Panjang Umur

Dalam sebuah hadith disebut “Sesungguhnya kebaikan menambahkan umur dan kejahatan mengurangkan umur“. Di dalam hadith yang lai pula “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (Riwayat Bukhari)

Dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: “Anak Adam membesar dan turut membesar bersamanya dua perkara: Sayangkan harta dan inginkan panjang umurnya. (Bukhari).

Dalam satu hadis yang lain pula, manusia akan ditanya tentang umurnya:
Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan.

Imam At Tirmidziy meriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Busr, beliau berkata: Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah siapakah orang yang terbaik? Rasulullah saw menjawab: “Orang yang panjang umur dan baik amalannya”.

Sabda Rasulullah SAW : “Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Na’im). Allah ambil kira amalan terakhir kita sebelum meninggal, dalam hadith disebut “innamal a’malu bil khowatim”… Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisan (umur)nya (Hadis Riwayat Bukhari).

Allah sengaja panjangkan umur orang kafir seperti pemancing ikan yang beri umpan kepada ikan. Dibiarkan ikan itu makan umpan sehingga penat ikan itu, barulah ditarik ikan itu ke atas. Sengaja Allah beri kesihatan dan kemewahan kepada mereka kerana azab menanti mereka.

Ali-Imran 178] Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).

Nabi dan sahabat iaitu Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar hidup 63 tahun sahaja tapi umurnya diguna sepenuhnya untuk Islam. Berbeza dengan kafir yang dilanjutkan usia untuk menentang Allah. Kata orang kampung lebih baik mati dari hidup menambahkan dosa (dalam kekafiran).

Allah tidak tua, dan kerana itu dia juga menjadikan ahli syurga tidak tua, tidak hilang terunanya dan sentiasa sebaya umurnya. An-Nabaa [33] Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya. Abu said r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dari orang-orang yang akan masuk syurga, baik muda atau tua, akan dikembalikan sebagai orang yang berusia tiga puluh tiga tahun tidak lebih daripadanya.”

Dikirim dalam Artikel. 4 Comments »

4 Respons to “Panjang Umur”

  1. aida Says:

    thanks tentang hadis umur… saya copy untuk dicetak dan diletak dalam kad hari lahir teman-teman kelab guru. Jazakallah….

  2. Abdul Said Says:

    Sejauh manakah larangan memberi daging korban atau aqiqah kepada orang bukan Islam? Sebagai contoh (kenyataan + tambahan penulis), Sipolan telah menganut Islam dan berkahwin dengan gadis Islam. Ia membawa ibunya tinggal bersama setelah bapanya meninggal. Ibunya seorang bukan Islam. Namun ia menghormati anaknya yang kini menjadi anak yang lebih baik dan berakhlak mulia. Ia memasak dan menjaga cucunya dirumah. Halal dan haram dalam Islam dipatuhi oleh ibunya. Pernah terjadi ibunya memasak daging korban yang beri oleh pihak masjid dan memakannya. Ia juga pernah makan daging aqiqah yang telah dimasak pemberian tetangga . Apakah pendapat tuan mengenai perkara ini?

  3. chika Says:

    saya pernah mendengar katanya orang-orang yang dilebihkan umurnya oleh Allah yakni >63, jika melakukan amal yang baik mendapat pahala dan apabila melakukan perbuatan buruk maka tidak dicatat keburukan termasuk merugikan orang lain apa itu benar? jika iya boleh tahu hadistnya?


Kemusykilan atau pertanyaan