Bacaan zikir dan wirid selepas sembahyang

1.Lailaha illallah” dan “Allahuakbar

Dalam satu hadith dari Aisyah r.a. katanya “aku tahu sembahyang telah selesai apabila ada zikir” .Rasulullah ada berzikir beramai-ramai selepas sembahyang, cuma tidak diketahui apakah zikir itu “Lailaha illallah” atau “Allahuakbar”. Oleh itu bacalah keduanya sekali.

2. Surah Israa ayat 111- Alhamdulillahillazi….

Dalam satu hadith disebut “Mengucapkan Alhamdulillah akan memenuhi timbangan (mizan)”. Bacaan ini sering dibaca imam selepas sembahyang.

3. Istigfarlah 3 kali (Astagfirullah hal azim) dan membaca “Allahuma antas salam wa minka salam, taba rak ta, ya zal jala liwal ikram”,.

Dari Tsauban,dia berkata:
“Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan: astaghfirullah tiga(3) kali,kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”

4. Ayat Qursi

Kalau wirid dengan membaca ayat kursi, lebih baik jika terus dibaca “Allahu la ila”. Tidak perlu baca ‘Waila hukum” kerana ayat kursi itu ayat terbesar, sangat besar fadilatnya dan lebih baik dibaca bersendirian.

Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:
“Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”

5. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir.

Dari ‘Uqbah bin Amir,dia berkata:
“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”

6. Tasbih (Subhanallah 10x), tahmid (Al-hamdulillah 10x), takbir (Allahuakbar 10x)

Bilangan zikir untuk tasbih, tahmid, takbir 33 atau 10 kali bergantung kepada solat. Lepas maghrib, seelok-eloknya dipendekkan / cepatkan zikir kerana solat sunat lepas maghrib diangkat bersama fardhu maghrib. Kalau ada solat sunat selepas itu, pendekkan zikir dan buat solat sunat. Boleh sambung zikir lagi selepas solat sunat jika mahu.

Kalau dilakukan 10 kali setiap solat, jumlahnya 30 kali 1 solat. Sehari ada 5 solat, maka jumlah zikir ialah 30 x 5 = 150 kali. Pahalanya pula 150 x 10  = 1500. Nabi ada menyebut dalam satu hadith, siapalah yang melakukan sehingga 1500 kejahatan satu hari.

Dari Abdullah bin Amr,Nabi s.a.w bersabda:
“Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk syurga(siapa yang memeliharanya akan masuk syurga). Ketahuilah! Keduanya itu mudah,akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya, iaitu mensucikan Allah(bertasbih subhanallah) di belakang setiap solat maktubah/wajib sepuluh(10) kali, memuji-Nya(bertahmid-alhamdulillah) sepuluh(10) kali, dan membesarkan-Nya(bertakbir-allahuakbar) sepuluh(10) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada ucapan (30 X 5 solat fardu=150) dan seribu lima ratus(1500) kali pada timbangan.Kemudian bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34) kali ketika hendak tidur dan bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali dan bertasbih(subhanallah) tiga puluh tiga(33) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus(100) pada ucapan (34+33+33=100) dan seribu pada timbangan. Maka, siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam sehari semalam dua ribu lima ratus(2500) kesalahan?” Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah,mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit orang yang mengamalkannya?” Nabi s.a.w menjawab: “Kerana syaitan datang kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu syaitan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu,terus dia bangun dan tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan datang kpdnya apabila dia hendak tidur lalu syaitan menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.” Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”

39 Respons to “Bacaan zikir dan wirid selepas sembahyang”

  1. arab07 Says:

    salam ustaz,sye ade beberape soalan

    1.adakah bacaan surah isra’ itu merupakan bacaan khusus nabi utk wirid slepas solat

    2.sye pernah dgr bacaan ‘Allahumafirli ma qoddamtu ama akhortu ama asrartu ama a’lantu ama asraftu….hgga akhir(sye pasti tuan pernah dgr) yg biasa dilakukan pd bacaan selepas tahiyyat. akhir soalan sye adkah ini drpd hadith nabi atau bacaan ulama’ buat.

    3 drdp hadith yg sye dgr nabi pernah bertakbir selepas salam..adakah ia merupakan hadith sahih?dan adakah jg nabi melafazkanye secara kuat?

    3

  2. sulaiman Says:

    1. Secara khususnya saya tidak tahu, dalam ayat itu terdapat kalimah Alhamdulillah, petikan daripada hadith… Mengucapkan “Alhamdulillah” akan memenuhi timbangan (mizan). Mengucapkan “Subhanallah” dan “Alhamdulillah” akan memenuhi langit dan bumi. Sembahyang itu nur (cahaya)

    2. Boleh berdoa sebelum memberi salam, asalkan ianya daripada ayat al-Quran…Saya tidak tahu tentang bacaan ini.

    3. Ada hadithnya dan tuan guru juga ada mengamalkannya. Kalau hadith dhaif sekalipun masih boleh beramal cuma tidak boleh menyuruh atau memaksa orang lain beramal.

  3. steve88 Says:

    Assalamualaikum,

    Saya tak dapat faham tentang hadith itu yang menyebutkan “…maka yang demikian itu menjadi seratus(100) pada ucapan (34+33+33=100) dan seribu pada timbangan.”. Dari manakah datangnya kiraan ‘seribu pada timbangan itu’. Harap ustaz dapat menjelaskannya supaya saya dapat mengamalkannya tanpa ragu.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      1000 itu ialah gandaan pahala ke atas 100 ucapan. Setiap 1 amalan atau kebaikan yang dilakukan diberikan 10 pahala… seperti yang disebut dalam hadith:

      Sesungguhnya Allah S.W.T. merekodkan (segala) pahala kebaikan dan dosa kejahatan, sehingga Baginda Mulia (Nabi Muhammad s.a.w.) menerangkan, Siapa (orang Islam) yang berazam melaku (mengerjakan) kerja yang baik tidak ia lakukan, Allah S.W.T. memberi baginya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah memberi ia 10 pahala kebajikan yang penuh….

      https://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/01/07/balasan-kebaikan/

  4. steve29 Says:

    Assalamualaikum,

    Bilakah masa yang sesuai untuk berzikir tasbih, tamid dan takbir? Apakah selepas solat dan sebelum doa atau selepas solat dan selepas doa?

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      1) Baca selepas solat fardu dan sebelum doa.

      2) Kalau ada solat sunat selepas itu (seperti sunat selepas Zohor, Maghrib, Isyak) bacalah tasbih 10 kali,tahmid 10 kali dan takbir 10 kali sebelum doa. Tujuannya supaya cepat habis dan dapat segerakan solat sunat, kerana solat sunat itu akan diangkat (dipersembahkan) bersama solat fardhu.

      3) Kalau selepas Asar dan Subuh, (tiada solat sunat) bacalah tasbih 33 kali,tahmid 33 kali dan takbir 33 kali sebelum doa.

      • steve29 Says:

        Terima kasih dengan jawapan ustaz yang sangat jelas sekali. Saya ada soalan tambahan.

        Dari nombor 3 di atas, Ustaz menyatakan takbir sebanyak 33 kali, Apakah takbir sebelum solat itu tidak perlu mencukupkan sebanyak 34 kali untuk mencapai 100 seperti yang disebutkan di dalam hadith tentang berzikir sebelum tidur?

        Mengenai zikir tasbih, tahmid dan takbir pula perlukah mengikut susunan yang tertentu? Bolehkah, takbir dahulu kemudian tasbih atau sebagainya?

        Mengenai wirid pula, bilakah masa yang sesuai untuk wirid selepas sembahyang fardhu, selepas atau sebelum solat sunat?

        Beribu banyak terima kasih kerana meluangkan masa dengan saya Ustaz.

      • sulaiman Says:

        1) Zikir takbir selepas solah cuma 33 kali.Kemudian dicampur dengan “La ilaha illallah wahdahula syarikalah Lahulmulku walahulhamdu wahuwa ‘ala kulli syai`in qadir” menjadi 100.

        Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Rahimahullah dari Abu Hurairah RA dariapada Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesiapa yang mengucapkan tasbih (subhanallah) setiap tiga kali selepas solat sebanyak 33 kali, dan tahmid (alhamdulillah) sebanyak 33 kali, dan takbir (allahu akbar) sebanyak 33 kali, jadi kesemuanya 99 kali, kemudian menyebut: La ilaha illallah wahdahula syarikalah Lahulmulku walahulhamdu wahuwa ‘ala kulli syai`in qadir, untuk menggenapkannya sebanyak 100 kali, nescaya diampunkan dosa-dosanya walaupun umpama buih di lautan.

        2) Dalam hadith disebut tasbih dahulu, kemudian tahmid, kemudian takbir.

        3) Untuk wirid-wirid yang lain, ia bergantung kepada waktu Sembahyang juga. Kalau Maghrib dan Zohor pendekkan wirid kerana ada solat sunat selepasnya. Lakukan wirid-wirid lain yang panjang selepas solat sunat.

        4) Secara mudahnya selepas beri salam, baca no 1 hingga no 6 dalam posting di atas.

  5. ustaz tolong... sy Says:

    Assalamualaikum,

    nak tanye sy selalu pegi keje balik kerje naik train dari pj sampai la ke melati.. lebih kurang 40 minit.. dlm waktu tu sy selalu berzikir dan bace lah ape2 surah yg tau.. tapi satu je masalahnye.. dlm train uztaz tau la padat orang balik/pegi keje.. dan pakainnye… agak menjolok mate bg org pompuan lah.. pasal sy nih lelaki… ape yg berlaku.. mulut berzikir tapi kadang2 tu mate nih terjolok jugak dgn pakaian pompuan dlm train… sy sedar perbuatan tu dan selalu cuba utk pejam mate(buat2 tido) selame perjalan dlm train… tp kadang2 fail jugak uztaz… soalan nye… ape pendapat uztaz tentang masalah sikap sy menggunakan mate sy ni.. dan ade tak ape2 doa @ latihan @ kata peransang utk buang sikap sy nih…

  6. Aliff Haffiz Bin Hayazi Says:

    Assalamualaikum Uztaz. Saya nak bertanya ni. Sepertimana uztaz cakapkan Bertasbih mengikut bilanganya. Tetapi jikalau saya bertasbih lebih daripada bilangan itu, Adakah salah atau benar uztaz?

    Lagi satu soallan, Apabila saya membaca Ayat kursi, Saya hafal semuanya kecuali ada sebutir dua butir ayat yang saya lupa ketika bersolat. Adakah solat itu diterima ke tidak uztaz?

    Terima kasih kerana mendengar soallan saya. Assalamualaikum.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Lebih tidak mengapa. Tidak ada masalah.

      Bacaan surah dalam sembahyang adalah sunat hukumnya dalam mazhab Syafie. Maka masih sah solat saudara sekiranya lupa bacaan ayat surah.

  7. Herutriyono Says:

    Alhamdulillah tenang rasaya

  8. berkelipbintang Says:

    1. Ustaz, boleh tak kita sambung zikir dan wirid selepas kita buat solat sunat.

    2. Boleh tak kita terus buat solat sunat selepas fardhu nya dan kemudian baru kita berzikir.

  9. berkelipbintang Says:

    1. Ustaz, boleh terangkan apa maksud solat Fajar. Tolong jelaskan waktu specific nya supaya lebih yakin tidak tersalah waktu melakukan solat itu.

    2. Apa maksud 1/3 atau 2/3 malam. Tolong beri waktu specific nya. Terima kasih

    • sulaiman Says:

      1. Solat Fajar ialah Solat Subuh
      2. Secara mudahnya, ada 12 jam waktu malam (kalau waktu malam bermula jam 7 malam dan berakhir 7 pagi).
      Kalau kita bahagi tiga waktu malam selama 12 jam ini ialah sama dengan 4 jam.
      Jadi 1/3 akhir malam ialah antara jam 2 pagi hingga 6 pagi.

  10. zaidi Says:

    Assalamualaikum. soalan saya
    1- berapa kali kena baca surah al ikhlas, al falaq dan an nas

  11. mokhtar Says:

    asalamualaikum ustaz.
    saya sangsi dengan bila sebenarnya kita melapaskan niat dalam sesuatu sembahayang.Adakah selepas takdbir “Allahhuakbar” atau serentak sebelum menzahrikan kalimah Allahhuakbar.mohon penjelasan.Terima kasih.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,
      Imam-imam 4 mazhab berbeza pendapat dalam hal ini.

      Mazhab Syafie mengatakan niat itu sebahagian daripada rukun sembahyang (memasukkan niat ke dalam takbir),

      Manakala mazhab Hanafi dan Hambali mengatakan niat itu pra-syarat untuk sembahyang (niat itu sebelum takbir dan diluar daripada sembahyang).

  12. daudakpe Says:

    assalamualaikum, terima kasih kerana berkongsi tatacara habisnya solat fardu dan sunat…saya ada beli buku amalan sunnah rasullullah apa yang terkandung disini sama apa yg terkandung didalam buku.tepat dan baik untuk diikuti..

  13. dahab Says:

    Assalam ustaz,
    saya masih belum jumpa hadis minta kita baca ayat 111, surat Israa. Adakah ini ciptaan ulamak saja atau apa yang Rasullullah baca? Adakah rasul tidak baca fatihah selepas solat?

    Boleh ustaz perturunkan bacaan yang kerap dibaca oleh rasul selepas solat?

    Mengapa ada setengah pihak tidak berdoa dan berwirid? Apa dalil mereka?

  14. adisman Says:

    assalamualaikum ustaz,

    1. saya mahukan kepastian, betul ke jika kita tak lengkap solat fardhu (banyak miss la ceritanya), sia2 saje kita buat solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu. ada beberapa hamba allah yang mengatakan perkara tersebut.

    2. Apa hukum dan fadilatnya sekiranya kita membaca 2 ayat terakhir surah Al Baqarah dalam wirid selepas solat. Kalau ada hadis sahih mengenainya lagi baik ataupun ianya adalah sunnah Rasulullah. Mohon penjelasan ustaz. Sekiranya ianya adalah bidaah, mohon ustaz jelaskan.

    Terima kasih

    • sulaiman Says:

      Waaalaikummussalam

      1) Kalau tak lengkap solat fardhu, kena gantilah terlebih dahulu.
      Boleh jugak ganti dgn solat sunat, tapi 70 solat sunat baru menyamai 1 solat fardhu.
      Tak sia-sia buat solat sunat, cuma pastikan ada rancangan untuk ganti semua solat fardhu yang tertinggal.

      2) Wallahua’lam. saya kena tanya tuan guru dulu.

  15. adisman Says:

    salam ustaz,

    Boleh tak ustaz terangkan dengan lebih mendalam tentang ilmu mantiq

  16. Adix Islam Says:

    Wailahukum ilahu wahidum lailaha illa huarrahmanurrahim

  17. yan Says:

    salam ustaz,
    saya ada trlihat cara cara solat nabi s.a.w…tapi saya ada kemusykilan tentang
    selepas solat….apakah benar menyapu muka selepas berdoa dan bersalam salaman
    bukan contoh dari nabi muhammad s.a.w?dan apakah yang harus kita lakukan selepas berdoa ustaz?boleh beri penjelasan….

  18. Nas Says:

    assalamualaikum ustaz,macamana kalau orang yang sudah bertahun-tahun tak solat tapi baru sekarang dia solat,apakah hukumnya dan adakah dia perlu ganti solat yg dah bertahun2 dia tertinggal dan bagaimanakah caranya dia boleh ganti solat yg tertiggal itu????

  19. izfat dan nureen Says:

    bukan ker bertakbir (Allahuakbar) 34kali tu sblm tido???terima kasih!

  20. MukhtarHarun Says:

    Assalamualaikum ustaz,
    Selepas solat fardhu digalakkan berzikir dan selepas itu barulah berdoa.
    Ada setengah orang mengutamakan solat sunat ba;diah dari pada berzikir. Pada hal nabi Muhammad menyatakan barang siapa berzikir, [tasbih 33, tahmid 33, dan takbir 33 dan dilengkapi dengan la ila ha illlallah ………. diampun dosa walaupun sebanyak buih di laut. Apa jaminan solat sunat ba’diah berbanding zikrullah.
    Mohon ust terangkan untuk menjadikan saya lebih yakin beribadah.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Ada hadith yang menunjukkan keutamaan melakukan sunat ba’diah sejurus selepas solat maghrib. Daripada Huzaifah r.a., rasulullah s.a.w. bersabda “Segeralah mengerjakan solah sunat sesudah Maghrib itu supaya dapat terangkat bersama amal solah Maghrib (Riwayat Al-Baihaqi)

      Berzikirlah secara ringkas (tasbih 10x, tahmid 10x takbir 10x) dan terus sunat ba’diah.Zikir panjang masih boleh dilakukan selepas sunat ba’diah. Ada juga hadith tentang 10 kali ini:

      Dari Abdullah bin Amr,Nabi s.a.w bersabda:
      “Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk syurga(siapa yang memeliharanya akan masuk syurga). Ketahuilah! Keduanya itu mudah,akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya, iaitu mensucikan Allah(bertasbih subhanallah) di belakang setiap solat maktubah/wajib sepuluh(10) kali, memuji-Nya(bertahmid-alhamdulillah) sepuluh(10) kali, dan membesarkan-Nya(bertakbir-allahuakbar) sepuluh(10) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada ucapan (30 X 5 solat fardu=150) dan seribu lima ratus(1500) kali pada timbangan.Kemudian bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34) kali ketika hendak tidur dan bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali dan bertasbih(subhanallah) tiga puluh tiga(33) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus(100) pada ucapan (34+33+33=100) dan seribu pada timbangan. Maka, siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam sehari semalam dua ribu lima ratus(2500) kesalahan?” Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah,mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit orang yang mengamalkannya?” Nabi s.a.w menjawab: “Kerana syaitan datang kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu syaitan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu,terus dia bangun dan tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan datang kpdnya apabila dia hendak tidur lalu syaitan menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.” Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”

  21. amir asraf Says:

    assalamualaikum ustaz,,,terima atas perkongsian ilmu,,,sy nk tny,,zaman dlu sy byk tggl solat fardhu,,skg sy dh brtaubat,,pd msa yg sama sy lkukan slt sunat,,,adkh dkira slt sunat yg sy lkukn,,sdg kn yg wjib sy xthu brape jumlah yg sy tgglkn,,tp sy sudah mula utk gnti,,

  22. yatuhankami Says:

    ustaz..adakah kita boleh membuat wirid pada bila2 waktu..maksudnya lps solat fardhu sahajakah atau solat sunat sekali..tk ustaz

  23. ksoleh Says:

    Salam. Ilmu baru ku pelajari hari ini. Terima kasih kerana berkongsi ilmu


Kemusykilan atau pertanyaan