Dakwah: Menyeru kepada kebaikan

An-Nahl [125] Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik ;

Berdakwahlah dan nasihatlah dengan cara yang hikmah, baik dan lemah lembut. Semasa berdakwah lihatlah keadaan dan ‘mood’ orang yang hendak didakwah itu. Dakwahlah semasa dia berada dalam keadaan tenang dan bukannya semasa dia sedang kelam-kabut atau bermasaalah.

Berilah nasihat yang baik (Mauizah Hasanah) dan secara lemah lembut. Nabi Musa dan Nabi Harun disuruh berlemah lembut semasa menghadapi raja Firaun (yang mempunyai kuasa politik). Begitu juga para pendakwah dalam menarik manusia kepada Islam.

Taha [43] Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya.[44] Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut.

Berdakwah adalah satu jihad (pengorbanan), hukumnya fardhu kifayah (dalam keadaan biasa) dan hendaklah ada satu golongan yang berdakwah dan melakukan kerja agama:-

Ali Imran [104] Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Tetapi jikalau umat sudah rosak teruk, hukum dakwah berubah menjadi fardhu ain. Setiap orang yang mempunyai ilmu ugama wajib berdakwah. Selain itu hendaklah ada sekumpulan yang keluar untuk belajar ilmu agama dan balik ke kampung halamannya untuk berdakwah dan mengajar ilmu agama:

At-Taubah [122] Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Sayyidina Abu Bakar adalah orang yang pertama menjalankan kerja dakwah dan tabligh (menyampaikan Islam). Setelah memeluk Islam, beliau bertanya kepada Rasulullah saw “apakah yang boleh saya lakukan?”. Maka Rasulullah menyuruhnya berdakwah dan mengajak manusia kepada Islam. Dihari pertamanya berdakwah, beliau berjaya mengajak 4 atau 5 orang kepada Islam.

Selain itu kita hendaklah tolong-menolong dalam 2 perkara dan jangan tolong-menolong dalam 2 perkara:

Al-Maidah [2]……dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan

Dikirim dalam Dakwah. 4 Comments »

4 Respons to “Dakwah: Menyeru kepada kebaikan”

  1. arab07 Says:

    salam ustaz,
    apakah pengkelasan antara dakwah kpd bkn islam dan juga dakwah kpd org islam…sye msh tak faham difinisi dakwah itu sendiri…ada org menyebut dakwah hanya mengajak org bkn islam kpd islam manakala dakwah kpd org islam sebagai cnth ustz2 yg berkuliah di masjid itu sebenarnya adalah dinamakan uzlah…apakah pendapat ustaz?

  2. sulaiman Says:

    Salam,

    Dakwah itu maksudnya menyeru,
    a) kepada orang Islam, menyeru ke arah kebaikan, menjauhi kejahatan
    b) kepada bukan Islam, menyeru ke arah Islam

    Dakwah ni banyak cara asalkan ajak orang kepada Islam, seru kebaikan, larang kejahatan…

    Di masjid kita berdakwah untuk mengekalkan orang yang telah Islam agar terus berada dalam Islam…

  3. akartanah Says:

    salam, adakah hanya kebaikan didalam syariat islam atau boleh juga dikira kepada kebaikan yang ada di dunia seperti jangan membazir, pelihara alam sekitar dan hidupan-hidupan flora dan fauna


Kemusykilan atau pertanyaan