Ikut Quran dan Sunnah Tidak Sesat

Dari Zaid bin Arqam, r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: Beradalah ia dalam hidayat pertunjuk yang sebenar-benarnya dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: Beradalah ia dalam kesesatan. ” (Muslim)

Ali-Imran [103] Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) …..

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).(Imam Malik).

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Ikut Quran dan Sunnah Tidak Sesat”

  1. Ali Says:

    Kesesatan hari ini antaranya berpunca daripada pengaruh media bertulis dan elektronik. Banyak gaya hidup sonsang yang dihidangkan dihias dengan begitu baik sehingga ia nampak sebagai kebaikan dan trend hidup masa kini. Ramai yang rasa kalau tidak mengikut trend tersebut seolah-olah ketinggalan zaman.


Kemusykilan atau pertanyaan