Bersedekahlah Mengikut Kemampuan dan Keikhlasan

Hadiah Allah ke atas mukmin ialah dengan mendatangkan peminta sedekah di depan pintu rumahnya. Setiap peminta (sedekah) mempunyai haknya, sekalipun dia datang dengan menunggang kuda. Maka banyakkanlah bersedekah kerana sedekah menyejukkan Alam Barzakh yang panas. Sedekah juga menutup pintu keburukan dan sedekah tidak akan mengurangkan harta sebaliknya ia menambahkan harta.Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadiah Allah ke atas mukmin ialah peminta sedekah di depan pintu rumahnya” (Riwayat Khatib) Peminta sedekah yang datang ke rumah mukmin (orang-orang Islam yang baik) ialah pemberian daripada Allah kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk keluar mencari dan memberi sedekah. Maka janganlah lepaskan peluang ini untuk mendapatkan rahmat Allah. Berilah sedekah mengikut keikhlasan hati kita. Tanyallah hati sebanyak mana yang kita ikhlas untuk bersedekah. Semasa bersedekah, berkemungkinan kita akan tertipu.  Penipuan yang dilakukan itu adalah di antara peminta sedekah dengan Allah, dan “dia punya pasallah”. Kita yang memberi adalah kerana Allah semata-mata.

Dalam hadis juga ada disebut : “Jika peminta sedekah itu datang dengan menaiki tunggangan; terpulang kepada kamu, kalau hendak beri maka berilah dan jika tidak, jangan berkata apa-apa”.

Setiap peminta (sedekah) mempunyai haknya, sekalipun dia datang dengan menunggang kuda (Hadis daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a., dikeluarkan oleh  Malik, Ahmad, Abu Daud, Ibn Khuzaimah, al-Baihaqi, Abu Ya’la dan al-Thabarani, )

Jika peminta sedekah datang dengan menaiki motor atau kereta, kemudian meletakkan (parking) kenderaanya di tempat yang jauh,  maka terpulanglah kepada kita samada hendak memberi sedekah atau tidak. Jika tidak mahu beri sedekah, berdiam sahajalah dan janganlah pula mengata-ngata orang itu. Mungkin juga dia kehabisan wang untuk mengisi minyak motor atau keretanya.

Banyakkan Bersedekah

…..dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Sedekah Menyejukkan

Dalam hadith lain disebut, “banyakkanlah sedekah kerana ia menyejukkan kamu di Alam Barzakh”. Salah satu diantara 7 manusia yang dilindungi panas di hari Kiamat ialah “Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi (disedekahkah) oleh tangan kanannya”

Sedekah Menutup Pintu Keburukan

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sedekah akan menutup tujuh puluh pintu keburukan“ (HR.Thabrani ). Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda,  “Sedekah dapat menolak 70 macam bencana, yang paling ringan diantara bencana itu adalah penyakit kusta dan sopak“  (HR.Thabrani ).

Tidak Berkurang Harta Tetapi Bertambah

Sesungguhnya tidaklah dengan sedekah itu mengurangkan harta sebagaimana sabda baginda “Tidaklah berkurang harta itu dengan sedekah”(Hadis riwayat Tirmidzi). Sebaliknya Allah akan mengganti setiap yang disedekahkan atau yang dikeluarkan zakat.

Saba [39] : Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :” Tidak akan binasa harta yang dilaut ataupun di darat melainkan dengan menahan (tidak mengeluarkan) zakatnya.”

Orang Yang Berjaya Suka Bersedekah

…sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hashr:9)

Namun berpada-padalah dalam memberi:

Furqan [67] : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

3 Respons to “Bersedekahlah Mengikut Kemampuan dan Keikhlasan”

  1. Bersedekahlah Mengikut Kemampuan dan Keikhlasan (via Nasbun Nurain) « I come, see & post. Says:

    […] Hadiah Allah ke atas mukmin ialah peminta sedekah di depan pintu rumahnya. Setiap peminta (sedekah) mempunyai haknya, sekalipun dia datang dengan menunggang kuda. Banyakkan sedekah kerana ia menyejukkan Alam Barzakh yang panas. Sedekah menutup pintu keburukan dan sedekah tidak mengurangkan tetapi menambahkan harta.Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadiah Allah ke atas mukmin ialah peminta sedekah di depan pintu rumahnya” (Riwayat Khatib) Peminta sedek … Read More […]

  2. Bersedekahlah Mengikut Kemampuan dan Keikhlasan - Tanya Ustaz Says:

    […] Nasbunnuraini (function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) […]

  3. mat daud bin mat jedin Says:

    silalah email saya untuk membantu kami menguruskan anak anak yatim yg diamanahkan kpd kami. alamat saya: pertubuhankebajikannurqalbi@gmail.com. semoga ianya menjadi wadah kita mengamalkan ilmu yang Allah anugerahkan bersama sama. amin ya Rabb


Kemusykilan atau pertanyaan