Bacaan Surah dalam sembahyang

Nabi tidak pernah tinggal bacaan surah selepas Fatihah dalam sembahyang sunat (samada 2 atau 4 rakaat) dan sembahyang fardhu pada rakaat pertama dan kedua.

Sembahyang Fardhu 4 rakaat

Rakaat pertama: Al-Fatihah dan surah

Rakaat kedua: Al-Fatihah dan surah

Rakaat ketiga: Al-Fatihah sahaja

Rakaat keempat: Al-Fatihah sahaja

Sembahyang Sunat 4 rakaat

Rakaat pertama: Al-Fatihah dan surah

Rakaat kedua: Al-Fatihah dan surah

Rakaat ketiga: Al-Fatihah dan surah

Rakaat keempat: Al-Fatihah dan surah

SUSUNAN SURAH

Baca surah secara menurun susunan Al-quran, misalnya rakaat pertama Qul-Ya (Al-Kafirun) dan rakaat kedua Qulhuwallah (Al-Ikhlas)

JARAK ANTARA SURAH

Selang (jarak) antara surah pada rakaat pertama dan kedua sekurang-kurangnya dua surah. Misalnya rakaat pertama Qul-Ya, rakaat kedua Qulhuwallah. (ditinggalkan 2 surah diantaranya iaitu An-Nasr dan Al-Masad). Makruh jika hanya diselangi satu surah pada rakaat pertama dan kedua.

Jarak antara surah pada rakaat pertama dan kedua tidak terlalu jauh. Makruh jika bacaan surah rakaat pertama dan kedua terlalu jauh jaraknya, misalnya baca surah Al-Baqarah pada rakaat pertama dan baca surah dari Muqaddam seperti Qul-huwallah pada rakaat kedua..

MEMBACA SURAH YANG PANJANG

Baca awal surah rakaat pertama, akhir surah rakaat kedua – surah yang panjang

Jika baca satu surah yang panjang dan tidak dihabiskan pada rakaat pertama, hendaklah dihabiskan pada rakaat kedua. Jika tidak boleh baca semuanya, sekurang-kurangnya baca beberapa ayat pada penghujung surah. (sekiranya ingat semua ayat dalam surah tersebut). Makruh jika tidak dihabiskan surah dalam rakaat kedua, sekiranya ingat (hafal) surah tersebut.

PANJANG BACAAN SURAH

Baca surah panjang dalam sembahyang Subuh iaitu sekurang-kurangnya 20 ayat seperti surah Al-Ghasiyah pada rakaat pertama dan Surah Al-Lail pada rakaat ke dua..

Baca surah Al-Bayyinah (Lam Yakunill lazi) dan surah di bawahnya (seperti Al-Qaariah) dalam Sembahyang Maghrib.

Jangan tetapkan bacaan tertentu dalam setiap sembahyang. Pelbagaikan bacaan surah mengikut susunan dan panjang surah yang diterangkan diatas.

65 Respons to “Bacaan Surah dalam sembahyang”

  1. azhaza Says:

    Saya diberitahu baca surah yg panjang pada rakaat pertama dan yg pendek pada rakaat kedua.

  2. sulaiman Says:

    Ya memang betul..selain dari yang diatas, baca surah yg panjang pada rakaat pertama dan yg pendek pada rakaat kedua.

  3. syahadahmujahidah Says:

    salam’alaik…

    bleh ana tnya ttg dalil (e.g.hadith) ttg bacaan surah dlm solat tu? ada sahabat2 ana bertnyakan tentangnya.
    contonya tentang urutan bacaan surah dalam solat.

  4. sulaiman Says:

    Wassalam,

    Ada dalam kitab Siruss-Salikin. Insyaallah, akan ditulis bila berkesempatan. Selain itu ada juga ditulis dalam kitab Nasbun Nurain.

  5. yahya Says:

    Assalamualaikum,
    Boleh beritahu macammana nak pilh surah dalam alquran selain muqaddam dan ada tak syarat-syarat berapa panjang kita kena baca atau boleh pilih ayat cth albaqarah 286-288 sahaja. Perlukah dimulakan dengan bismillah

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,
      Panjang ayat bacaan surah itu bergantung kepada waktu sembahyang.

      Bagi sembahyang Subuh sekurang-kurangnya melebihi 20 ayat setiap rakaat atau 50-60 ayat di dalam 2 rakaat (jumlah keseluruhan), kecuali ada masalah seperti bayi menangis bolehlah dipendekkan.

      Dalam mazhab Syafie, susunan kadar panjang bacaannya seperti skala berikut (1:paling panjang hingga 4: paling pendek) 1) Subuh, 2) Isyak 3) Zohor 4) Asar dan Magrib.

      Dalam mazhab Hanafi, susunan kadar panjang bacaannya seperti skala berikut (1:paling panjang hingga 4: paling pendek) 1) Subuh, 2) Zohor 3) Isyak 4) Asar dan Magrib.

      Kedua mazhab sepakat Asar dan Maghrib pendek bacaan surahnya, paling kurang 3 ayat.

      Kalau dimulai dari tengah surah tak perlu baca Bismillah…(lagipun Bismillah sudah dibaca sebelum Fatihah).

      • muhammad Says:

        Assalamualaikum,
        Boleh saya tahu sumber diatas ini di ambil dari mana? Supaya boleh saya jadikan hujjah apabila orang bertanya.. terima kasih..

      • sulaiman Says:

        Waalaikummussalam,

        Ini saya dengar dari Tuan Guru, katanya ada dalam kitab Siruss-Salikin. Insyaallah, akan ditulis bila berkesempatan. Selain itu ada juga ditulis dalam kitab Nasbun Nurain, karangan Tuan Guru, cuma jilid berapa saya kena check dulu.

  6. jamil Says:

    Terima kasih.
    penjelasan anda sangat berguna.

  7. Hasbullah Bin Sapian Says:

    Assala mualaikum .boleh bagitahu surah surah yg afdhal dibaca sembahyang fardhu mengikut waktu.contoh subuh rakaat pertama dan kedua.maghrib pertama dan kedua dan isyak pertama dan kedua.wassalam

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Tiada surah tertentu yang ditetapkan. Cuma contoh yang diberi adalah:
      Dalam solat Maghrib, bacalah surah Al-Bayyinah (Lam Yakunill lazi) dalam rakaat pertama dan surah di bawahnya seperti Al-Qaariah pada rakaat ke dua
      Dalam solat Subuh,bacalah surah Al-Ghasiyah pada rakaat pertama dan Surah Al-Lail pada rakaat ke dua..Bagi sembahyang Subuh sekurang-kurangnya melebihi 20 ayat setiap rakaat atau 50-60 ayat di dalam 2 rakaat (jumlah keseluruhan), kecuali ada masalah seperti bayi menangis bolehlah dipendekkan.

      Dalam mazhab Syafie, susunan kadar panjang bacaannya seperti skala berikut (1:paling panjang hingga 4: paling pendek) 1) Subuh, 2) Isyak 3) Zohor 4) Asar dan Magrib.
      Dalam mazhab Hanafi, susunan kadar panjang bacaannya seperti skala berikut (1:paling panjang hingga 4: paling pendek) 1) Subuh, 2) Zohor 3) Isyak 4) Asar dan Magrib.

      Kedua mazhab sepakat Asar dan Maghrib pendek bacaan surahnya, paling kurang 3 ayat.

  8. Anggi Says:

    Assalamualaikum. sy ingin bertanya, apa hukumnya jika dalam solat kita membaca surah itu tidak sampai 20 ayat?? terima kasih , wassalam

  9. meera Says:

    Assalamualaikum…boleh saya tanya,jika hamba allah ni sembahyang tetapi tidak tahu membaca surah surah lain selain kn al fateha ada kah sah sembahyang nya???

  10. sulaiman Says:

    Waalaikummussalam,

    Bergantung kepada waktu sembahyang. Waktu Maghrib memang disunatkan membaca surah2 pendek.
    Waktu Isyak dan Subuh kena baca surah yang panjang.

  11. rahman Says:

    assalamualaikum..
    mau tanya …bagaimana hukumnya kita sholat sendiri dirumah kitapadahal dlam keadaan sehat,, apakah sholat sah?..
    apakah kita berdosa meninggalkan sholat berjamaah dimasjid tpi kita sholat dirumah sendiri.padahal jelas sekali perintahnya..

  12. ismail Says:

    assalamualaikum..bolehkah saya membaca surah yang panjang
    pada rakaat pertama dan surah pendek pada rakaat ke dua
    untuk setiap solat?

  13. Majidi bin Boyd Says:

    Slm
    Boleh kah saya baca surah al ikhlas dlm
    rakaat pertama dan an nas rakkat kedua
    Utk smbyg subuh

    Tksh

  14. Kyra Says:

    Assalamualaikum.
    Saya ingin bertanya… Adakah sah sekiranya saya membaca surah (selepas al-fatihah) al-kafirun pada rakaat pertama dan al-ikhlas pd rakaat kedua di setiap solat terawikh saya. Sekiranya ayat itu sahaja yg mampu saya hafal pada peringkat ini di mana saya masih dlm proses belajar utk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

    Terima kasih

  15. Kyra Says:

    Alhamdulillah. Terima kasih ya.

  16. Rahmah Says:

    Assalamualaikum,
    Saya ingin bertanya apakah hukumnya apabila kita membaca surah tapi tidak dengan sebutan yg betul adakah solat kita sah??

  17. Rahmah Says:

    Bagaimana pula bagi yg menunaikan solat tarawih berjemaah tp tidak baca niatnya sbb tak tahu tapi tak bertanya??

  18. Azizi Says:

    Assalamualaikum,
    Saya ingin bertanya adakah sah sekiranya sembahyang fardhu lima waktu rakaat pertama dan kedua saya baca surah yang sama seperti al-fatihah+surah al-nas (utk rakaat pertama) dan al-fatihah+al-ikhlas (utk rakaat kedua). Terima kasih ya.

  19. fiza Says:

    Assalamualaikum…saya nak tanya, adakah menjadi satu kesalahan jika kita baca surah al kafirun rakaat pertama dan al maun rakaat yg kedua…

  20. anonymous Says:

    jadi, yang sy boleh simpulkan dari pertanyaan2 dan jwpn yg diberi oleh saudara penulis, mudah ringkasnya – baca saja lah apa2 surah pun, tetap sah sembahyang. Walaupun ada perkataan ‘menyalahi sunnah nabi’ tp ia diakhiri dgn ‘solat tetap sah’..

  21. Mohd Ilham Says:

    Assalamualaikum. Petikan saudara diatas mengatakan “Selang (jarak) antara surah pada rakaat pertama dan kedua sekurang-kurangnya dua surah.” Saya ada rujuk satu website tentang “Jadual Bacaan Surah-surah Dalam Solat Fardhu Harian.” Ada antaranya hanya bersebelahan jarak surahnya contohnya bagi solat zohor rakaat pertama surah 62 Al Jumua’ah dan rakaat kedua surah 63 Al Munafiqun. Bacaan surah ini sering dilakukan dan disyorkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad. Mohon penjelasan dari saudara kepada hamba yg masih jahil lagi ni.

  22. Ayahuda Says:

    assalam, dari mana nas dan hadis samada aqli @ naqli mengatakan makruh membaca (contoh) surah alfalak dirakaat pertama dan kemudian dibaca surah an-nas dirakaat kedua tidak diselang dgn dua surah sedangkan surah2 didalam alQuran berkait diantara surah berikutnya? wallahu’aklam.

  23. zharifaiman Says:

    apakah kita pelu tunankan solat 5 watu?

  24. izam Says:

    jika solat secara berjemaah, perlukah kita sebagai makmum membaca surah selepas bacaan al-fatihah..? (dlm solat wajib dan solat sunat tarawih/witir)

  25. Tanpa Nama Says:

    apa hukum membaca suruh yang sama pada setiap sembahyang fardhu

  26. Afifah Says:

    Kenapa pada rakaat ketiga dan/atau keempat sembahyang fardhu tidak diiringi surah lain?

  27. Tanpa Nama Says:

    Apakah hukum kita membaca ayat quran tertentu dalam solat instead of surah surah pilihan yg lain. Contohnya slps fatihah imam mula membaca ayat dr surah furqan ayat 63 hingga 77

  28. aidil Says:

    bolehkah saya pada rakaat pertama membaca surah Al Waqiah dari ayai 1 sehingga ayat ke 18 kerana tidak hafal dan pada rakaat kedua membaca surah pendek seperti Al Qadr atau Surah Al Ikhlas?

  29. aida Says:

    Salam.. bole sy tanya.. bolehkan kita dlm solat cuma sekadar baca al-fatehah dan satu surah sahaja?

  30. Ismail bin Abu Hasan Says:

    dalam solat subuh saya baca surah innaanzalna pada rokaat pertama dan wattin pd rakaat kedua .apa hukumnya

  31. Tanpa Nama Says:

    Wajibkah doa iftitah. Kalo terus alfatifah saje boleh ke utk tiap eolat 5 wa

  32. Abdul Kalthani Says:

    Assalam. Betulke kita tak boleh membaca Surah An Nas direkaat pertama?


Kemusykilan atau pertanyaan