Yakjuj dan Makjuj

yakjuj-makjuj.jpgYakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:

Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:

Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.

Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-

Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.

Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”

Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).

Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.

Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,

Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)

About these ads
Dikirim dalam Kiamat. 17 Comments »

17 Respons to “Yakjuj dan Makjuj”

  1. sulaiman Says:

    Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesis lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.

    Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa hinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar daripada lokasi mereka.

    “Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke 90 dari surah al-Khafi yang menyebutkan Zulkarnain sampai ‘ditempat terbit matahari’ iaitu timur dunia”

    “Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia tengah.

    Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.

    • Humaira Says:

      ”Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.” saya tk rasa mereka dari keturunan tartar dan mongul.

  2. kandagalantes Says:

    “Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa hinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar daripada lokasi mereka.”

    Naaah ini, coba lihat lagi al-quran di bangun tembok itu bukan untuk menahan mereka yaitu untuk menolong mereka dari segolongan umat yang hendak membunuh golongan itu…

    Mereka berkata: “Hai Zulkarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Makjuj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?”

    al kahfi 94

    umat itu meminta pertolongan kepada nabi dzulkarnaen untuk dibuatkan tembok pembatas antara golongan yang baik dengan yajuj dan majuj

    Semua golongan bisa dikatakan yajuj dan majuj jika dia memenuhi syarat ini:

    “…sesungguhnya Ya’juj dan Makjuj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi…”
    al kahfi 94

    trims y

  3. sulaiman Says:

    Tafsiran kami di Malaysia seperti dalam tafsir pimpinan Ar-Rahman begini:

    Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

    sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi;
    BUKANNYA
    “…sesungguhnya Ya’juj dan Makjuj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi…”

  4. rahimah87 Says:

    salam,

    menurut surah al-kahfi: 92-99 dan surah al-anbiya’ : 95-96

    menurut sesetengah pihak, ya’juj dan ma’juj inilah Israel yg menentang Palestine sekarang.

    surah al-isra’ : 61-66 menceritakan mengenai pasukan iblis ini yg berkuda,berjalan kaki mahupun yg bersekutu iaitu menurut sesetengah pihak ialah yahudi yg menyreang palestine skrg.

    dahulunya Bani Israel ini tinggal di bumi palestine ini bersama umat islam.tetapi mereka langgar perintah Allah secara melampau dan membunuh nabi-nabi. 3 org nabi diutus utk mereka (nabi Yahya,Isa,Zakaria) tetapi mereka membunuh 2 nabi dan Allah menyelamatkan Nabi Isa utk peristiwa lebih penting ketika kiamat.kerana melampaunya tindakan bani israel ini,Bani israel telah dihalau seluruhnya dari Jurussalem . mereka tidak diiktiraf dimana2 negara,tidak dibenar berjual beli, tidak diterima dimana2.

    negeri dalam surah al-anbiya:95 ialah jurussalem itu.negeri palestine itu sendiri.

    al-anbiya – 96: hingga apabila (tembok) ya’juj dan ma’juj dibukakan dan mereka turun dgn cepat dari seluruh tmpt yg tinggi.

    pada Mei 1948, Bani Israel ini kembali ke Palestine, bermakna Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan dari temboknya.

  5. Bencana Alam | Power OF E v3.0 Says:

    […] Yakjuj dan Makjuj, […]

  6. riswanto Says:

    asalmualikum, apakah ada hadist yang menyatakan bahwa syafaatku tidak akan sampai kepada kaum ini, saat itu rosulluloh berdoa kepada alloh dan menghadap kepada delapan penjuru arah angin, tetapi rosul tidak mendoakan arah tenggara, dimanakah posisi rosul pada saat itu apakah di madinah ataukah di makkah, terimakasih wslmlkm.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: