Membunuh mukmin dan hukum Qisas

An-Nisaa [92] Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah dia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar “diat” (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya)…..

Hukum qisas dijatuhkan apabila seseorang membunuh dengan sengaja. Bagi pembunuhan secara tidak sengaja misalnya disebabkan accident (kemalangan), hendaklah memerdekakan seorang hamba atau membayar gantirugi kepada ahli keluarga si mati. Di Arab Saudi, dikenakan bayaran misalnya sebanyak 20,000 Riyal bagi kes kemalangan sebagai ganti rugi kepada keluarga si mati.

Dalam mazhab Hanafie, hukum qisas (bunuh balas) hanya dijatuhkan apabila seseorang itu membunuh dengan alat pembunuhan seperti pisau, pistol, parang, senapang dan sebagainya.

Dalam mazhab Syafie pula, hukum qisas dijatuhkan walaupun pembunuh hanya menggunakan tangan atau kakinya tanpa menggunakan senjata atau alat pembunuhan.

Bagi pembunuhan secara ilmu hitam pula, tidak dijatuhkan qisas dalam mazhab Hanafi, tetapi dikenakan qisas dalam mazhab Syafie.

Sekiranya tidak dijatuhkan hukuman qisas semasa di dunia, maka pembunuh itu akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam. Bagi orang Islam, mereka akan keluar dari neraka itu setelah tamat tempoh seksaan.

An-Nisaa [93] Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahannam, kekal (lama) dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.

4 Respons to “Membunuh mukmin dan hukum Qisas”

  1. 4 Jangan « Nasbun Nurain Says:

    […] Pembunuhan yang dibenarkan dalam Islam hanyalah dalam melaksanakan hukum qisas. […]

  2. manaf Says:

    salam…
    kalu kes dimana rumah atau kdiaman kite dimasuki perompak, yang mengancam kslamatan dan kite bergelut dengan perompak untuk mempertahankan diri sehingga perompak terbunuh. msa tu kra tnpa niat sengaja.. adkh kne dnda?

    • sulaiman Says:

      Salam,
      Tidak dikenakan denda kerana mempertahankan harta ketika dicerobohi itu adalah salah satu jihad.
      sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya (menurut satu riwayat yang lain, sesipa yang dicerobohi hartanya dengan cara yang tidak benar lalu ia menentangnya, lalu ia mati) maka dia mati syahid.


Kemusykilan atau pertanyaan