Mimpi melihat Nabi Muhammad s.a.w

Riwayat Ahmad dari Anas Bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:

Siapa melihat aku dalam mimpi, maka akulah itu kerana sesungguhnya Syaitan tidak boleh menyerupai aku.

Syaitan dijadikan dari api dan boleh berupa menjadi manusia, lelaki atau perempuan. Setengah ulama kata syaitan tidak boleh menyerupai Nabi Muhammad s.a.w. Setengah ulama kata syaitan tidak boleh menyerupai mana-mana Nabi. Bila syaitan berupa menjadi manusia, ia tiada lurah hidung. Kerana itu orang yang menyimpan misai hendaklah menampakkan lurah hidungnya.

Dalam hadith yang lain, berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

Sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mimpi melihat Rasulullah itu betul, tetapi percakapan Nabi dalam mimpi tiada jaminan. Ia bergantung kepada percakapan itu selagi tidak bertentangan dengan syarak.

Kelebihan orang yang mimpi Nabi
Besar kelebihan orang yang mimpi Nabi. Ulama kata akan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga.

Amalan untuk dapat ziarah Nabi dalam mimpi
Setengah ulama menyuruh baca Al-Kautsar 1,000 kali satu malam, bacalah hingga 2-3 malam. Setengah ulama suruh banyakkan selawat ke atas Nabi. Surah Al-Kautsar menceritakan hubungan khusus Nabi s.a.w dengan Allah, orang yang benci Nabi akan terputus rahmatnya dari Allah:

Al-Kauthar [3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Dikirim dalam Hadith. 4 Comments »

4 Respons to “Mimpi melihat Nabi Muhammad s.a.w”

  1. Pembebel Says:

    Huhu. Aku nak amalkan la. Orang jahil pun Tuhan bagi hidayah kan. :D

  2. rosnita rashid Says:

    assalamu’alaikum wrh.
    Allahuakhbar..saya telah bermimpi melihat Rasulullah saw bersembahyang dalam keadaan duduk tahiyat akhir di dalam Masjid Nabawi…setelah Rasulullah memberi salam, dia kemudiannya memandang kebelakang dan dapatlah saya melihat wajah dan diri Rasulullah saw…Alhamdulillah..Allahukhabar…Allahhuma solli ‘ala Muhammad…saya bersyukur kerana bermimpi Rasulullah saw…Moga diriku diberi keberkatan san rahmatNya hingga hari kiamat,amin ya robbal ‘aalamin.

  3. qimie Says:

    Aku pernah bermimpi berjumpa dengan rasulullah.

    Mimpinya sebelum azan subuh pada 1 ramadhan.

    Mimpi ni berlaku dah lama, dalam mimpi tersebut aku bersembahyang berjemaah dan duduk di saf belakang sekali. Selesai sembahyang aku dan jemaah lain berdiri untuk bersalaman dengan imam, sehinggalah sampai giliran aku bersalaman dengan imam , sedang aku bersalaman itu seorang jemaah memperkenalkan pada aku
    yang itulah rasullullah.


Kemusykilan atau pertanyaan