Kisah Adam dan Hawa Keluar Dari Syurga

Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. (Baqarah: 35)

Kisah ini diulang-ulang dalam Al-Quran untuk mengingatkan manusia bahawa iblis itu adalah musuh mereka. Syaitan telah bersumpah dengan menggunakan nama Allah bahawa Allah melarang mereka makan buah itu kerana tidak mahu mereka kekal di dalam syurga dan menjadi malaikat.

Al-A’raf [20] Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).

[21] Dan dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.

[22] Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?

[23] Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.

Sebenarnya Allah telah memberi amaran bahawa syaitan itu adalah musuh mereka. Namun Allah memaafkan nabi Adam kerana beliau terlupa.

Taha [115] Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud, melainkan Iblis, dia enggan sujud. (116) Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita. (117)

Nabi Adam berasal dari tanah. Oleh kerana buah khuldi  yang di makan itu tidak dapat dihadamkan, beliau terpaksa berpuasa selama 30 hari. Kita puasa samada 29 atau 30 hari. 29 mengikut syariat nabi Muhammad. Hanya sekali baginda puasa selama 30 hari. Puasa itu dikenakan ke atas perut, kerana itu apa-apa yang masuk dari mana-mana rongga yang sampai ke perut maka terbatallah puasa.

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati). (Baqarah:36)

Nabi Adam tergelincir, bukan sesat atau bersalah. Beliau dilupakan oleh Syaitan dan juga terpengaruh dengan pujukan Siti Hawa.

Setelah Nabi Adam a.s. dikeluarkan dari syurga, dan beliau sampai ke dunia, iaitu di pulau Serindik (Sarandib), yang dikenali dengan Sri Lanka sekarang ini. Siti Hawa pula diturunkan di Jeddah. Akhirnya mereka bertemu di Jabal Rahmah. Setelah bertemu mereka memperkenalkan diri masing-masing. Namun kedua-duanya bertanya-tanya di antara satu sama lain apakah benar itu Adam dan itu Hawa sedangkan pada masa itu tiada manusia lain. Ada hikmah mengapa mereka dikeluarkan dari Syurga. Jika tidak Firaun pun akan mengatakan dia juga lahir di syurga.

Namun Allah juga telah memberi hidayah (petunjuk) untuk kita kembali ke syurga, sepertimana Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga.

Baqarah [38] Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

26 Respons to “Kisah Adam dan Hawa Keluar Dari Syurga”

  1. amalina Says:

    harapnya, persoalan ini x mengambil masa yang lama utk ketemukan jawapannya. soalannya begini.
    “syaitan tidak menunjukkan rupanya yg sebenar ketika memujuk Hawa untuk makan buah khuldi. apakah bentuk jelmaan syaitan pada ketika itu? ular ke?”

    • sulaiman Says:

      Syaitan menjelma sebagai seorang lelaki tua, berjanggut dan berserban. Syaitan menggunakan ular untuk masuk ke dalam syurga.

    • are_ma lie_na Says:

      memang betul kew nabi adam diturunkan di sri lanka ??
      lepas tu pulak hawa pulak di jeddah ??
      dalam jejak rasul pun mereka ckp x pasti ..

  2. nur Says:

    sebenarnya apakah nama tempat nabi adam dan hawa diturunkan???

  3. wiska ponia hidayati Says:

    sebenar nya apa sih yang dimaksud buah quldi t ?
    dan knpa nabi adam di lrang memkan nya !

  4. saudara yang masih jahil Says:

    ehm, saya nak tau secara spesifik macam mana Adam dan Hawa bertemu kembali. dan apa sebabnya mereka perlu perkenalkan diri masing-masing di bumi walaupun sudah kenal di syurga ?

  5. Mohamad Shahnaz Says:

    Dari pengetahuan saya, setelah diturunkan ke dunia ini di tempat yang berbeza… akhirnya Adam a.s dan isterinya Hawa dipertemukan semula di Arafah. Sebab itulah salah satu rukun dalam ibadah Haji ditetapkan untuk berhimpun di padang Arafah. Di antara sebabnya adalah memperingati peristiwa tersebut. Wallahu a’lam…

  6. Mohamad lukhman hakim Says:

    Sbenarnya buah kuldi itu adalah telengkung kita. .kerana pada masa itu

  7. Azahari Kuzaifah Says:

    kalau nk tahu semua jawapan…tu jadi lah hambaALLAH yg soleh….bila kembali pada nya semua jawapan akan terjawab…so jaga je ibadah smua.

  8. Tanpa Nama Says:

    Seronok la cerita ini:-) bagus 2

  9. Tanpa Nama Says:

    kisah nie memang best

  10. Tanpa Nama Says:

    sya ajar ank2 thn satu.. mcm soalan yg tiada dlm buku mereka soal.. bile ade blog cengini.. terima kasih bnyk.. sbb ianya sgt membantu..

  11. muslim Says:

    bukankah Al-Quran mmpunyai mksud tersirat?

  12. Tanpa Nama Says:

    Nabi Adam Dan Hawa

  13. hmmm blm tau sieh...? Says:

    hmmm aku bloem ngrti ne..knpa iblis tdk mau brsujud kpda adam dan ia ingin mgg0da adam dan istrix ke jln yg sesat..? yb Adyte syapoetra

  14. Adyte Saputra Says:

    Knpa nabi adam di ciptakan dari tnah dan siti hawa dari tulang rusukx..??

  15. Tanpa Nama Says:

    bgus bgt kisahnya beri kisah yang lain donk
    ustad atau ustadzah

  16. mohamed rahmat Says:

    Mengapakah Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga sedang telah dijanjikan jika kita masuk syurga akan kekal selama-lamanya?


Kemusykilan atau pertanyaan