Bila Laut Panas dan Pecah, Bila Bumi Digegarkan

At-Takwir[6] Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur. At-Takwir [14] (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

Lautan itu meluap-luap kerana panas dan di dasarnya adalah api iaitu api neraka.

Daripada Abdullah bin Amr, beliau berkata: Rasulullah telah bersabda: ‘Janganlah seseorang berlayar di lautan, kecuali menunaikan Haji atau melakukan Umrah atau berperang di Jalan Allah, kerana di bawah lautan itu ada api dan di bawah api tersebut ada laut.

Dalam ayat yang lain pula disebut lautan itu akan pecah bila tiba masanya..

Infitar[3] Dan apabila lautan pecah bercampur-baur. Infitar [5]tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya..

Takutlah Allah yang akan membalikkan bumi ini…

Mulk[16] Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu….

Bila tiba masanya , bumi juga akan memuntahkan isinya:

Zalzalah [1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (1) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (2) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? (3) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:

Di akhir zaman, banyak berlaku gempa-bumi dan pembunuhan:

Rasulullah S.A.W. bersabda “Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan (Sahih Bukhari)

Abu Hurairah RA telah meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW :“Demi di mana diriku di bawah kekuasaan-Nya, maka akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seorang pembunuh tidak tahu sebab mengapa ia menjadi seorang pembunuh dan manakala orang yang dibunuh pula tidak tahu sebab mengapa ia dibunuh.”(Hadith Riwayat Muslim)

Dikirim dalam Kiamat. 4 Comments »

4 Respons to “Bila Laut Panas dan Pecah, Bila Bumi Digegarkan”

  1. shafifah Says:

    1.ESOK MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : http://wp.me/piAx4-179

    2.Pandangan NU/Nahdlatul Ulama tentang Perayaan Maulid Nabi dan Kontroversi Ma’na Bid’ah : http://wp.me/piAx4-1de

    3.Mengapa Mempertikaikan Maulid? – Syeikh. Fuad Kamaluddin : http://wp.me/piAx4-1bf

    4.Sambutan Maulidurrasul.Hukum dan Perbahasan. : http://wp.me/piAx4-1aC

    5.Hukum Menyambut Maulidul Rasul -Ustaz Rashidi : http://wp.me/piAx4-ne

    6.Mengapa Menyambut Maulidur Rasul ? : http://wp.me/piAx4-1ap

    7.Mengapa sambut Maulid Nabi-Yayasan Sofa : http://wp.me/piAx4-1at

    8.Tanda Cinta Kepada Rasulullah : http://wp.me/piAx4-1an

    9.Maulid Nabi SAW : http://wp.me/piAx4-1a6

    10.Mengenai Maulid Nabawi : http://wp.me/piAx4-19X

    11.Memperingati Manusia Agung : http://wp.me/piAx4-19L

    12.Risalah sambut Maulidurrasul s.a.w : http://wp.me/piAx4-19J

    13.Mawlid – Fatwa Ibnu Taimiyyah : http://wp.me/piAx4-mq

    14.Mawlid – al-Qardhawi : http://wp.me/piAx4-mo

    15.Marhaban Ya HabibAllah : http://wp.me/piAx4-19r

  2. ibnuabdullah114 Says:

    salamun ‘alaikum tuan, bolehkah tuan perjelaskan apakah maksud hadis Nabi saw yang dismpikan oleh abdullah ibn amar?

  3. sulaiman Says:

    Waalaikummussalam, yang hendak saya sampaikan di sini hanyalah neraka itu berada di bawah lautan. Tentang hadith itu saya belum belajar lagi. Wallahua`lam.


Kemusykilan atau pertanyaan