3 perkara menghapuskan dosa dan mengangkat darjat

Hendakkah kamu aku beritahu apa yang dapat menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat darjat?” Para sahabat menjawab: “Ya, kami ingin tahu wahai Rasulullah.” Baginda berkata, “Berwudhuklah dengan baik dalam keadaan air yang sejuk, banyakkan langkah menuju masjid, dan menunggu sembahyang sesudah sembahyang. Itulah Ribath, Itulah Ribath (mengikat diri dengan sempadan ketaatan kepada Allah).” (HR. Muslim)

1. Berwudhuklah dengan baik dalam keadaan air yang sejuk. Berwuduk dengan menggunakan air yang terjemur di bawah panas matahari adalah makruh hukumnya.

2. Banyakkan langkah menuju ke tempat sembahyang samada masjid atau surau (masjid yang tidak didirikan sembahyang Jumaat). Rasullullah SAW amat menitikberatkan ummatnya khususnya kaum lelaki untuk solah fardhu berjemaah di masjid ataupun di tempat azan dilaungkan.Selain pahala berjemaah, disana terdapat pahala gandaan tempat:-

  • Pahala sembahyang di Masjid Jamek (masjid yang didirikan sembahyang Jumaat) ialah 150 kali ganda fadhilat sembahyang sendirian di rumah.
  • Pahala sembahyang di surau iaitu masjid yang tidak didirikan sembahyang Jumaat ialah 25 kali ganda fadhilat sembahyang sendirian di rumah.
  • Pahala sembahyang di Masjidil Aqsa ialah sebanyak 500 kali ganda.
  • Pahala Sembahyang di Masjid Nabi iaitu Masjidil Nabawi ialah sebanyak 1,000 kali ganda atau 10,000 mengikut setengah riwayat.
  • Pahala Sembahyang di Masjid Allah iaitu Masjidil Haram ialah sebanyak 100,000 kali ganda.

3. Menunggu sembahyang sesudah sembahyang misalnya menunggu sembahyang Isya sesudah sembahyang Maghrib . Rasulullah saw pernah bertanya kepada sahabat, hendakkah kamu tahu siapakah ahli syurga. “Ya Wahai Rasulullah”. Maka sabda Baginda “orang yang sembahyang Maghrib dan tidak balik sehingga selesai sembahyang Isyak.

Ribath (menjaga sempadan).
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh neraka, yaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang pada malam hari menjaga sempadan negeri dalam melakukan peperangan fi-sabilillah.” (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi)

Apabila mata tidak masuk neraka, maka secara automatiklah tuannya tidak masuk neraka.

2 Respons to “3 perkara menghapuskan dosa dan mengangkat darjat”

  1. shafifah Says:

    MAJLIS ILMU HUJUNG MINGGU INI :
    SAMBUTAN ISRAK WAL MIKRAJ NABI S.A.W

    Tetamu Undangan Khas YSNS, Tuan Habib Umar Bin Abdul Rahman Al Jiffri dari Jeddah & Madinah al Munawwarah.

    Tarikh : 17 Julai 2009 ( Jumaat )

    Masa : 07.00 malam

    Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan, 71350 Kota, N. Sembilan.

    Muslimin/Muslimat dijemput dan dipersilakan hadir beramai-ramai bagi menyambut dan memperingati majlis Israk wal Mikraj Nabi Muhammad s.a.w ini.

    AHAD di masjid TAMAN TAR Ampang penceramah yang sama serta mulai jam 6.00 petang

    http://pondokhabib.wordpress. com

  2. qhazanah Says:

    Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..

    Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar terkini dari bumi Palestine..

    [GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..?

    http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/

    Syukran..


Kemusykilan atau pertanyaan