Sujud sahwi ialah sujud yang dilakukan disebabkan terlupa melakukan sesuatu sunat ab’ad semasa sembahyang seperti tertinggal tahiyyat awal.
Waktu bila sujud sahwi perlu dilakukan, samada sebelum atau selepas memberi salam?
Dalam Mazhab Syafie, sujud sahwi dilakukan sebelum memberi salam.
Dari Abdullah Bin Buhainah r.a., bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam mereka mengerjakan sembahyang, lalu Baginda bangun sesudah rakaat yang kedua dan tidak duduk (untuk membaca tahiyyat awal); orang ramai pun bangun bersama-sama dengannya (meneruskan sembahyang) sehingga apabila Baginda selesai sembahyang dan mereka menunggu salamnya, baginda bertakbir semasa duduk, dan Baginda sujud dua kali (sujud sahwi) sebelum memberi salam, kemudian barulah Baginda memberi salam.
2 kali sujud itu selepas membaca tahiyyat akhir…maksudnya:
1) sujud biasa 2 kali
2) membaca tahiyyat akhir
3) sujud sahwi 2 kali
4) memberi salam..
Dalam Mazhab Hanafi, sujud sahwi dilakukan selepas memberi salam.
Dari Ibnu Mas’ud, r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sembahyang Zohor lima (5) rakaat, lalu Baginda ditanya oleh para jemaah: “(Ya Rasulullah) adakah bilangan rakaat sembahyang telah ditambah?”
Baginda pula bertanya: “Mengapa (kamu berkata) demikian?”
Mereka menyatakan : Tuan telah mengerjakan sembahyang lima rakaat”
(Mendengarkan itu) Baginda pun sujud (sujud sahwi) dua kali selepas salam.
(Hadis Shohih- Riwayat Bukhari dan lain-lainnya)
Manakala Mazhab Maliki pula bergantung samada terlebih atau terkurang bilangan rakaat pada sesuatu sembahyang. Jika terkurang rakaat, sujud sahwi dilakukan sebelum salam. Jika terlebih rakaat, maka sujud sahwi dilakukan selepas salam.
Doa Sujud Sahwi (Dibaca semasa/dalam sujud)


Februari 4, 2008 at 7:11 am
Perlu kah sujud sahwi apabila tidak baca doa qunut semasa solat subuh. Setengah Imam mmg x baca doa qunut utk Solat Subuh.
Februari 4, 2008 at 8:20 am
Nabi s.a.w bersabda ‘dijadikan imam untuk diikuti”. Jadi ikutlah imam samada dia baca qunut atau tidak.
Februari 5, 2008 at 9:26 am
Bagaimana pula jika solat subuh berseorangan. Perlu kah sujud sahwi jika tinggal doa qunut. Sebab ada ustaz2 kata x perlu doa qunut. Nabi buat doa qunut masa ada kesusahan/masalah.
Februari 6, 2008 at 8:14 am
Tidak perlu. Bila ditanya apa dalil qunut, Imam syafie kata dia cuma mahu mengekalkan apa yang Nabi pernah buat sahaja, tiada dalil khusus. Nabi melakukan qunut selama sebulan sahaja, Nabi buat qunut cuma sebulan (semasa orang Islam yang dihantar untuk berdakwah disatu tempat dibunuh secara zalim) kemudian ditinggalkan.Amalan yang terbaik ialah amalan terakhir Nabi s.a.w. sebelum baginda wafat.
Beza mazhab Syafie dan mazhab Hanafi ialah :-
- Syafie ikut “apa yang nabi buat, walaupun nabi tak suruh / order / perintah”.
- Mazhab Hanafi hanya buat apa yang nabi perintah. Kalau nabi tak suruh, mereka tidak buat.
Qunut yang nabi sentiasa buat ialah pada waktu Solat Witir sahaja. Mazhab lain tidak melakukan qunut pada waktu Subuh kerana Nabi tidak suruh.
Oktober 23, 2011 at 11:43 am
saidatina aisyah riwayat:: Nabi qunut sehingga akhir hayat.
Oktober 23, 2011 at 9:23 pm
Qunut Subuh ke Witir tuan? Yang saya belajar qunut sehingga akhir hayat itu qunut witir.
November 21, 2011 at 9:50 am
bukankah dalam mazhab syafie, sunat melakukan sujud sahwi kalau terlupa baca qunut solat subuh?bukankah kita di Malaysia bermazhab Syafie?
November 21, 2011 at 10:02 am
Betullah tu En.Senik..
Apa yang dibincangkan di sini adalah untuk tujuan ilmu.. Contohnya kalau kita lihat orang luar yang datang ke Malaysia dan mereka melalukan sesuatu yang berbeza dari Mazhab Syafie, kita tidak boleh mengatakan mereka salah kerana mereka mungkin ikut mazhab lain.
Julai 25, 2008 at 7:56 am
Apa yg menjadi musykil..adakah bacaan semasa sujud sahwi seperti diatas???
Adakah Rasul s.a.w meriwayatkan pd para sahabat utk membaca bacaan seperti diatas semasa sujud sahwi????
Oktober 3, 2011 at 10:26 am
Ada dalam riwayat dan dibaca oleh Baginda..
Mac 20, 2012 at 3:41 am
boleh terangkan riwayat yg mana dan bila dibacakan oleh baginda? maaf hnya nak kepastian
Julai 31, 2008 at 11:19 am
Bacaan dalam sujud sahwi adalah sama dengan bacaan sujud dalam solat. Lafaz bacaan yang sabit dengan hadis yang sanad yang lebih kuat ialah “subhana rabbiyal a’la.” (Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuhu, Dr Wahbah Az-Zuhaily, 120/2, terbitan DBP).
Manakala dari Mastika Hadith Jilid 2 pula:
Tidak ada hadis yang menerangkan tentang bacaan khusus yang dibaca dalam sujud sahwi, cuma ada baiknya dibaca bacaan ” Subhana malla yana mu wala yashu…menurut huraian ulama di dalam kitab Raudah At-Tholibin, Tanwir Al-Qulub dan Munyatil Musolli
September 17, 2010 at 9:11 pm
jikalau kita sembahyang wajib, dan kita lupa atau confuse kita dah buat rakaat berapa, spt confuse dah buat 3 atau 4 rakaat utk solat zohor, boleh buiat sujud sahwi ke?
dan utk sujud sahwi, kalau niat tu kita baca niat guna bahasa melayu diterima x?
September 19, 2010 at 9:57 pm
Kalau lupa 3 atau 4, ambik yang kurang iaitu 3, kemudian sujud sahwi.
Sujud sahwi tu tak perlu baca niat, cuma baca doa seperti di atas, kalau tak ingat juga baca tasbih seperti tasbih dalam sujud iaitu subha narabbiyal a’la.
Mei 3, 2011 at 5:28 pm
Salam.. nak tanya, bagaimana jikalau tertambah 2 sujud sahwi menjadi 3 kali sujud. Asalnya tak ingat berapa kali sujud kemudian terus buat 3 kali sujud. Bila check semula.. rupanya 2 kali sujud sahaja. Sah tak Solat yg mula-mula tu? Atau kena solat semula?
Mei 4, 2011 at 11:52 am
Sah..terlebih takpe, jangan terkurang..
Julai 3, 2011 at 7:59 am
Assalamualaikum wbt
Selepas melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam kita perlu duduk iftirasy atau duduk tawarruk?
Julai 15, 2011 at 4:06 pm
Waalaikummussalam,
Bergantung pada kaedah duduk tahiyyat akhir mazhab..
Mazhab Syafie memilih duduk tawarruk.
Mazhab Hanafie memilih dudul iftirasy (bagi makmum atau sembahyang individu), duduk tawarruk bagi imam.
Ogos 23, 2011 at 2:01 pm
Adakah tetap sah Solat Fardhu Subuh TANPA Doa Qunut?
Ogos 23, 2011 at 2:17 pm
Ya, tetap sah solat subuh tanpa qunut kerana hukumnya sunat dalam mazhab Syafie.
Ogos 29, 2011 at 11:11 am
selepas membace niat sujud sahwi semasa sujud….bngun dan buadd ape? confuse!
September 2, 2011 at 4:56 pm
bangun dan beri salam..
September 6, 2011 at 8:23 am
Assalamualaikum En Sulaiman. Saya minta kebenaran share di blog saya.
http://irwannarzaimal.blogspot.com/
September 20, 2011 at 3:59 am
tumpang tanya,kita sujud dua kali tu lepas sujud biasa (sujud bangun antara dua sujud dan sujud sekali lagi ke? mksudnya kita buat 4kali sujud (2 sujud biasa 2 sujud sahwi?)
September 20, 2011 at 8:10 am
2 kali sujud itu selepas membaca tahiyyat akhir…maksudnya:
1) sujud biasa 2 kali
2) membaca tahiyyat akhir
3) sujud sahwi 2 kali
4) memberi salam..
September 24, 2011 at 4:51 pm
asslm, maaf nk tnye,,, mksd 2 kali sjud mcm ni ke?
1) sujud, bgun kmdn sujud blk (2x sjud biasa)
2) bgun, sjud, bgun & sjud blk (2x sjud shwi)
3) bgun n bgi salam,,,
September 21, 2011 at 6:27 pm
Salam… duduk di antara 2 sujud sahwi nak baca apa?
Oktober 3, 2011 at 10:30 am
Tak payah baca apa-apa
September 24, 2011 at 5:21 pm
salam..
tumpang tanya,
adakah doa sujud sahwi ini sahih..kerana terdapat perdapat bahawa doa sujud ini tidak ada dalilnya dari hadis @ al-quran. selain itu terdapat pendapat para ulama menyatakan bacaan doa sujud sahwi sama seperti bacaan sujud solat. namun byk juga pendapat yg menyatakan doa sujud sahwi seperti yg En.sulaiman kongsikan, boleh tak bantu sy..?
Oktober 3, 2011 at 10:12 am
Salam, mengikut Tuan Guru Maulana bacaan tersebut ada dibaca oleh Rasulullah s.a.w. dan terdapat dalam hadith. Jika tidak ingat boleh juga dibaca bacaan tasbih yang biasa dilakukan semasa sujud. Kedua-duanya tiada masalah.
Oktober 20, 2011 at 4:53 pm
Assalamualaikum, saya nak tanya, semasa saya solat asar, sy terlebih 5 rakaat. kemudian, sy lupa untuk sujud sahwi. adakah sah solat saya? minta pandangan dari ustaz.
Oktober 21, 2011 at 8:30 am
Waalaikummussalam,
Sah walaupun tanpa sujud sahwi. Terlebih rakaat takpe, jangan terkurang.
November 13, 2011 at 2:09 am
Assalamualaikum…..ustaz saya nak tanya…adakah sah solat itu jika saya terkurang rakaat atau terlupa hingga tertinggal rukun solat tetapi tidak membuat sujud sahwi??…..bukankah sujud sahwi itu sunat???? Apa penjelasan ustaz??..MInta tunjuk ajar dari ustaz….
November 13, 2011 at 8:47 am
Waalaikummussalam,
Tidak sah jika terkurang rakaat, kena tambah dulu.Boleh baca di sini:
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/01/11/ragu-ragu-bilangan-rakaat/
Kalau tak buat sujud sahwi pun masih sah kerana ia adalah sunat.
November 14, 2011 at 6:36 pm
Assalamualaikum….. saya mcmni,saya terlupa salah satu perbuatan dalam solat,kemudian wat sujud sahwi… dalam sujud sahwi tu,saya mem baca subhanamallyana mualayashu.kemudian,yang keempatnya saya terbaca pula,subhanarabbiyalakla pla.. terlupa,sbb slalu baca… mcmtu ya.. mohon pndangan ustaz…
November 15, 2011 at 8:38 am
Waalaikummussalam,
Bergantung kepada apa yang saudara lupa, jika lupa tahiyyat awal atau qunut, tiada masalah kerana ia adalah sunat.
Sujud sahwi dan bacaannya juga adalah sunat sahaja. Tiada masalah jika baca subhanarabbiyal a’la.
November 17, 2011 at 1:33 am
ustaz dlm membuat bacaan sunat sujud sahwi ni(subhanamallyana mualayashu)….adakah perlu mengulangi 3 kali(seperti subhanarabbiyalakla)…..atau cukup utk sekali baca sahaja????mana lebih afdal??….Minta tunjuk ajar ustaz???
November 21, 2011 at 9:53 am
tuan sulaiman,
kita di Malaysia bermazhab Syafie, jadi harap jelaskan bahawa ijtihad mazhab Syafie sepatutnya kita ikut.jazakallah.
November 21, 2011 at 10:06 am
En.Senik,
Kalau tak dijelaskan pun memang orang Malaysia ikut mazhab Syafie.
Di Malaysia pun ada India Muslim yang bermazhab Hanafi.
November 21, 2011 at 9:38 pm
Salam..nak tumpang tanya kalau kita solat, kemudian terlebih 5 rakaat, kemudian buat sujud sahwi tetapi sujud sahwi hanya 1 sahaja, adakah solat dan sujud itu sah?..dan kalau tidak sah untuk sujud sahwi tersebut adakah effect pada sah solat tersebut?
November 22, 2011 at 8:23 am
Salam,
Nabi ajar sujud dua kali sperti dalam hadith tetapi sembahyang anda masih sah kerana hukum sujud sahwi adalah sunat dan bukannya wajib.
Terlebih rakaat tidak mengapa, jangan terkurang kerana kalau terkurang kena ulang semula solat.
November 22, 2011 at 2:22 pm
bcaan sujud shwi yg pling bnar bacaannya yg mn yg msti di ikuti? n mksi ats jwbannya
November 22, 2011 at 2:23 pm
cr yg plig bnr dlm sjud sahwi yg mn ya
November 22, 2011 at 2:32 pm
Dua-dua benar, samada:
1) Subhana malla yanamu wala yashu
2) Subhana rabbiyal a’la.
Ada orang kata bacaan no 1 tak benar, mungkin kerana mereka tidak jumpa hadithnya. Menurut Tuan Guru ada hadithnya. .
November 24, 2011 at 7:13 pm
Salam,jika kita pegang mazhab syafie bolehkan kita ikut mazhab lain?dan jika seseorang itu terlupa rakaat,kemudian dia menambah satu lagi rakaat,tetapi lupa utk melakukan sujud sahwi,kemudian dia terigt selepas salam,bagaimana?tq…
November 25, 2011 at 8:37 am
Salam,
Ulama mazhab Syafie kata kalau seseorang sembahyang mengikut mazhab lain yang mudawwanah (yang sempurna susunan hukumnya), yang muktabar (iaitu 4 mazhab yang besar), sahlah sembahyang sekalipun dia tidak taklid (ikut) kepada mazhab yang dia buat.
Lagipun sujud sahwi hanya sunat hukumnya dalam mazhab Syafie, jika terlupa masih sah.
Disember 5, 2011 at 8:40 pm
salam…bacaan sujud sahwi tu wape kali 1 sujud?1 kali atau 3 kali?
Disember 5, 2011 at 10:03 pm
salam, 1 kali.
Disember 14, 2011 at 2:39 pm
tuan, saya pengikut kuliah maulana di LTAT, ingin minta bantuan bacaan doa qunut semasa solat sunat witir mengikut bacaan Imam Hanafi
Disember 14, 2011 at 3:26 pm
Boleh lihat di sini, tolong print dan tanya maulana betulkah doa ini:
http://www.mathabah.org/20110825618/hanafi-prayer-salah/hanafi-wordings-of-the-qunoot-in-witr-prayer.html
Disember 14, 2011 at 3:55 pm
terima kasih tuan…
Disember 18, 2011 at 3:20 pm
assalam…tuan,.kemusykilan saya adalah dalam solat zohor saya baru-baru ini ..saya jadi was-was samaada saya dah beri salam (kanan dan kiri) ke tidak lagipun saya rasa saya dah beri salam cuma was-was tu masih ada dalam hati saya,kemudian untuk menghilangkan was-was dah beri salam ke tidak, saya pun buat sujud sahwi 2 kali.Tuan, apakah hukumnya sujud sahwi saya itu dan apakah solat saya itu sah atau tidak..mohon penjelasan dari tuan..
Disember 19, 2011 at 8:27 am
Wassalam,
Saudari lupa beri salam (ucap assalamualaikum warahmatullah) atau memusingkan muka ke kanan dan kiri?
Ucapan salam yang pertama adalah wajib kerana ia salah satu rukun solat dalam mazhab Syafie. Memusingkan muka hanya sunat sahaja.
Sepatutnya kalau was-was beri salam sekali lagi untuk hilangkan keraguan.
Kalau lupa ucap “assalamualaikum warahmatullah”, tidak sah solat walaupun dilakukan sujud sahwi (dalam mazhab Syafie).
Tetapi dalam mazhab Hanafi, masih sah cuma berdosa. Dalam mazhab Hanafi, seorang yang telah cukup bacaan tahiyyatnya setakat yang fardhu dibaca, boleh berhenti dari solatnya, dengan apa cara sekalipun, selain dari mengucapkan lafaz salam, jika cara tersebut telah dikehendaki olehnya. Solatnya telah sempurna tetapi beliau berdosa kerana tidak mengucapkan lafaz salam yang wajib itu.
Huraian panjang di sini:
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/12/22/hukum-memberi-salam-ketika-selesai-solat/
Disember 18, 2011 at 8:07 pm
assalamualaikum. izinkan saya bertanya. Saya solat subuh secara berjemaah, dan imam tidak membaca doa qunut, mungkin lupa atau memang kebiasaan. setelah imam memberi salam pertama jemaah mula sujud sahwi. adakah solat itu dikira berjemaah? terima kasih..
Disember 19, 2011 at 8:10 am
Waalaikummussalam, Solat itu masih dikira berjemaah. Doa qunut dan sujud sahwi hanya sunat hukumnya. Sepatutnya makmum mengikut imam kerana dalam hadith disebut “dijadikan imam untuk diikuti”.
Disember 22, 2011 at 10:58 pm
assalamualaikum..saya ingin bertanya.sujud sahwi ni kena buat 2 kali kan… jadi bacaan untuk sujud sahwi ni dibaca setiap kali sujud itu dibuat…. atau sujud yang terakhir saja kita baca ?(sujud yang ke-2).lagi satu bacaan subahannarabial tu… tetap 3 kali macam sujud biasa tu ke atau sekali sahaja?
Disember 30, 2011 at 7:58 pm
assalamualaikum..saya nak tanya kalau terlupa tahhiyat awal tapi tak sujud sahwi sah ke tak
Disember 31, 2011 at 5:01 pm
waalikummussalam..sah.
Januari 15, 2012 at 4:42 pm
salam , ustadz saya jadi imam utk solat isyak dirakat ke4sepatutnya saya baca tasyahud akhir kerna lupa saya pun terus berdiri tegak (tapi belum baca fatiha)pada masa ygsama makmum mengucapkan Subhanallah lalu saya turun kembali duduk dan baca tashahud aakhir dan solawat keemudian buat sujud sahwi dua kali. dan terus salam.Soalan
1) apakah betul perbuatan saya itu ?
2)ada jemaah yg takmahu sujud sahwi bersama saya (imam) tapi ia menunggu sahaja saya beri salam dan mereka pun beri salam apakah solat mereka soh dan dapat pahalajemaah.
wassalam.moga Allah tambahkan ilmu anta.Amien
Januari 28, 2012 at 7:02 pm
Salam,
1) Betul perbuatan Tuan kalau menurut mazhab Syafie.
2) Mamkmum sepatutnya mengikut imam kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu, janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang berbeza dengannya. Apabila dia bertakbir, takbirlah. Apabila dia rukuk, rukuklah.Apabila dia membaca “Sami`allahu liman hamidah” bacalah “Allahumma rabbanaa lakal hamdu”dan apabila dia sujud, sujudlah.”
Februari 26, 2012 at 10:36 pm
tmpoh antara due sjud sahwi tu nk bce ape????
Februari 27, 2012 at 8:35 am
Tak perlu baca apa-apa.
April 18, 2012 at 5:41 pm
salam , ustadz saya jadi imam utk solat zohor dirakat ke2sepatutnya saya baca tasyahud awal kerna lupa saya pun terus berdiri tegak (tapi belum baca fatiha)pada masa ygsama makmum mengucapkan Subhanallah lalu saya turun kembali duduk dan baca tashahud awal dan teruskan solat hingga salam.Soalan
1) apakah perbuatan saya itu betul atau telah terbatal solat tersebut?
2) pada masa terlupa tu kebanyakkan jemaah duduk untuk tahiyat awal dan tidak mengikut imam berdiri untuk rakaat ke 3. Apakah solat mereka soh dan dapat pahala jemaah.
wassalam.moga Allah tambahkan ilmu anta.Amien
April 18, 2012 at 7:27 pm
Salam,
1) Betul perbuatan Tuan kalau menurut mazhab Syafie.
2) Makmum sepatutnya mengikut imam kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu, janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang berbeza dengannya. Apabila dia bertakbir, takbirlah. Apabila dia rukuk, rukuklah.Apabila dia membaca “Sami`allahu liman hamidah” bacalah “Allahumma rabbanaa lakal hamdu”dan apabila dia sujud, sujudlah.”
April 19, 2012 at 6:33 pm
Salam, Terima kasih ustaz atas keterangan tersebut.
Mei 5, 2012 at 1:17 pm
Assalamu’alaikum wrwb.
Ustadz, sesuai uraian ustadz; “Makmum sepatutnya mengikut imam kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu, janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang berbeza dengannya. Apabila dia bertakbir, takbirlah. Apabila dia rukuk, rukuklah.Apabila dia membaca “Sami`allahu liman hamidah” bacalah “Allahumma rabbanaa lakal hamdu”dan apabila dia sujud, sujudlah.”, namun apabila tidak ikut membaca qunut dan mengangkat tangan saat Imam membacakannya, sah-kah sholat kita? Mohon petunjuk & penjelasannya.
(mohon maaf agak menyimpang dari topik pembicaraan)
Jazakallahu khairon jaza
Mei 5, 2012 at 10:21 pm
Waalaikummussalam, masih sah solat tanpa qunut kerana ia adalah perkara sunat dalam mazhab Syafie.
Mei 7, 2012 at 12:24 am
Alhamdulillah..
banyak yang baru sya tahu
Mei 8, 2012 at 11:42 am
asslamualaikum ustaz…
di sini saya ingin bertanya… bagaimana pula solat seorang hamba ini(makmum) jika tidak duduk tawarruk ketika duduk ditasyahud akhir kerana tidak mempunyai ruang dan atau disengajakan….
terima kasih Ustaz///
Mei 8, 2012 at 11:48 am
Waalaikummussalam..
Boleh duduk iftirasy.Itu yang lebih baik bagi makmum.
Rasululllah duduk tawarruk kerana baginda menjadi imam dan mempunyai ruang.
Mei 8, 2012 at 11:56 am
asslamualaikum ustaz…
di sini saya ingin bertanya… apakah sah sembayang seorang makmum yang tidak dapat/sempat membaca alfatihah kerana imam telah terlebih dahulu rukuk sebelom dia(makmum) tersebut menyudahi bacaan Alfatihah nya..
Mei 8, 2012 at 1:25 pm
Waalaikummussalam.. Sah walaupun tidak dibaca fatihah.
Mei 11, 2012 at 11:39 am
Terima Kasih Ustaz,dan semua yang terlibat…..Semoga dirahmati Allah….