Ibadah Korban

Hukum Korban

Korban hukumnya sunat dalam mazhab Syafie bagi orang berada atau miskin. Wajib dalam mazhab Hanafi bagi orang berada, sunat bagi orang miskin. Akikah hukumnya sunat dalam semua mazhab.

Waktu melakukan ibadah Korban

Korban boleh dilakukan selama 4 hari Hariraya Aidiladha.

Bolehkah diniatkan akikah semasa melakukan korban?

Boleh juga diniatkan akikah semasa korban, cuma kurang martabat dan nilainya berbanding korban. 7 bahagian daging korban (tidak termasuk akikah) akan menjadi seekor binatang tunggangan kita meniti titian sirat di hari akhirat.

Pembahagian daging

Tiap-tiap orang sunat makan daging korbannya sendiri (lembu yang dikorbankan). Menyalahi sunnah nabi sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging lembu B yang diberi. (dicampur-campur daging lembu A dan B). Hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7 (kaki cuma ada 4 kaki).

Bolehkah daging korban diberi kepada orang kaya?

Daging korban boleh diberi kepada orang miskin atau kaya walaupun orang itu juga melakukan ibadah korban, tetapi tidak boleh diberi kepada orang kafir,

Bolehkah daging korban disimpan?

Pada permulaan Islam tidak boleh, Nabi larang simpan daging korban. Namun akhirnya dibolehkan. Satu bahagian daging korban dibahagi tiga. 1/3 dari satu bahagian kita ambil, 2/3 dari satu bahagian dibahagikan. Daging korban yang boleh disimpan ialah 1/3 dari 1 bahagian yang dikorbankan. Daging akikah tidak boleh disimpan, hendaklah dihabiskan.

Sedekah pahala korban unuk Nabi

Nabi Muhammad s.a.w. juga telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi

Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w  dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”.

Dikirim dalam Korban. 9 Comments »

9 Respons to “Ibadah Korban”

  1. jamaludin roslan Says:

    persoalan saya boleh tak kalau saya nak korban untuk
    aruah mak mentua atau sebagai nya yang berada lebih tua
    dari saya.tempuh hari saya dengar ceramah agama menyatakan
    kalau berkorban untuk orang yang berada atas saya tak ada apa
    apa .apa kah maksud permasaalahan ini. terima kasih

  2. IBADAH QURBAN « Lembu Aqiqah & Qurban Says:

    […] Link Asal Artikel Share this:TwitterFacebookLike this:LikeBe the first to like this. « Previous post […]

  3. Noraisah Mohd Halipah Says:

    Suami saya pernah berhasrat untuk melakukan korban dengan menggunakan wang peninggalan arwah bapanya, adakah itu dikira Nazar?

    • sulaiman Says:

      Nazar itu mestilah dilafazkan. Korban itu menjadi wajib sekiranya bernazar, misalnya dengan mengatakan “kalau aku sembuh dari sakit, aku akan buat korban lembu”

      Korban juga menjadi wajib disebabkan nazar dengan mengatakan “kerana ALLAH wajib ke atas diriku korban seekor kambing” atau “aku jadikan kambing ini sebagai korban” dan seumpamanya.

  4. diana Says:

    salam…tahun alhamdulillah ada rezeki untuk melakukan korban dan akikah…apa saya musykilkan…ada ustazah yang mengatakan daging akikah hendaklah dimasak..sekalipun tidak mengadakan majlis..daging itu harus dimasak untuk dibahagikan…saya nk tahu benar atau tidak kenyataan itu…

  5. Aqiqah Says:

    Quality posts is the main to be a focus for the visitors to visit the web page,
    that’s what this web site is providing.

  6. Gambar Lucu Says:

    You can definitely see your expertise in the article you write.
    The world hopes for even more passionate writers such as you
    who aren’t afraid to say how they believe. Always follow your heart.


Kemusykilan atau pertanyaan