

d) kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. Dalam ayat yang lain:-

Ali Imran [91] Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun dia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.

Emas juga dari Allah juga, asalnya dari Syurga.

e) “hitungan hisab yang seburuk-buruknya“. Mereka yang di tanya ‘detail’ semasa hisab biasanya masuk neraka. Kalau orang soleh ditanya sedikit dan yang mudah-mudah sahaja.

f) “amatlah buruknya tempat tinggal itu.” Allah sendiri kata Neraka yang diciptakannya itu buruk. Nereka itu lubang perigi yang panas, ada 70 gunung berapi. Busuknya air di neraka yang berasal dari air faraj perempuan yang berzina (yang tidak bertaubat).

4 Respons to “Sahutlah Seruan Allah, Nabi, Sahabat dan Tabiin”

  1. ibnuabdullah114 Says:

    assalamualaikum

    apakah perkaitan antara imam syafie & imam abu hanifah? menurut fakta imam abu hanifah meninggal pada 150h, tahun yang sama imam syafie lahir. Bolehkah tuan perjelas dengan lebih lanjut? jazakAllah

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Setahu saya tiada kaitan persaudaraan, kedua-duanya imam mujtahid pada zamannya.

      Apa yang saya baca pun begitulah, Imam Syafie lahir pada tahun Imam Abu Hanifah meninggal dunia.

      Wallahua’lam.

      • ibnuabdullah114 Says:

        bukan begitu, maksud saya apakah pertalian ilmu antara mereka berdua? seperti ayat “imam syafie & imam maliki juga murid kepada imam abu hanifah”. dari segi apakah syafie dikatakan murid kepada abu hanifah sedangkan di antara mereka meninggal & lahir pada tahun yg sama?

      • sulaiman Says:

        Wallaua’lam..saya tidak tahu dan tidak pernah saya dengar seperti itu.

        Dikatakan Imam Syafie belajar dari 184 guru. Tidak saya ketahui siapa gurunya.

        Dikira guru sekiranya sempat belajar walaupun sekadar satu ilmu. Misalnya Imam Abu Hanifah pernah bertanya seorang kafir, “bilakah masa seekor anjing itu cukup umurnya “. Kata orang itu “bila anjing itu kencing berdiri”. Imam Abu Hanifah menganggap kafir itu sebagai seorang dari gurunya. Beliau bangun bila gurunya yang kafir itu lalu dekat dengan tempat dia mengajar. Walaupun mengajar hanya satu ilmu, tetap dianggap guru.

        Kesemua mazhab yang besar seperti Maliki, Syafie, Hanbali berasal dari 1 kepala iaitu Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi).


Kemusykilan atau pertanyaan