Imam Mahdi – saat kiamat

Siapakah Imam Mahdi?

Dari Abdullah Bin Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

Tidak akan lenyap dunia ini hingga Arab dikuasai oleh seseorang dari keluargaku yang namanya menyamai namaku. Dalam riwayat lain oleh Abu Daud: Namanya menyamai namaku dan nama bapanya menyamai nama bapaku (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)

Terdapat 40 hadith tentang Imam Mahdi. Imam Mahdi tetap akan datang walaupun sehari sebelum kiamat. Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas’ud dari pada Nabi SAW sabdanya:

Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”

Namanya Muhammad Bin Abdullah seperti nama nabi s.a.w. Imam Mahdi ialah keturunan Nabi dari cucunya Sayyidina Hassan (anak kepada Sayyidiana Ali dan Fatimah r.a.)

Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Imam Mahdi daripada keturunanku daripada anak Fatimah

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah bersabda:

Mahdi itu dari keturunanku, luas dahinya, tinggi hidungnya(mancung). Ia akan memerintah bumi dengan penuh kejujuran dan keadilan sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan. Ia memerintah selama 7 tahun. Riwayat Abu Daud.

Kisah Imam Mahdi, Nabi Isa, Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj

Imam Mahdi akan muncul di kota suci Mekah membuat tawaf di sekeliling Kaabah. Di situ beliau akan dikenali (sebelum itu semasa diperjalanan beliau tidak dikenali). Orang ramai di Mekah dan Madinah akan berbaiah dengannya. Beliau akan berjuang di Syria memimpin Islam melawan Kristian. Kristian mengatakan “Nabi Isa yang benar” manakala Islam mengatakan “Nabi Muhammad yang benar.

Imam Mahdi akan keluar dari Khurasan (samada di Iran atau di Afghan) manakala Dajjal keluar dari Iraq. Dajjal akan keluar setelah keluarnya Ya’juj dan Ma’juj.

Ya’juj dan Ma’juj ialah manusia dari keturunan Nabi Nuh iaitu anaknya yang bernama Yafis. Fizikalnya hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

Ya’juj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:

Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:

Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.

Pada masa itu Imam Mahdi telah ada.

Semasa Dajjal keluar mengamuk, orang Islam sedang sembahyang Asar berjemaah di satu masjid di Damsyik, turun Imam yang diletakkan di menara masjid iaitu Nabi Isa. Imam Mahdi menyuruh Nabi Isa menjadi imam dan sebaliknya, berlaku tolak-menolak sehinggalah akhirnya Imam Mahdi menjadi imam sembahyang asar. Selesai sembahyang, Nabi Isa keluar mencari Dajjal.

Dajjal tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah. Tiap-tiap jalan pintu masuk ditunggu oleh malaikat. Dajjal tidak nampak kerana hanya bermata satu. Malaikat memusingkan Dajjal apabila ia menuju ke pintu masuk. Setelah Dajjal melihat Nabi Isa, ia berlari sekuat hatinya hingga akhirnya Nabi Isa akan membunuh Dajjal dengan lembing yang dibawanya dari langit.

“Ia memerintah selama 7 tahun“.

Selepas 7 tahun Imam Mahdi memerintah, Nabi Isa pula akan memerintah di bumi dan menegakkan keadilan sampai wafatnya selama 40 tahun selepas berkahwin dan mendapat beberapa orang anak dan dikebumikan bersebelahan maqam Nabi s.a.w. (Sebelah maqam Rasulullah telah dikosongkan untuk Nabi Isa, penegak syariat Nabi Muhammad s.a.w di akhir zaman)

Dikirim dalam Hadith, Kiamat. 31 Comments »

31 Respons to “Imam Mahdi – saat kiamat”

  1. eD Says:

    (Tembok Ya’juj & Ma’juj terbuka)

    “…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97

    Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut dan tiada yang mampu menebuk tembok kecuali apabila Allah swt mengizinkan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan.

    Sebaliknya dan di dalam satu hadis, Nabi bangkit dari tidur [dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi], lalu berkata, “Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Ya’juj dan Ma’juj telah menembusi tembok seluas ini.” Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk.

    Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

    Tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu bermaksud jika Allah swt tidak mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan. Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah.

    Bersambung di http://muslimvillage.wordpress.com/2009/07/10/gog/

  2. sulaiman Says:

    Tembok itu tidak boleh ditembusi kalau lubangnya sebesar ibu jari dan jari telunjuk. Yakjuj dan Makjuj hanya dilepaskan di akhir zaman, (ketika Nabi Isa a.s. diturunkan kembali) lihat hadis di bawah:-

    Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-

    Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”

    Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”

    Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).

    Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.

  3. eD Says:

    “…tidak dapat MENEBUKNYA…”; al-Kahfi:97

    • faris Says:

      saya dengar imam mahdi itu adalah sayidi sheikh muhammad bin abdullah as suhaimi..berasal dari timur,berketurunan RASULULLAH S.A.W..

  4. sulaiman Says:

    Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:

    Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.

  5. Kenapa Umat Islam Lemah « Nasbun Nurain Says:

    […] itu umat Islam lemah kerana tiadanya pemimpin yang mampu menyatukan semua umat Islam. Kerana itulah Imam Mahdi diutuskan di akhir zaman untuk […]

  6. fiza Says:

    siapakah yg akan berkahwin dgn Nabi Isa pda ktika itu..??

  7. Sonyamahyaj Says:

    Subhanallah ya allah smg org2 yg beriman slm dri hasutan dajjal yg terkutuk..amiin

  8. muhammad izuan Says:

    siapakah yang akan bersama nabi isa a,s dan imam mahadi melawan dajjal…..

  9. man Says:

    knpe dajjal akn muncul dakat iraq?

  10. sp suhada Says:

    saya berpendapat kedatangan imam mahdi yang disamakan dengan nabi Isa as untuk melawan dazal adalah bertentangan dengan Al Qur an
    surat 4 ayat 159

  11. andi muhammad Says:

    bagaimana sikap negara adikuasa seperti Amerika atas pengakuan dajjal sebagai tuhan?

  12. mohdzainuddinKL Says:

    subhanallah …. begitu tertariknya saya dengan cerita ini… moga allah menemui hidayah kepada saya..

  13. khairul env Says:

    bukan ke nabi isa jadi mAKMUN kepada imam MAHDI???????????????????????????????????????????????????????????

  14. WikyuuRa Says:

    nice.

  15. Ida Kamal Says:

    sy baru je berhijrah dan masih brusaha mencari dan mengumpul pengetahuan dan sngt tertarik dgn kisah ini..j
    bagaimane keadaan ketika itu disaat pembanggunan makin maju dan pesat.. banggunan tinggi dan moden plak tu.. x tergambar keadaan itu melainkan adekah ia bertukar menjadi seperti zaman dahula kala (zaman para nabi).. kalau x brtukar tentu kecoh keadaana dengan teknologi2 yg ada spt di youtube,internet,tv dan lain2…
    ( maaf hanye persoalan dari hamba yg jahil :) )

  16. Wawin F Says:

    dajjal/anti christ/lucifer ruled all country trough banking system that all country used today , they used that moneytary banking system (dajjal/anti/lucifer christ get fund for free) to divide,funding war, slave,opression,murder & counquer each individu in all country , God said that in Golden Age All Will Be Free No more price tag , to eat, to feed your kid ,to get education , to travel,to work & to pray , all money system will be erased !!! , free energy will be produced & used world wide.

  17. muhammad Says:

    baru2 niey sy dpt hidayah , sy dpt tgk gambara kiamat . Persoalannya apakah tanda hidayah itu .

  18. Tanpa Nama Says:

    mengapa ktika dajjal dibebaskan, smua energi magnet menghilang?
    bkn kah,.. allah swt telah membrikan suatu kelebihan(smacam sihir) boleh memerintahkn bumi slama ia hidup(40hr)?

  19. nai Says:

    mengapa ktika dajjal dibebaskan, smua energi magnet menghilang?
    bkn kah,.. allah swt telah membrikan suatu kelebihan(smacam sihir) boleh memerintahkn bumi slama ia hidup(40hr)?

  20. Umat Islam Perlu… | Nasbun Nurain Says:

    […] itu umat Islam lemah kerana tiadanya pemimpin yang mampu menyatukan semua umat Islam. Kerana itulah Imam Mahdi diutuskan di akhir zaman untuk […]


Kemusykilan atau pertanyaan