4 Doa Yang Tidak Ditolak

Rasulullah s.a.w bersabda “Empat doa yang tidak akan ditolak ialah doa orang yang melakukan haji sehingga dia kembali, doa orang yang berperang (berjihad) sehingga dia kembali dari medan peperangan, doa orang yang sakit sehingga dia sembuh, doa seorang Islam terhadap saudaranya tanpa pengetahuannya. Doa yang paling cepat diterima diantara doa-doa tersebut ialah doa seseorang terhadap saudaranya tanpa pengetahuannya” (Riwayat Dailami melalui Ibnu Abbas r.a.)

Mintalah orang yang baru pulang dari melakukan ibadat haji berdoa sebelum dia sampai ke kampung halamannya kerana doa mereka adalah makbul.

Orang yang berjihad untuk menegakkan hukum Allah, negeri Islam juga makbul doanya. Syahid yang besar ialah mereka yang terbunuh di medan peperangan. Di dalam mazhab Syafie, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafan dan tidak perlu di sembahyang jenazahkan kerana telah gugur segala dosa mereka.

Di dalam mazhab Hanbali, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandi, tidak perlu dikafan dan tidak perlu di sembahyang jenazahkan kerana telah mereka sebenarnya masih hidup dan tidak mati berdasarkan firman Allah.

Baqarah [154] Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

Ali-Imran [169] Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

Di dalam mazhab Hanafi, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafan tetapi perlu di sembahyang jenazahkan sebagai penghormatan kepada orang Islam.

Dikirim dalam Hadith. 3 Comments »

3 Respons to “4 Doa Yang Tidak Ditolak”

  1. ibnuabdullah114 Says:

    salamun ‘alaikum tuan

    bagaimana pula bagi mereka yang menunaikan haji dengan rezeki yg haram? adakah doa mereka juga diterima sedangkan Nabi saw pernah bersabda mafhumnya akan muslim yang makan rezeki haram amal ibadahnya tidak diterima. Minta penjelasan.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam, benar tuan..Haji dengan duit haram tidak diterima.

      Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang anggota jamaah haji berangkat dengan harta haram dan mengenjakkan kaki di kenderaannya kemudian dia membaca Labbaik allahumma labbaik, maka ada suara (jawaban) dari langit: “Tidak ada labbaik dan tidak ada sa’daik (kebahagiaan) bagimu kerana bekalmu haram, kenderaanmu haram, hajimu penuh dosa, tidak diterima (tertolak)” [Riwayat Tabrani dari Abu Hurairah]

      Allah itu bersih dan suci, Allah tidak terima benda yang tidak bersih. Tidak boleh mendampingi Allah dengan duit yang haram.

      Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu…”(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.” (Riwayat Muslim)

  2. Nughol’s say Says:

    […] source: here […]


Kemusykilan atau pertanyaan