Ilmu

Ilmu adalah kunci kejayaan dunia dan akhirat. Dalam satu hadith, Rasulullah SAW bersabda “Siapa yang berkehendakkan kejayaan dunia, hendaklah mereka mencari ilmunya. Siapa yang berkehendakkan kejayaan akhirat, hendaklah mereka mencari ilmunya, tetapi siapa yang berkehendakkan kejayaan di dunia dan akhirat, hendaklah mereka mencari ilmu dunia dan akhirat”.

Az-Zumar [9]…adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?

Al-Mujadilah [11]….Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat….

Orang yang alim yang mempraktikkan ilmunya diangkat darjat (kedudukannya). Dalam syurga juga ada ulama dan Allah kekalkan status ulama disana. .Tujuannya supaya manusia dapat bertanya tentang apakah yang perlu diminta dari Allah. Setiap hari Jumaat diadakan satu majlis bersama Allah. Ketua ulama disana ialah Muaz Bin Jabal. Di dalam satu hadis:-

Sesungguhnya ahli syurga benar-benar memerlukan ulama di dalam syurga. Demikian itu kerana setiap Jumaat mereka mengunjungi Allah SWT, lalu Allah SWT menawarkan kepada mereka “Mintalah kepadaku apa yang kamu kehendaki.” Lalu mereka berpaling kepada para ulama lalu berkata “Apakah gerangan yang kami minta?” Maka para ulama berkata kepada mereka: Mintalah kepadaNya demikian, demikian.” Mereka masih tetap memerlukan para ulama sekalipun di dalam syurga, sebagaimana mereka memerlukan sewaktu di dunia. (Riwayat Ibnu Asaki melalui Jabir r.a)

Namun ada juga orang yang menjual ilmu agamanya untuk kepentingan dunia. Dalam satu hadith, Rasulullah SAW berpesan “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?””Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.”Sahabat bertanya lagi. “Mengapa begitu ya Rasullullah?” Rasullullah SAW menjawab, “Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia““

Dalam hadith yang lain disebut, Akan datang suatu masa, Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuknya sahaja, al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut nama-nama Allah. Orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga dan semua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.

Dikirim dalam Ilmu. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan