Dengar muzik di syurga bukan di dunia

Dikirim dalam Muzik. 8 Comments »

Soal jawab tentang muzik 2

Dikirim dalam Muzik. Leave a Comment »

Soal Jawab Tentang Nyanyian dan Muzik

Dikirim dalam Muzik. 6 Comments »

Syaitan dan muzik

NYANYIAN DAN MUZIK MENURUT AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH

Dikirim dalam Artikel, Muzik. 22 Comments »

Muzik

Syarat untuk masuk ke syurga ialah menjauhkan dari perkara yang lagha (melalaikan) seperti majlis yang ada muzik di dalamnya:-

Mukminun [3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

Luqman [6] Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

Syaitan ambil peluang atas nafsu buruk yang tercetus. Syaitan juga berada di dalam majlis yang di dalamnya ada aurat yang di buka dan muzik di mainkan. Syaitan berasal dari syurga, dengar muzik di syurga lalu mengajar cucu Habil muzik. Allah berkata kepada syaitan supaya menggunakan suaranya untuk goda manusia:-

Isra [64] Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu;

Imam Syafie mengharamkan 6 jenis alat muzik. Ke empat-empat mazhab sepakat muzik haram hukumnya. Cuma ilmuan dan cendekiawan islam sekarang yang mengharuskannya.

Muzik harus apabila ada kepentingan negara, berdakwah di negara bukan Islam sahaja.

Muzik tempatnya di syurga..untuk dengar muzik di sana, seeloknya tidak dengar di sini. Istigfarlah selepas mendengar muzik. Mana tahu ada dosa disebaliknya. Hiburan dan hari raya yang paling besar ialah syurga.

Ada juga kitab-kitab yang mengharamkan muzik walaupun di sertai zikir. Sesetengah tariqat menggunakan muzik sambil berzikir, namun muziknya adalah minima iaitu sekadar satu paluan sahaja.

Ada yang berhujah nabi membenarkan paluan gendang semasa peristiwa hijrah. Namun sebenarnya nabi cuma menyuruh membuat paluan dan bunyi bising untuk menghebahkan peristiwa itu dan bukannya muzik yang berirama seperti sekarang. Lagipun belum mantap hukum pada waktu itu.

Ada yang berhujah nabi membenarkannya menggunakan hadith :

Riwayat dalam shahih Bukhari  dan  Muslim  bahwa  Abu  Bakar pernah masuk ke rumah Aisyah untuk menemui Nabi saw., ketika
itu ada dua gadis di sisi Aisyah yang sedang menyanyi,  lalu Abu  Bakar  mengherdiknya serta berkata: “Apakah ada seruling setan di  rumah  Rasulullah?”  Kemudian  Rasulullah saw. menjawab: “Biarkanlah  mereka, wahai Abu Bakar, sesungguhnya hari ini adalah hari raya.”

 

Sebenarnya pada masa itu Islam masih belum mantap. Semasa Nabi berada di Mekah, fokusnya ialah kepada akidah. Hukum-hakam dimantapkan hanya setelah nabi berhirah ke Madinah. Jika muzik itu halal, mengapa nabi diutus untuk menghancurkan alat muzik:

Hadith riwayat Abu Umamah, sabda Nabi SAW… Sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku sebagai rahmat ke seluruh alam dan memerintahkan aku menghapuskan seluruh alat-alat muzik dan serunai.

Umat Muhammad yang hidup mengikut nafsu, terlibat dalam muzik dan arak secara gila-gila, Allah akan tukar mereka (masakh) menjadi babi dan kera.

Dari Abi Malik Al-AsSyaari, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Satu golongan daripada umatku akan minum arak, mereka menamakan arak bukan dengan namanya. Alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita dimainkan di atas kepala-kepala mereka lantas Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah menjadikan daripada kalangan mereka bertukar menjadi kera dan babi (Riwayat Ibnu Majah)

Dikirim dalam Muzik. 2 Comments »

Nyanyian tanpa muzik

Hiburan yang paling hebat adalah bila masuk syurga. Itulah yang paling besar. Ahli syurga kenal rumahnya di sana lebih dari dia mengenali rumahnya di dunia.

Dalam satu hadis – tidak akan berlaku kiamat sehingga manusia makan hasil dari lidahnya (nyanyian). Nyanyian yang dibenarkan dalam Islam adalah nyanyian tanpa muzik memuji Allah, Nabi, syurga dan apa sahaja yang baik sepertimana percakapan. Kesemua 4 mazhab mengatakan muzik adalah tidak baik dan haram.

Hadith riwayat Abu Umamah, sabda Nabi SAW… Sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku sebagai rahmat ke seluruh alam dan memerintahkan aku menghapuskan seluruh alat-alat muzik dan serunai.

Fugsi mulut adalah untuk zikir dan makan. Haram memuaskan nafsu suami isteri dengan menggunakan mulut kerana ia digunakan untuk berzikir, membaca quran… Di padang mahsyar semua anggota menjadi saksi termasuk mulut, kulit.

Semut dan katak juga berzikir kepada Allah. Jangan bunuh mereka.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?

Dikirim dalam Muzik. Leave a Comment »

AURAT

MALAIKAT lari bila manusia membuka AURATNYA.Syaitan datang bila manusia buka AURAT.Syaitan memperdaya Nabi ADAM melalui isterinya HAWA supaya makan buah larangan di SYURGA agar NABI ADAM jatuh ke DUNIA dan terbuka AURATnya.

Ta-Ha [120] Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap? [121] Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).

Syaitan juga suka Majlis yg ada MUZIK, buka AURAT.

Kisah wali ingin dengar muzik

Alkisah ada seorang Wali bekerja sebagai seorang tukang masak. Kemudan beliau terdengar ada konsert akan diadakan di tempat nya. Beliau ingin cuba ke konsert itu mendengar muzik tapi dalam masa yang sama beliau ingin berzikir mengingati ALLAH.

Lalu setelah habis bekerja dia bersiap-siap untuk ke konsert itu. Di tengah jalan, dia bertemu dengan seorang tua. Orang tua itu berkata ” Najis tidak boleh dibersihkan dengan najis” Sedarlah lelaki tukang masak itu maksud orang tua tadi. Mana mungkin berzikir kalau sudah dilalaikan dengan muzik. Begitulah, ALLAH tegur seorang WALI melalui WALI yang lain.

Muzik itu asalnya dari syaitan..

Satu pandangan berbeza mengenai muzik:-

Muzik itu asalnya dari syaitan..

Syaitan mengajar muzik kepada cucu Qabil.

Muzik itu HARAM pada pendapat 4 mazhab.
4 IMAM BESAR, Hanafi, Syafie, Maliki, Hambali, Hanafi..mengharamkannya.
Cuma cendekiawan islam sekarang yg mengharuskannya..

Lebih selamat ikut ulama terdahulu…ulama dahulu tidak menonton TV, ASTRO.

Zaman Nabi pun ada paluan gendang?
Muzik dan paluan adalah 2 benda berbeza.
Paluan adalah sekadar memukul untuk membuat bunyi bising.
Muzik adalah bunyi yang berirama, mempunyai melodi..

Zaman Nabi..paluan gendang hanyalah untuk membuat bunyi bising tanpa irama.
Bertujuan membuat pengumuman perkahwinan.

Nabi juga pernah tertidor dalam perjalanan untuk pergi mendengar muzik.
ALLAH tidorkan NABI…untuk menghalangnya.

Bila boleh guna muzik
Untuk kepentingan negara..umpama lagu negaraku, jalur gemilang
Untuk berdakwah dinegeri bukan ISLAM

Kesimpulan
Muzik itu tempatnya di SYURGA..
jadi kalau nak dengar muzik diSYURGA,
tak payah lah dengar muzik di DUNIA.

Janganlah terlalu selesa bila mendengar muzik..
ISTIGFAR..manalah tau ada dosa dalam mendengar muzik itu..
WALLAHU’ALAM..

Dikirim dalam Feqah, Muzik. Leave a Comment »