Balaslah kebaikan orang

Siapa yang datang kepada kamu dan berbuat baik kepada kamu, maka hendaklah kamu membalas kebaikannya. Apabila kamu tidak dapat membalas, maka berdoalah untuknya. (Riwayat Thabrani melalui Al-Hakim Ibnu Umair)

Seperti amalan orang melayu membalas makanan dalam bekas yang diberi oleh jirannya. Diisikan makanan dalam bekas jirannya dan tidak dipulangkan bekas kosong tanpa makanan. Ringkasnya “Budi dibalas budi”.

Jika tiada apa yang hendak dibalas, maka berdoalah supaya orang itu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezekinya.

Ucaplah terima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Dalam hadis yang lain orang yang tidak berterimakasih seperti tidak bersyukur kepada Allah kerana Allah yang buka hatinya untuk tolong kita.

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda ” Berilah kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kamu. Soal orang itu tidak membalas pemberian kita itu soal lain (dia punya pasallah).

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan