Elak Dosa Besar, Diampun Dosa Kecil

Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga). (An-Nisaa: 31)

Elakkan daripada melakukan dosa besar, agar Allah SWT mengampunkan dosa kecil secara automatik ( tanpa perlu bertaubat) kecuali dosa sesama makhluk dan dosa terhadap ibubapa terutamanya.

Dosa besar seperti meninggalkan solat kenalah  diganti dan bertaubat. Selain itu, mengumpat itu pula adalah dosa besar dan juga dosa sesama manusia.

Dosa terhadap Allah swt hanya memerlukan pengampunan melalui taubat, istigfar dan penyesalan. 

“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Baqarah:199)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya seorang hamba melakukan suatu perbuatan dosa tetapi apabila dia teringat perkara tersebut, maka dia merasa sedih; apabila Allah melihatnya benar-benar bersedih hati, maka dia mengampuni apa yang dilakukannya itu sebelum dia mengkifarahnya (menebusnya) tanpa melalui sembahyang dan tanpa berpuasa (Riwayat Ibnu Asakir melalui Abu Hurairah r.a.).

Penyesalan itu adalah taubat.”(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Dosa sesama manusia pula perlu dimaafkan oleh manusia sendiri. 

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:”Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya;bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal salih, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal salih, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya.”
Minta maaf dari sekarang jika ada melakukan kesalahan terhadap orang lain supaya tidak muflis di akhirat nanti. Muflis akibat habis pahala kebaikan diambil dan terpaksa pula menanggung dosa kejahatan orang lain (sekiranya tidak cukup pahala untuk membayarnya).

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda “Tahukah kamu siapakah dia orang Muflis? ” Sahabat-sahabat Baginda menjawab: “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda;” Nabi s.a.w., bersabda: “Sebenarnya orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: