Ayat Yang Terbesar

Rasulullah saw. bersabda, ‘Ayat yang terbesar di dalam Al-Qur`an adalah ‘Allaahu laa ilaaha illaa huwa al-hayyul qayyuum.

Ayat Kursi menceritakan tentang ketuhanan

Al-Baqarah [255] Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).…. Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Nabi Musa pernah bertanya samada Allah tidur atau tidak. Lalu Allah menyuruh Nabi Musa memegang gelas sehingga dia tertidur dan gelas itu pecah. Demikian Allah mejelaskan secara praktikal apa akan terjadi pada bumi ini kalau Allah tidur.

Masuk Syurga

Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:“Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”

Elak Gangguan Syaitan

Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahwa syaitan tersebut berkata,“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187)

2 Respons to “Ayat Yang Terbesar”

  1. ibnuabdullah114 Says:

    assalamualaikum tuan

    antara hadis berkaitan Ayat Qursi & hadis berkaitan surah Al Falaq, An Nas (untuk diamalkan sebelum tidur) yang mana satu lebih diutamakan? yang mana lebih terdahulu & terkemudian?

    jazakAllah

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Pada pendapat saya elok amalkan kedua-duanya..lagipun tidak panjang mana ayatnya.
      ayat qursi itu untuk elak gangguan syaitan, 2 qul untuk elak daripada sihir.


Kemusykilan atau pertanyaan