Bersedia dan bersatu menentang musuh

Anfaal [60] Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.

a) Wajib negara orang Islam melengkapkan persiapan senjata setakat yang termampu untuk menakutkan orang kafir. Orang Islam sanggup mati untuk agamanya. Orang Kafir tidak berani kerana mereka tiada tunjang keimanan. Juga wajib untuk membuat dan keluarkan sendiri senjata supaya tidak bergantung kepada negara bukan Islam.

b) Orang Islam juga kena bersatu padu. Haram tidak bertegur sapa sesama Islam selama tiga hari. Dari tak bertegur sapa boleh jadi berpecah belah dan akhirnya lemah umat Islam. Kata pepatah Melayu, “Bersatu teguh, bercerai roboh”. Kekuatan itu ada dalam kesatuan.

c) Kisah perang Ahzab.

Orang Kafir sudah mula bersatu pada masa itu untuk menentang Islam kerana mereka tahu kekuatan ada dalam kesatuan. Nabi minta cadangan sahabat mengenai strategi perang. Sahabat yang muda syorkan perang secara guerilla. Sahabat yang tua cadang agar tunggu di lorong-lorong dan serang bila Kafir masuk. Akhirnya Nabi terima cadangan Salman Al-Farisi (orang Iran) supaya membina parit. Semasa membuat parit, Nabi terpaksa mengikat batu di perut untuk menahan lapar. 2 hari tidak makan. Kata sahabat yang turut sama tidak makan “Kamilah orang yang telah buat bait (janji setia) di atas jihad, selagi ada nyawa kami. Kami tidak berjanji untuk dapat roti (makanan).

Kekuatan Nabi s.a.w (zahir dan batin) sama dengan kekuatan 40 orang lelaki. Batu yang tidak dapat dipecahkan oleh sahabat dipecahkan oleh Nabi.

Nabi juga menqada sembahyang Zohor, Asar dan Maghrib kerana membina parit untuk keselamatan umatnya. Bila sahabat tanya bagaimana nak qadha (sebab mereka tak pernah tinggal sembahyang), Nabi jawab “Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang”. Dibuat azan sekali pada waktu Isya’, qamat, Sembahyang Zohor, qamat, Sembahyang Asar, qamat, Sembahyang Maghrib, qamat, Sembahyang Isya’. Dalam mazhab Hanafi, Hambali dan Syafie qamat lebih afdal daripada azan kerana Rasulullah s.a.w tidak pernah tinggal qamat. Setelah 2bulan berperang, Nabi berdoa dengan satu doa (dalam hadis riwayat Abdullah Bin Umar) selama 3 hari. Ahkirnya ribut hitam melanda, bertabur pasir di sebelah musuh, memusnahkan khemah Kafir dan menanglah orang Islam. Imam Syafie juga berdoa dengan doa yang sama, beliau selamat dari dibunuh oleh raja pada masa itu, sebaliknya raja tersebut memberi duit kepada Imam Syafie.

d) Pupuklah hati dan semangat orang Islam supaya sayang ugama dan negara. Bersedialah kerana malang tidak berbau. Tuhan kata ada 2 Umat sahaja iaitu umat Islam dan Kafir (walaupun terpecah-pecah kepada bermacam-macam jenis). Keturunan Nabi Adam asalnya satu, kemudian berpecah-pecah dan akhirnya akan kembali menjadi satu, balik kepada Allah.

Anbiya [92] Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku. [93] Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).[94] Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang dia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya

Mukminun [52] Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertakwalah kamu kepadaKu. [53] Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan agama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.

2 Respons to “Bersedia dan bersatu menentang musuh”

  1. Kenapa Umat Islam Lemah « Nasbun Nurain Says:

    […] padu. Kerajaan Islam di Andalusia jatuh ke tangan Kristian kerana pemimpin-pemimpin Islam tidak bersatu, bahkan mereka bekerjasama pula dengan pihak Kristian untuk menjatuhkan sesama […]

  2. Umat Islam Perlu… | Nasbun Nurain Says:

    […] padu. Kerajaan Islam di Andalusia jatuh ke tangan Kristian kerana pemimpin-pemimpin Islam tidak bersatu, bahkan mereka bekerjasama pula dengan pihak Kristian untuk menjatuhkan sesama sendiri.Dalam Islam, […]


Kemusykilan atau pertanyaan